Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for Ogos 2009

BUBARKAN BN – Biarkan UMNO Hanya Untuk Melayu

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 31 Ogos 2009

oleh: Keris Terbang

Ya…bukankah lebih baik jika UMNO berdiri dengan sendirinya. Rimas dengan apa yang berlaku dalam MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Apabila dikatakan UMNO adalah tunjang dalam BN, ada parti komponen yang marah sambil mendabik dada bahawa mereka juga adalah tunjang yang turut membantu parti berdiri teguh.

Hakikatnya tidak begitu. Dengan berselindung di dalam tanah yang subur, akhir-akhir ini menunjukkan bahawa mereka rupanya sudah menjadi Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 5 Comments »

Apa dah jadi, tak aman lagi…

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 29 Ogos 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

AKHIR-AKHIR ini banyak ditimbulkan soal hak orang Melayu dan kontrak sosial. Keadaan yang pada suatu ketika, kita lihat seperti aman damai selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 bertukar seolah-olah tidak dapat dibendung lagi perasaan geram sesetengah orang sehinggakan mereka ini lupa akan sensitiviti orang Melayu.

Malahan ada juga di kalangan pembangkang yang baru merasa kuasa setahun jagung sudah berani memperkecilkan agama Islam. Gelagat orang seperti ini boleh membangkitkan perasaan marah di kalangan orang Melayu yang sekian lama agak diam. Walau bagaimana pun ada juga di kalangan segelintir mereka yang membiarkan diri mereka dikudakan oleh orang yang lantang bersuara tidak mengira sentimen dan perasaan orang lain. Sikap orang Melayu telah dapat kita lihat dengan sikap tolak ansur yang berlaku di Pulau Pinang. Walaupun UMNO pada masa dulu memperolehi majoriti dalam kerajaan negeri, tetapi disebabkan sikap baik hati telah memberikan Gerakan memerintah Pulau Pinang. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 1 Comment »

HINA SANGATKAH ISLAM DI MATA SAUDARA ANWAR????

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 27 Ogos 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

Apabila Majlis Peguam menganjurkan forum “Memeluk Agama Islam “ Pada 9 Ogos 2008,
rakyat Islam tahu forum itu akan digunakan untuk mencabar dan menghina agama mereka.

Setelah melihat rakyat Islam berdemonstrasi selama sejam, Majlis Peguam bersetuju membatalkan forum itu , bukannya kerana sedar bahawa forum itu telah menyakiti hati orang Melayu tetapi setelah dinasihati oleh polis demi keselamatan mereka. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 3 Comments »

Taksub Menghalang Penyatuan Umat Islam..

Posted by puteraadnan di Rabu, 26 Ogos 2009

Inisiatif Majlis Raja-Raja untuk menyatu padukan semula umat Melayu angkara perbezaan politik telah mula menampakkan positif.

Apa yang ketara janji yang diluahkan oleh Raja-Raja Melayu mula dikotakan dengan pembabitan aktif sultan-sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri dalam meberi nasihat kepada orang Melayu mengenai betapa pentingnya mereka bersatu padu dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Golongan ulama juga mula meningkatkan usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan bangsa Melayu melalui ucapan dan ceramah-ceramah.

Semua ini membuktikan bahawa kerajaan beserta Raja-Raja Melayu menyedari bahawa jika perpecahan yang disebabkan oleh polemik dan perbezaan pandangan politik tidak dibendung dengan segera, masalah ini akan melarat ke tahap yang lebih gawat dan sekali gus merugikan orang Melayu sendiri.

Antara faktor utama yang mendorong kepada perpecahan ini ialah sikap taksub yang diamalkan oleh pengikut sesetengah fahaman politik.

Kemelut yang berlaku ini disebabkan oleh sesetengah orang Melayu yang tidak tahu membezakan politik kepartian dan nilai-nilai keagamaan. Kekusutan ini bertambah apabila sesetengah pemimpin parti pembangkang mengapi-apikan perasaan pengikut mereka dengan melemparkan segala macam fitnah dan tohmahan.

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 1 Comment »

LIDAH BERCABANG ANWAR

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 26 Ogos 2009

Oleh:- Mawar berdarah

Berikut adalah kata-kata Anwar Ibrahim semasa berkuasa dulu.Renung dan fikirkan akan siapakah sebenar Anwar, dan bolehkah kita sebagai bangsa melayu dan beragama Islam terus mempercayai beliau?

“Para Pemimpin PAS janganlah menjadikan diri mereka sebagai pelawak sarkes yang hanya menjadi bahan untuk orang lain mengaut keuntungan sedangkan mereka hanyut dalam tepukan. PAS kini telah sedia diperalat oleh golongan pelampau yang bencikan Islam dan Bangsa Melayu serta mahu segala keistimewaan orang Melayu dihapuskan”

(Ucapan Anwar Ibrahim semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Parit di perak pada 22 Mac 1987) Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 2 Comments »

PAS DAN UMNO SUATU PERBANDINGAN..yang mana betul, dan yang mana tidak betul!

Posted by puteraadnan di Rabu, 26 Ogos 2009

Oleh: Putera_Adnan

scan0001

scan0001

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Sejarah | 4 Comments »

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 21 Ogos 2009

Oleh: Tenda Biru

ramadhan al mubarak

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 1 Comment »

Nik Aziz Perlekehkan Kesucian Agama Islam demi Permainan Politik Kotornya…!

Posted by puteraadnan di Rabu, 19 Ogos 2009

oleh: Putera_Adnan

Dengan langkah yang drastik mengenai isu yang telah diutarakan oleh Tok Guru Nik Aziz semalam yang mengatakan “ Masuk PAS boleh masuk Syurga”. Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama di negara telah diminta mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.Ini sudah melampau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut wajar dilaksanakan segera kerana ia menyentuh soal hukum agama dan akidah umat Islam.Sepatutnya umat Islam perlu diberikan maklumat yang sahih dan benar agar tidak mudah terkeliru dengan sebarang kenyataan yang dianggap tidak munasabah. Ini tidak…! Makin menyensongkan lagi ada.

Ulama dan Tok Guru jenis apa ni? Ini bukan ulama tapi ular dalam semak! Lebih sesuai dan wajar alim ulama di negara ini meneliti apa yang diungkapkan oleh Nik Aziz itu dan biar mereka beri pandangan sama ada apa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz betul dalam Islam atau bercanggah dan apa hukumnya berbuat demikian. Nik Aziz dalam kenyataannya semalam menyebut, Terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan ahli UMNO. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 9 Comments »

Tiada Dalam NAS Al-Quran Masuk PAS Masuk Syurga…!

Posted by puteraadnan di Selasa, 18 Ogos 2009

Oleh: Putera_Adnan

Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. Bukannya bila masuk Parti PAS baru dapat masuk syurga…Karut semua tu! Nik Aziz da merepek bukan-bukan da sekarang. Nak dikatakan dia Ulama atau Tok Guru dia dah tak tahu nak menilai yang mana halal dan mana yang haram. Apa nak dibanggakan dengan pemimpin seperti ini…tak membawa dalam pembangunan islam dinegara ini malah memecah-belahkan umat islam dan sillaturahim sesama islam.

Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak. Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan, Kadang-kadang jika kita berfikir balik, Nik Aziz akan berkata sedemikian jika waktunya pilihanraya dimana kali ini pertembungan diantara UMNO-BN dengan PAS. Itulah modal orang munafik. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 5 Comments »

Pertahankan Kuasa Politik Melayu/Islam!

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 17 Ogos 2009

Oleh: Tenda Biru

gambar hiasan

Inilah yang akan terjadi kepada anak bangsa Melayu akan datang jika kuasa politik tidak lagi kita kuasai, jika bangsa pendatang yang memerintah kita kelak? Inikah yang pemimpin-pemimpin Melayu mahu lihat?

Anak-anak muda hari ini terlalu ghairah berpolitik. Malangnya mereka sangat kurang atau terlalu cetek tentang ‘kuasa politik’. Kuasa politik Tanah Melayu harus di terajui oleh Melayu/Islam. Ertinya ketua pentadbiran Melayu/Islam dan EXCOnya mestilah lebih 51% Melayu/Islam. Jika perkara ini TIDAK berlaku ini bermakna ‘kuasa politik Melayu/Islam’ tidak wujud.

Ketika ini kuasa politik negara masih lagi di tangan Melayu/Islam. Jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya berkuasa, pasti ‘kuasa politik’ Melayu/Islam musnah. Begitu juga dari segi ekonomi. Selama ini ekonomi Islam juga telah dibantutkan oleh kaum kafir. Ianya bukan sahaja berlaku di negara-negara Islam di Timur Tengah, tetapi ianya sedang rancak berlaku di Malaysia.

Oleh kerana dari mula asalnya lagi kaum kafir di Malaysia sudah menguasai ekonomi Melayu/Islam, maka dengan mudah mereka akan terus menekan ekonomi Melayu/Islam. Hingga kini kerajaan telah gagal mengatasinya walaupun berbagai agenda dan program telah dilakukan. Mereka tahu bahawa dengan menguasai ekonomi, maka dengan mudah mereka akan dapat menguasai politik pula.

Sekarang Malaysia sedang berada diambang peralehan kuasa politik dari kuasa tulen kaum Melayu/Islam kepada kuasa campuran yang kononnya lebih adil dan telus. Selain itu, kita juga sedang berhadapan dengan krisis di antara DAP(Cina) dan UMNO(Melayu/Islam). Tetapi malang sungguh bagi kaum Melayu/Islam kerana berpecah dikala menghadapi krisis ini. Sedangkan DAP(Cina) sudah bersatu padu. Paling malang bagi Melayu/Islam kerana PAS dan PKR pula membantu menambah kuatkan DAP(Cina).

Walaupun PM nya Melayu/Islam tetapi jawatan menteri-menteri yang penting seperti pertahanan di terajui oleh kaum bukan melayu/Islam bagaimana kedudukan Melayu/Islam?

Oleh itu, Melayu/Islam haruslah mempertahankan kuasa politiknya yang tulen supaya kuasa memerintah yang tulen dapat dikekalkan oleh kaum Melayu/Islam 100%.

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »

Nik Aziz Tidak Bantah DAP Hina Islam , tOK gUru ape ni???

Posted by puteraadnan di Khamis, 13 Ogos 2009

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam. Sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Kata Tok Nik….” DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” katanya kepada pemberita di sini semalam ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 15 Comments »

Wasiat Raja-Raja Melayu…Penuh dengan Iktibar.

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 7 Ogos 2009

Oleh: Sahabat Mantap

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya. Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain
gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlabersama-sama kaum lain.
• Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
• Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
• Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Renungkan lah…

Posted in Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Program | 2 Comments »

Pengkhianat Melayu, saman RM 100 juta lagi…Kemaruk Sangat DSAI !

Posted by puteraadnan di Rabu, 5 Ogos 2009

Oleh: Putera_Adnan

Anwar mahu saman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM 100 juta kerana memanggil beliau pengkhianat bangsa Melayu. Mengapa Anwar sangat berminat dengan RM 100 juta sukar difahami. Anwar saman Dr. Mahathir RM 100 juta, Anwar saman ramai lagi semua dengan jumlah RM 100 juta. Mengapa? Ini adalah kepercayaan karut Fengshui Anwar kononnya 100 juta merupakan nombor “ong” kepada Anwar.

Anwar hanya mahu menutup mulut Tan Sri Muhyiddin Yassin bukannya mahu menang saman beliau. Justeru apa penting “ong” ini kepada beliau susah mahu kita fahami. Namun hakikatnya dakwaan Tan Sri Muhyiddin bahawa Anwar pengkhianat bangsa Melayu memang benar sama sekali. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik | 4 Comments »

Biarpun Mereka Berbeza Ideologi Politik Ke’Parti’an, Tapi Suara Mereka senada Seirama

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 4 Ogos 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Masyarakat cina bukan hanya pandai bercakap tentang permuafakatan, pengorbanan dan sokongan untuk mendidik anak bangsa mereka, sebaliknya mereka menterjemahkan semua kata-kata itu melalui tindakan. Biarpun mereka berbeza ideology politik, kepartian , dalam soal kelangsungan pendidikan bangsa mereka, suara mereka senada, pendirian mereka seirama. Bagi mereka, soal pendidikan merupakan soal kelangsungan hidup bangsa.

Lihat saja strategi masyarakat cina untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan tinggi. Hari ini misalnya ada 20 buah institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 24 buah politeknik yang tersenarai dalam laman Web rasmi kementerian Pengajian Tinggi-majoritinya diisi oleh pelajarmelayu dan Bumiputera. Namun pada masa yang sama, bilangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini berjumlah 450 buah. Majoriti pelajar di IPTs ini merupakan pelajar cina dan bangsa bukan melayu yang lain. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan | 1 Comment »

H1N1 Telah meragut 8 nyawa TETAPI Pakatan Rakyat dengan mudahnya mendedahkan rakyat untuk dijangkiti…Apa sumbangan Pakatan Rakyat dalam menangani wabak ini?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 4 Ogos 2009

Oleh: Tenda Biru

Wabak H1N1 tidak begitu diendahkan oleh rata-rata rakyat Malaysia. Saban hari semakin banyak sekolah-sekolah dan kolej-kolej yang terpaksa ditutup kerana wabak ini. Sehingga ke hari ini wabak H1N1 telah meragut 8 nyawa. Moga-moga dengan lapan terkorban di sebabkan wabak H1N1 ini, semua pihak akan lebih serius di dalam menangani wabak ini.

Pihak Pakatan Rakyat (PR) yang selalunya dilihat cenderong untuk menonjolkan diri kononnya mereka adalah “pembela nasib rakyat Malaysia” juga dilihat tidak mengendahkan isu ini. Mereka yang selama ini suka memperjuangkan beberapa isu dengan mengadakan rapat-rapat umum dan ceramah-ceramah, memandang sepi isu ini. Mungkin kerana wabak ini dilihat tidak memberikan “political millage” seperti mana isu kematian mendiang Teoh di bangunan SPRM maka ianya dibiarkan untuk ditanggung sendiri oleh Kerajaan Barisan Nasional. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pautan Web, Politik | Leave a Comment »

Masyarakat Jangan Tersalah Menilai Ciri-Ciri Ulama Sebenar

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 4 Ogos 2009

Oleh: Anak kecil Dari Gunung

Ulama secara ideal adalah orang yang arif dalam ilmu dan orang yang tersohor tetapi disebabkan makna ulama itu sudah dicampur aduk maka yang bukan Ulama pun dipanggil Ulama.

Tetapi masyarakat kita, asal orang itu tahu serba sedikit mengenai agama, dipanggil Ustaz dan yang boleh bercakap, digelar Ulama.

Ulama dalam konsep sebenar adalah mereka yang memiliki ketinggian intelektual dalam bidang hebat serta bersedia menyumbang pemikiran untuk pembangunan ummah, bukan memiliki ciri tertentu yang ditetapkan masyarakat seperti memakai serban atau berjubah. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »