Masyarakat Jangan Tersalah Menilai Ciri-Ciri Ulama Sebenar
Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 4 Ogos 2009
Oleh: Anak kecil Dari Gunung
Ulama secara ideal adalah orang yang arif dalam ilmu dan orang yang tersohor tetapi disebabkan makna ulama itu sudah dicampur aduk maka yang bukan Ulama pun dipanggil Ulama.
Tetapi masyarakat kita, asal orang itu tahu serba sedikit mengenai agama, dipanggil Ustaz dan yang boleh bercakap, digelar Ulama.
Ulama dalam konsep sebenar adalah mereka yang memiliki ketinggian intelektual dalam bidang hebat serta bersedia menyumbang pemikiran untuk pembangunan ummah, bukan memiliki ciri tertentu yang ditetapkan masyarakat seperti memakai serban atau berjubah.
Ketinggian intelektual itu juga menjadikan mereka kumpulan sepatutnya memberi nasihat kepada umara untuk menjamin pemimpin memberi sumbangan kearah kemajuan masyarakat kerana sasarannya ialah Pembangunan Ummah.
“ Dalam konteks negara kita, hubungan ulama dan umara adalah untuk memperoleh kuasa hingga terlanyak nilai dalam masyarakat, agama, politik dan bangsa kerana orang politik berkelahi sesama sendiri. Sayangnya ulama juga memihak kepada parti politik.”
“ Oleh itu, perpecahan politik antara ulama perlu dihentikan sekarang supaya usaha memberi nasihat kepada umara dapat dilaksanakan.’
Perpecahan ummah tidak boleh diselesaikan oleh orang politik tetapi pihak yang mempunyai pandangan jelas serta bebas.
Perlu adanya fahaman jelas bahawa ulama bertanggungjawab memberi pandangan jitu kepada umara tanpa memikirkan untung, rugi demi melahirkan pemimpin yang baik dan kesatuan itu akan membolehkan pembangunan ummah dapat dilaksanakan. Sebaliknya, apabila dua golongan itu gagal bersikap sepatutnya, ummah akan menjadi mangsa.
Ulama adalah anugerah ALLAH swt untuk membimbing manusia ke jalan benar hingga Rasulullah saw menyifatkan mereka sama seperti bintang di langit. Sebagai pemegang amanah menjamin kesajahteraan islam. Ulama perlu jujur dan ikhlas dalam tugas mereka.
Sementara Umara adalah keperluan yang pasti bagi ummah sebagi pelindung serta pemimpin masyarakat menjalani hidup dalam keadaan teratur selain memastikan undang-undang islam dapat dilaksanakan sama seperti ulama, umara diberi kedudukan tinggi dan penting oleh islam kerana paeranan mereka menjamin kemajuan islam serta ummah.
Ulama yang soleh akan sentiasa berusaha memberi nasihat kepada sesiapa saja termasuk pemimpin kerana nasihat yang menjadi asas agama boleh memberi faedah kepada pemimpin serta rakyat di bawah pemerintahannya.
Tinggalkan Jawapan