Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

HINA SANGATKAH ISLAM DI MATA SAUDARA ANWAR????

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 27 Ogos 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

Apabila Majlis Peguam menganjurkan forum “Memeluk Agama Islam “ Pada 9 Ogos 2008,
rakyat Islam tahu forum itu akan digunakan untuk mencabar dan menghina agama mereka.

Setelah melihat rakyat Islam berdemonstrasi selama sejam, Majlis Peguam bersetuju membatalkan forum itu , bukannya kerana sedar bahawa forum itu telah menyakiti hati orang Melayu tetapi setelah dinasihati oleh polis demi keselamatan mereka.

Akibat dari kurang atau enggan memahami sensitifnya isu agama dan masyarakat Melayu, Majlis Peguam terus menuduh orang Melayu yang berdemonstrasi dan memprotes tidak bertamadun.

Orang Islam digambarkan sebagai Taliban dan berkeupayaan bertindak ganas tanpa mahu berbincang dan berdebat secara tenang dan berilmiah.

Pemimpin PAS Nik Aziz dan Hadi Awang mengkritik tindakan Majlis Peguam mengadakan forum itu dan bersependapat forum itu mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Negara. Tapi Anwar Ibrahim lain pula tindakannya. Beliau bertungkus lumus mahu bersikap “liberal” dan membiarkan Islam dipersoalkan dengan amat negatif.

Seorang penyokong kuat Anwar, Zulkifli Nordin, juga Ahli Parlimen Kulim Bandar baru yang mengambil bahagian dalam protes terhadap forum itu dimarahi Timbalan presiden PKR Syed Husin Ali.Beliau mahu Zulkifli dikenakan tindakan disiplin.Orang Melayu bingung melihat Anwar dan PKR yang membantah protes terhadap Majlis Peguam walaupun forum itu meremehkan Islam.

Mengapakah Majlis Peguam diberi mandat oleh Anwar dan PKR agar terus menjadikan Islam dan Saudara baru Islam sebagai bahan untuk dikritik dan dicaci ?

Sebelum ini Majlis Peguam telah menganjurkan satu forum tentang Ketuanan Melayu. Forum ini telah digunakan oleh bukan Melayu untuk mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kuota dan kepentingan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.

Majlis Peguam dengan angkuh berkata mereka akan terus mengadakan forum-forum sedemikian. Mereka berani kerana tahu Anwar akan menyokong apa sahaja yang mereka lakukan kerana Anwar perlu bantuan mereka untuk terus menerus menabur fitnah terhadap proses keadilan Malaysia.

Asalkan Anwar boleh berkuasa, kedudukan Islam dan Melayu menjadi perkara kedua.

3 Respons to “HINA SANGATKAH ISLAM DI MATA SAUDARA ANWAR????”

  1. Pencarut said

    diam lah kau beruk!

  2. mawar busuk said

    sahabat mantap pukimak lu pun mantap..tak percaya tanya bapak lu.. mantap tak pukimak lu…

  3. Ariff said

    entri bagus
    membuka mata melayu/islam
    memang ini la tujuan majlis peguam & Anwar kerana dua dua tu kuat IFC
    teruskan perjuangan Sahabat Mantap
    memang melayu/islam kini degil
    sokong PAS/PKR bukan pada fakta
    tapi pada sensasi yang PAS/PKR bangkitkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: