Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Taksub Menghalang Penyatuan Umat Islam..

Posted by puteraadnan di Rabu, 26 Ogos 2009

Inisiatif Majlis Raja-Raja untuk menyatu padukan semula umat Melayu angkara perbezaan politik telah mula menampakkan positif.

Apa yang ketara janji yang diluahkan oleh Raja-Raja Melayu mula dikotakan dengan pembabitan aktif sultan-sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri dalam meberi nasihat kepada orang Melayu mengenai betapa pentingnya mereka bersatu padu dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Golongan ulama juga mula meningkatkan usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan bangsa Melayu melalui ucapan dan ceramah-ceramah.

Semua ini membuktikan bahawa kerajaan beserta Raja-Raja Melayu menyedari bahawa jika perpecahan yang disebabkan oleh polemik dan perbezaan pandangan politik tidak dibendung dengan segera, masalah ini akan melarat ke tahap yang lebih gawat dan sekali gus merugikan orang Melayu sendiri.

Antara faktor utama yang mendorong kepada perpecahan ini ialah sikap taksub yang diamalkan oleh pengikut sesetengah fahaman politik.

Kemelut yang berlaku ini disebabkan oleh sesetengah orang Melayu yang tidak tahu membezakan politik kepartian dan nilai-nilai keagamaan. Kekusutan ini bertambah apabila sesetengah pemimpin parti pembangkang mengapi-apikan perasaan pengikut mereka dengan melemparkan segala macam fitnah dan tohmahan.

Advertisements

Satu Respons to “Taksub Menghalang Penyatuan Umat Islam..”

  1. x take-beer...! said

    Sapa lagi yang begitu taksub menghalang penyatuan umat islam dan juga melayu kalo bukan pengkhianat melayu….( sendiri makan cili, pasti rasa pedaskan….)!
    Parti2 pembangkang yang perlu di bersihkan dahulu bagi penyatuan agama islam…sifat hasad dengki sudah tidak perlu dlm diri!bersatu lah kita bersama menentang pengkhianat2 bangsa kita sendiri terutamanya yang menghina agama islam kita!!
    Allahuakbar!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: