Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Tiada Dalam NAS Al-Quran Masuk PAS Masuk Syurga…!

Posted by puteraadnan di Selasa, 18 Ogos 2009

Oleh: Putera_Adnan

Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. Bukannya bila masuk Parti PAS baru dapat masuk syurga…Karut semua tu! Nik Aziz da merepek bukan-bukan da sekarang. Nak dikatakan dia Ulama atau Tok Guru dia dah tak tahu nak menilai yang mana halal dan mana yang haram. Apa nak dibanggakan dengan pemimpin seperti ini…tak membawa dalam pembangunan islam dinegara ini malah memecah-belahkan umat islam dan sillaturahim sesama islam.

Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak. Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan, Kadang-kadang jika kita berfikir balik, Nik Aziz akan berkata sedemikian jika waktunya pilihanraya dimana kali ini pertembungan diantara UMNO-BN dengan PAS. Itulah modal orang munafik.

Kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat menyatakan anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Macam mana dia ni tahu umno mengamalkan ajaran islam palsu? Macam mana pulak kenyataan nik aziz yang menyatakan masuk UMNO tidak boleh masuk syurga…mana fatwa dia dapat?? Dia ni wali ker?Nik Aziz da merepek yang bukan-bukan…da tua memang lah mcm tu.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO. Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Ntah apa2 la nik aziz ni…kalo dia kata dia amalkan islam..kenapa undang-undang hudud tidak dijalankan dinegeri beliau sendiri…bila kena salak dengan anjing-anjing kafir takut nak nak menjawab…langkah mayat saya dulu….itu apa? Pendekatan macam mana pulak tu?? Begini ker kepimpinan seorang yang dinamakan tok guru yang tidak berani menegakkan syiar islam . contohnya bila parti pembangkang DAP menghina islam….mempersendakan ayat al-quran…apa jawapannya nik aziz??? Kadang orang yang banyak sangat ilmu ni taksub gak….mcm nik aziz la…ntah bila agaknya dia…………….?fikir2kan lah!

Advertisements

5 Respons to “Tiada Dalam NAS Al-Quran Masuk PAS Masuk Syurga…!”

  1. Memang dalam Quran tidak ana nas, tetapi Hadis Nabi Muhammad s.a.w. “Siapa yang menarik orang
    ramaiikepada asobiah (kebangsaan, kapitalis,sosiais – sosio – demokrasi, komunjis dl) bukan dasri golongan saya.”

    Ertinya bukan golongan Nabi Muhammad.Manusia bukan golongan Nabi Muhammad, adalah tidak dapat masuk syurga.

    • jihad said

      Salam,,
      Aku setuju bangat pe yg di katakan tu,,Nabi Muhammad adalah jalan kita ke syurga,bukan sekadar kita kenal diri baginda malahan kita ikut pe yang di suruh jauhi pe yang di larang,,tu dia,,,,!

      Aku sebut pe yg aku faham.Ada kebanyakan hadis2 Nabi Muhammad;orang yang berjuang dasarnya asobiah (kebangsaan, kapitalis,sosiais – komunjis dl) matinya jahiliah.

      Subhanallah,,,!kembalilah kejalan Allah yang sebenar,,,

    • abis golongan nabi lain x masuk syurga ke? klu pakai serban, kopiah je ke leh masuk syurga? ramai lagi orang alim dan ulama yang menyokong umno, x kan undi yang dinilai untuk tentukan syurga n neraka??? yang penting iman

  2. matdollah said

    Orang-orang PAS atau Nik Ajiz tak boleh samakan politik pilihanraya (yg menjadi asas utama pas) dengan perjuangan Rasullullah SAW..JAUH LANGIT DARI BUMI!!. Manakan sama sebuah perjuangan yg ditunjangi oleh Al-Quran dan Sunnah hendak disamakan dengan politik pilihanraya buatan yahudi!.

    Kepada semua, jangan terpengaruh dengan gimik politik PAS, kerana PAS tak lebih dan tak kurang seperti UMNO juga, cuma pemimpin umno belum pernah berfatwa atau sanggup mengkafir saudara sendiri demi kuasa politik.
    Hina sungguh kiranya ada orang yg sanggup samakan PAS dengan perjuangan Rasululah SAW.

  3. Hazman said

    nik aziz ni dalam mimpi dia ada orang bagi jawatan jaga pintu syurga kot..

    nik aziz rasa dia punya islam dah cukup tulen ka.kalau btol org tu iman dia kuat, dia sekali-kali takkan kata iman orang lain lagi sikit iman dari dia seperti mana saidina ali(kalau tak salah)….

    manusiakah yang tentukan apa yang salah apa yang betol?

    manusiakah yang tentukan apa dosa apa pahala?

    manusia dapat mengetahuikah apa fitnah apa kebenaran?… Read more

    syaitan sentiasa lindung kebenaran dan sama sekali dia akan kaburkan garis kebenaran.

    apa konfem ke Tun atau orang UMNO sentiasa dalam dosa macam Nik Aziz claim?berapa juta rakyat malaysia sokong UMNO dan adakah mereka semua sentiasa dalam dosa?adakah sembahyang orang PAS lebih tinggi taraf dari sembahyang orang UMNO?adakah haji Nik Aziz lebih mabrur dari haji Tun?manusiakah yang tentukan semua ni?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: