Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Nik Aziz Perlekehkan Kesucian Agama Islam demi Permainan Politik Kotornya…!

Posted by puteraadnan di Rabu, 19 Ogos 2009

oleh: Putera_Adnan

Dengan langkah yang drastik mengenai isu yang telah diutarakan oleh Tok Guru Nik Aziz semalam yang mengatakan “ Masuk PAS boleh masuk Syurga”. Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama di negara telah diminta mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.Ini sudah melampau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut wajar dilaksanakan segera kerana ia menyentuh soal hukum agama dan akidah umat Islam.Sepatutnya umat Islam perlu diberikan maklumat yang sahih dan benar agar tidak mudah terkeliru dengan sebarang kenyataan yang dianggap tidak munasabah. Ini tidak…! Makin menyensongkan lagi ada.

Ulama dan Tok Guru jenis apa ni? Ini bukan ulama tapi ular dalam semak! Lebih sesuai dan wajar alim ulama di negara ini meneliti apa yang diungkapkan oleh Nik Aziz itu dan biar mereka beri pandangan sama ada apa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz betul dalam Islam atau bercanggah dan apa hukumnya berbuat demikian. Nik Aziz dalam kenyataannya semalam menyebut, Terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan ahli UMNO.

Menteri Besar Kelantan itu dengan bangga dan egonya menyatakan mereka yang menyokong UMNO tidak akan ke syurga dan beliau percaya penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka. Ini lah permainan Nik Aziz sewaktu pilihanraya. Maknanya sekarang haluan politik PAS kini semakin Liberal kerana semangat perjuangan Daulah islamiah Nik Aziz semakin terpesong untuk menjaga hati rakan politik yang bersengkokol dengan pendiriannya. Ini namanya islam? Sama sekali bukan…islam yang digunakan oleh Nik Aziz sudah terpesong jauh dan makin mengarut. Secara amnya, jika kita fikir secara realistiknya Nik Aziz sanggup perlekehkan kesucian agama islam itu sendiri demi permainan politik kotornya itu. Itu yang saya katakana…Sebenarnya Nik Aziz Bukan Ulama, tapi Ular dalam Semak..

Maka jelaslah sekarang perjuang PAS mula lari daripada prinsip perjuangannya yang tidak mengizinkan bersekutu atau bersama dengan golongan bukan islam.

9 Respons to “Nik Aziz Perlekehkan Kesucian Agama Islam demi Permainan Politik Kotornya…!”

  1. PAS unite said

    Sebagai org yang menyokong Parti PAS ( Perjuangan Islam ) aku betul2 x setuju dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz ni…
    sepatutnya beliau memimpin umat islam ke jalan yang betull…ini tidak…beliau boleh kuarkan kenyataan yang masuk PAS boleh masuk syurga..mcm ni…x kira la amal ibadat seseorang itu.Dalam Nas al-quran sendiri pun tidak ada pun menyatakan MASUK PAS BOLEH MASUK SYURGA! aku sediah betul lah dengan perjuangan nik aziz dalam pas… mcm ni biarlah aku menyokong UMNO walaupun jiwa aku tetapkan dengan perjuangan islam sebenar. Aku sokong dengan TPM yang menyuruh para alim ulama beri pandangan mengenai kata-kat nik aziz…aku pun tak tau kenapa nik aziz begitu bersikap angkuh bila mengatakan orang yang menyokong UMNO tidak akan masuk ke Syurga. itu semua ketentuan illahi…
    walllahuwallam….

  2. Takbir ! said

    Penyokong Parti PAS….seluruh malaysia…JOM sertai UMNO! Perjuangan PAS telah memcahbelahkan umat islam dan melayu!!!

    • jihad said

      Tuan punya badan!janganlah lihat sebelah kaki,,tengok kedua belah kaki.
      lihat kate2 anda ini bagaikan kaki kirinya kena potong di sebelah kanan,sebabkan kencing manis.kesian seperti tak berupaya langsung,,,
      begitu ibaratnya dngar pada satu pihak je,,angkuh sombong,,,
      merdekakan pemikiran..lu pikir lah sendiri!!!

      • kelopak hijau said

        pasal bab syurga neraka ni aku rasa dah berapa kali dia duk cakap benda yg sama..aku nk ulas pun xtau nk ulas apa..hakikatnya aku malu dgn kenyataan mcm tu..malu sebagai seorang ISLAM..ini ke yg dinamakan kepimpinan melalui tauladan?? ini ke kepimpinan ulama?? sampai tahap buat dalil sendiri pasal syurga neraka??
        syurga neraka ni jgn buat main..bukan hak kita sebagai hamba menilai kedudukan seseorang hamba selepas mati..semua itu hak mutlak ALLAH S.W.T..
        dan aku juga percaya ramai dikalangan pemimpin PAS sendiri yg x setuju dgn pandangan dan kata2 nik aziz ni cuma x disuarakan sahaja kerna takut dilihat sebagai satu kepincangan pendapat didalam parti..!!
        nk kata akhbar utusan buat fitnah?? aku pun baca harakah jugak..lagi hebat dia punya fitnah..lagi ntah ape2..
        nak kata BN serang peribadi dan batang tubuh?? aku pun dgr jgk ceramah PAS&PKR..sama jgk..serang peribadi dan batang tubuh jugak..nk kata UMNO berpakat dgn si kafir?? DAP tu apa?? hahaha…
        nk kata x boleh kutuk ulama?? tan sri harussani tu siapa?? ulama jgk kan..boleh plk kutuk harussani tu??
        pendek kata sume yg baik2 dan betul tu dia..yg salah dan busuk tu org lain..ntah..apa2 je lah..
        agaknya lepas ni ramai la kaum cina dan india masuk PAS..ye lah..masuk PAS boleh masuk syurga ye X??
        jgn la mcm ni kawan..nk berpolitik tu buat la cara elok sikit..jgn disebabkan nak meraih undi sanggup buat dalil dan fatwa sendiri pasal syurga neraka ni..buat la isu lain..isu pembangunan ke..rasuah ke..mkn gaji buta ke..pasal pengundi hantu ke..banyak lg yg boleh diketengahkan..hak mutlak ALLAH S.W.T pasal dosa pahala..syurga neraka ni jgn usik..jgn sentuh..buat malu kat agama lain tau tak..komfom dorang gelak guling2 bila isu ni disentuh..sape yg rugi?? pernah ke kita dgr DAP dan MCA main isu agama dorang?? x pernah kan?? jgn biarkan agama ISLAM ni nampak murah sampai boleh jadi isu masa pilihanraya..xkira la PAS ke UMNO ke PKR ke..isu agama jgn provoke sgt..udah2 la tu pemimpin2 ku yg dari mcm2 parti ni..jgn disebabkan pendirian dan keutamaan parti sampai sanggup bertelagah sesama sendiri..lepas ni jgn salahkan mat rempit,mat isap dadah, mat rogol, mat ragut, yg terdiri daripada golongan ISLAM dan MELAYU itu sendiri!! lepas ni jgn salahkan sesiapa kalau penduduk termiskin,terhina,dan teraniaya itu terdiri dari org ISLAM dan MELAYU itu sendiri..dan lepas ni jgn salahkan sesiapa kalau negara yg kita cintai terjual dan terlelong x laku dan di rajai oleh bangsa dan agama asing..xkan dah jadi mcm ni baru nk bangkit?? masa tu dah terlambat dah dan percaya lah masa tu org2 yg tengah berpolitik masa skrng ni pun dah x ada..dah meninggal..yg jadi mangsa anak cucu cicit kita nanti..bagus..teruskan lah usaha berpolitik mcm ni..xlama lg pun kita nak ‘jalan’..biarlah anak cucu cicit yg tanggung sume yg bakal terjadi..
        renung renungkan lah..sempena bulan berkat ni kita dapat membezakan apa itu politik kepentingan kuasa,agama dan hak ALLAH S.W.T..lgpun seru dah dekat..penyakit dan bencana mcm2 dah keluar..nk tggu dajal ngan imam mahdi plk lepas ni..
        sesungguhnya terdapat satu golongan diakhir zaman nanti yg akan memperguna dan bertopengkan agama mereka untuk kepentingan peribadi..aku x tuju kat sape2..aku tuju dekat semua termasuklah diri aku sendiri..wallahuallam..
        salam ramadhan dari aku kelopak hijau..
        salam..

  3. shafifah said

    Jadual Tafaqquh Fid Din Sepanjang Ramadhan

    KLIK : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/08/scan1_cr.png

  4. jihad said

    Salam sejahtera di bulan ramadhan al mubarak,,,

    Aku rasa hairan ye,,ceramah Pas&Pkr pergi tp tak nampak lg kebenaran.
    hahaha kadang2 geli hati aku di buatnya nk terputus usus perut ne,,cthlah ada sahabat kita begini katanya “disebabkan nak meraih undi sanggup buat dalil dan fatwa sendiri pasal syurga neraka”bang mana kebenarannye,tunjukkan??? klau betul pun takkan tok guru 2 berani nk saman balik hoi,,, mgkn ada yang nak sabotaj,,cuba fikir secara logik,,.

    Hak mutlak ALLAH S.W.T pasal dosa pahala..syurga neraka ni jgn usik..

    betullah tu tak de yang salah pun benar2 belaka,,tetapi d sini persoalannya yang bagaimana???
    orang yang akan menuju ke syurga atau neraka yang bagaimana,,,???

    Aku nak terang sikit pe aku faham.Allah berfirman mahfumnya:Tunjukilah kami jalan yang lurus,(yaitu) jalan orang orang yang telah di anugerahkan nikmat kepada mereka;bukan jalan yang meraka di murkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (surah alfatihah ayat 6,7)

    lihat akhirat kelak di padang mahsar nnt yang di masuk syurga oleh Allah bukanya setia dgan perlembagaan,,tetapi yang setia pada al-quran,,,yang bagaimana tahu tak??secara mutlaklah,,,

    firman allah:kitab(al quran)ini tidak ada keraguan padanya;petunjuk bagi meraka yang bertakwa.(surah al baqarah ayat 2)

    Tahu pe maksud taqwa?ne yang di katekan mutlak,,yaitu patuh pe segala perintah Allah,jauhi pe yang di larangnya,,ada faham,,,
    Ada empat perkara Taqwa:
    1-Takut kepada Allah segalanya.
    2-Beramal dengan al quran dan sunnah nabi
    3-Bersedia untuk mati
    4-Redha dengan ketentuan allah

    Jadi wahai kawan2 sedarlah dan fikir fikirkanlah bahawa tiap2 manusia pasti akan merasai mati,,,,,,!

  5. x smestinya pakai serban masuk syurga, pakai topi masuk neraka….fikir-fikirkanlah

    • jihad said

      Salam,,Selamat Berpuasa.

      Betul pe yang sahabat katekan 2,,ianya sebagai sunnah,jika di buat dapat pahala.Di antaranya juga pakaian serban ini yang di muliakan dalam ISLAM,,,

      Bab hidayah dan taufek nak bagi kat sape itu kerja Allah.Begitu juga HATI menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

      Kita boleh menilai seseorang manusia itu dari fizikalnye saje tak lebih,bergantunglah mane yang dia tuju,jalan ke syurga ke atau jalan ke neraka,,,,,,Wassalam.

  6. Zayd said

    Assalamu’alaikum,
    Sebenarnya SERBAN sekarang ini tidak seperti SERBAN dahulu. Kaji dengan TELITI adakah ulama ini semua (ada yang berlainan zaman dan ada yang sama) ini seperti Tok Pulau Manis, Tok Bendang Daya,Sheikh Abdus-Samad al-Falimbani, Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Sheikh Yusuf Tajul Khalwati, Tokku Paloh, Sheikh Ahmad al-Fathani, Tok Kenali (yang juga murid Sheikh Ahmad al-Fathani)menyangkal Institusi Raja-raja Melayu seperti mana yang dilakukan oleh Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ustaz Abdul Hadi Awang (dan pengikut mereka). Ya mereka (ustaz Nik Aziz dan Ustaz Abdul Hadi awang) akan menyatakan TIDAK mereka tidak menyangkal juga tidak menentang, tetapi adakah benar perkataan mereka itu? Adakah SELARI dengan PERCAKAPAN dan PERBUATAN mereka yang tidak konsisten itu? TIDAK ! TIDAK SELARI LANGSUNG! Kita akui mana yang benar dan mereka memang ada bercakap yang benar dan membuat hukum yang benar tetapi ada juga yang salah jika dipandang dari sudut jumhur ulama yang berpegang dengan intipati sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Malahan yang menjadi kekhuatirannya sekarang ini hala tuju mereka nampaknya semakin lama semakin terhakis SAMA SAHAJA seperti UMNO. KeDUA-DUANYA makin lama makin terhakis ! Raja-raja pun tidak seperti dahulu kerana kekurangan ulama yang mampu memimpin mereka. Tetapi INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU itu sendiri MESTI dipertahankan walaupun yang memegang tampuk pemerintahan itu tersasar. Nak cari yang 100% atau 85% menghampiri kebenaran pun susah akhir zaman ini. Tapi siapa yang mungkin paling menghampiri jumlah itu even 45 ataupun 50% sekalipun? Dan kurang menghampiri JURANG BAHAYA ? FIKIR-FIKIRKAN bersama wahai IKHWAN !!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: