Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Biarpun Mereka Berbeza Ideologi Politik Ke’Parti’an, Tapi Suara Mereka senada Seirama

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 4 Ogos 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Masyarakat cina bukan hanya pandai bercakap tentang permuafakatan, pengorbanan dan sokongan untuk mendidik anak bangsa mereka, sebaliknya mereka menterjemahkan semua kata-kata itu melalui tindakan. Biarpun mereka berbeza ideology politik, kepartian , dalam soal kelangsungan pendidikan bangsa mereka, suara mereka senada, pendirian mereka seirama. Bagi mereka, soal pendidikan merupakan soal kelangsungan hidup bangsa.

Lihat saja strategi masyarakat cina untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan tinggi. Hari ini misalnya ada 20 buah institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 24 buah politeknik yang tersenarai dalam laman Web rasmi kementerian Pengajian Tinggi-majoritinya diisi oleh pelajarmelayu dan Bumiputera. Namun pada masa yang sama, bilangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini berjumlah 450 buah. Majoriti pelajar di IPTs ini merupakan pelajar cina dan bangsa bukan melayu yang lain.

Generasi Muda cina terpelajar inilah yang akan meneruskan legasi penguasaan masyarakat cina dalam segenap bidang di negara ini terutamanya bidang ekonomi. Maka tidak hairanlah daripada 10 orang yang terkaya di Malaysia.

Tahun lalu misalnya, lapan orang daripadanya berbangsa cina. Laporan rancangan pembangunan Manusia,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2004 pula menyatakan bahawa 10% rakyat Malaysia yang paling kaya (majoritinya cina) menguasai 38.4% daripada pendapatan keseluruhan ekonomi di negara ini berbanding dengan 10% yang paling miskin (majoritinya melayu) menguasai hanya 1.7%.
Pada 2006, pemilikan bumiputera terhadap nilai pasaran dalam syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia dianggarkan RM88.4 Billion ( 15.4% ). Tetapi bukan bumiputera yang majoritinya Cina memiliki RM251.1 Billion (42.8%), manakala pemodal asing memiliki RM 237.7 Billion ( 40%).

Lihatlah kehebatan strategi kelangsungan hidup masyarakat cina ini. Bermula daripada komitmen mereka dalam soal pendidikan anak-anak mereka menjadi bangsa yang Berjaya. Adakah terlalu mustahil bagi bangsa melayu mengatur strategi yang sama untuk membela nasib mereka?

Advertisements

Satu Respons to “Biarpun Mereka Berbeza Ideologi Politik Ke’Parti’an, Tapi Suara Mereka senada Seirama”

  1. jefri mat ali said

    Melayu lemah dalam ekonomi..ini bukan bermakna melayu bodoh..ini disebabkan budaya melayu itu sendiri..budaya melayu makan gaji…tetapi mula manampakkan minat dalam perniagaan selepas di tanam kan semangat berniaga di zaman Tun Mahathir…malang nya ramai di kalangan ahli politik UMNO menjadi kemaruk kepada kekayaan harta benda..hingga sanggup di perkudakan oleh taukeh taukeh cina…mereka lupa kepada perjuangan bangsa mereka…mereka tenggelam di dalam kehidupan mewah mereka masing masing….mereka menjadi tamak haloba dan rakus membolot kekayaan…hilang sudah semangat perjuangan mereka kepada agama ..bangsa…dan ..negara..yang tinggal bersama mereka hanya lah rakan rakan cina untuk bermain golf sambil merancang subahat untuk merompak kekayaan negara..merancang subahat untuk menggadai harta negara….tiada langsung rasa bersalah…
    Kononnya mereka pejuang bangsa…pemuda harapan negara….tetapi sebalik nya mereka lah yang menjadi dalang….petualang bangsa dan juga petualang negara…orang yang di harap kan untuk menjadi benteng negara dan pelindung bangsa..menjadi gunting dalam lipatan..api dalam sekam..musang berbulu ayam…..
    Mereka bersubahat memperbodohkan bansa mereka sendiri…menabur janji memberi simpati…kononya mereka perihatin tentang kesusahan bangsa..tentang kemajuan bangsa…tetapi itu hanya dusta…retorik semata mata….
    Mereka menunding kepada Anwar Aljuburi…mereka menunding jari kepada DAP/PAS..mereka menunding jari kepada cina …mereka menunding jari kepada india….tetapi sebenarnya telunjuk lurus kelingking berkait..memaku dulang paku serpih….orang orang dalam umno lah sendiri yang menjadi petualang kepada bangsa melayu….UMNO akan tewas..melayu akan di tindas….pemimpin atasan UMNO harus tegas..kembalikan UMNO kepada perjuangan asal..jadikan lah Tun Mahathir sebagai penasihat UMNO…insyaalah UMNO akan mencapai kegemilangan semula

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: