Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS SANGGUP BERKORBAN APA SAHAJA UNTUK MENJAGA HATI DAP

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 28 Julai 2009

Oleh:- Tenda Biru

Makin sehari semakin nampak jelas PAS bertambah taksub kepada DAP. Sehinggakan ada ahli PAS yang sudah beranggapan ‘PAS itu DAP, DAP itu PAS!’ Tetapi malangnya, DAP tidak pernah beranggapan begitu, sebaliknya mereka tetap berkata bahawa DAP itu tetap DAP.

Hari ini PAS telah menyatakan bahawa DAP ialah parti yang teragung dan tersangat baik bagi membela nasib masa depan orang melayu/Islam.

PAS sanggup berkorban buat apa saja demi menjaga hati dan perasaan DAP. Walaupun apa yang dilakukan itu banyak pihak meragui ‘kehalalan’ perbuatan itu, namun PAS akan lakukan juga demi untuk menunjukkan betapa sayangnya PAS terhadap DAP.Sebaliknya DAP pula TIDAK pernah memeberi reaksi seperti yang PAS berikan kepada DAP.

Baru-baru ini juga berlaku kematian seorang pegawai khas kepada EXCO DAP Selangor – lihat bagaimana PAS bersimpati, hingga ada yang sanggup ikut ‘sembahyang mayat’ mendiang itu. Berteriak sana sini untuk menuntut keadilan.

Kematian misteri seorang ‘siswazah wanita’ di sebuah Universiti tidak pernah PAS buat macam kematian pegawai khas EXCO DAP itu. Wanita itu rakyat negeri Kelantan pula. Mengapa PAS bersikap talam dua muka dalam hal ini.

Kemana arah tuju orang melayu/Islam mahu di bawa oleh PAS? Kekiblat DAP atau Islam? Sedangkan hari ini PAS cuma sibuk dengan DAP, hari-hari DAP! DAP! DAP! Mana negara Islam yang selama ini diperjuangkan oleh PAS? Sedangkan DAP yang di agung-agungkan dan disanjung itu anti-Islam.

Sebagai bukti yang jelas dan nyata kepada apa yang telah berlaku di Kedah. Kerajaan Tempatan cuma runtuhkan “rumah potong babi” sahaja. DAP sanggup tinggalkan PAS demi membela rumah ‘potong babi’ nya. Kesian PAS!

Akibat dari robohkan rumah potong babi itu, MB PAS terpaksa berjumpa Lim Kit Siang untuk berbincang. Hasilnya DAP dapat untung besar. PAS terpaksa mengaku tidak akan buat apa-apa sesukahatinya dan kena bincang dengan DAP dulu dalam semua hal pentadbiran di Kedah.

Di P Pinang, walaupun PAS ada seorang ADUN, di pinggirkan oleh DAP. Sekarang di Kedah, walaupun DAP ada seorang ADUN, ianya nampak lebih berkuasa dan bersuara dari ADUN PAS di P Pinang.

Jika inilah caranya sikap PAS, tidak mustahil PAS akan menjadi parti ‘tumpangan’ sahaja dalam Pakatan Rakyat.

Advertisements

Satu Respons to “PAS SANGGUP BERKORBAN APA SAHAJA UNTUK MENJAGA HATI DAP”

  1. HjMae Berek12 said

    Hebat sunggoh pengaruh Disruptive Antagonist Provocatuers ke ke atas pati Nik Aziz.
    Baca buku Michevealli.
    HjMae Berek12.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: