Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Nik Aziz: Gaya Kepimpinan Nabi??? ( I Yer ker?? )

Posted by puteraadnan di Rabu, 22 Julai 2009

“Tuan Guru” Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Kepimpinan Gaya Nabi. Sebuah buku hasil penulisan Habibulah Izzah Ahmad telah berjaya diterbitkan. Pastinya buku ini mencipta satu lagi kontroversi di dunia politik tanahair.

Siapa tidak kenal dengan Nik Aziz. Individu yang digelar “Tok Guru” atau “Tuan Guru” oleh ramai pengikut ajaran PAS dan Pakatan “Riot” umumnya. Nik Aziz berlatar belakangkan pendidikan agama dari India, Pakistan dan Mesir. Menjadi ahli PAS pada 1967 dan menjadi MB Kelantan sejak 1990 hingga kini. “Tok Guru” PAS ini berumur 78 tahun, dan mentadbir Kelantan sebagai MB Kelantan lebih dari 18 tahun. Sepanjang perjalanan karier politiknya, “Tok Guru” PAS ini kononnya membawa kepimpinan “ulama” atau kepimpinan “nabi”? Mungkin itulah yang cuba digambarkan oleh penulis buku di atas!


Apakah benar Nik Aziz membawa pendekatan gaya kepimpinan “nabi”? Atas ukuran apakah penulis buku tersebut membuat perkiraan? Tidak dinafikan bahawa Nik Aziz adalah satu-satunya MB yang ber”jubah” dan ber”serban”. Tapi, apakah cara pemakaiannya yang mengikut sunnah Rasulullah S.A.W itu sudah cukup untuk menilai bahawa Nik Aziz mencerminkan kepimpinan “nabi”? Apakah dia juga “maksum” dalam setiap akhlak dan muamalahnya selama mana dia memimpin rakyat Kelantan dan PAS? Sedangkan begitu banyak konstroversi yang mampu memecah belahkan aqidah dan perpaduan umat Islam di Malaysia, apakah itu gaya kepimpinan “nabi” dahulu? Bolehkah ditafsirkan sedemikian?


Nik Aziz pernah menghalalkan “carutan” Shanon Ahmad yang menulis buku “Shit!”. Nik Aziz begitu membela Shanon yang begitu banyak “mencarut” dalam bukunya. Sehinggakan Nik Aziz “sanggup” mengatakan bahawa “Allah juga mencarut”, “Allah juga gedebe” dan sebagainya. Inikah gaya kepimpinan “nabi” yang penulis ini maksudkan?

Nik Aziz pernah dahulu mengkafirkan ahli-ahli UMNO kerana “berkawan” dengan orang bukan Islam di dalam pakatan Barisan Nasional. Katanya “haram”. Sedangkan Nik Aziz sendiri tahu apa bezanya kafir “zimmi” dan kafir “harbi”. MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN tidak pernah menolak Islam sepanjang pentadbiran BN sebagai sebuah Kerajaan. Namun kerana “gila kuasa”, Nik Aziz sanggup “menelan kembali ludah”nya.

Demi untuk “menghalalkan” tindakan PAS bergabung bersama DAP dan PKR, Nik Aziz sanggup mengeluarkan kenyataan “berkawan dengan syaitan pun tak apa”! Sudahlah kafir yang dikawannya itu kafir “harbi” yang terang-terangan menolak Islam, sanggup pula dia menggalakkan “berkawan dengan syaitan”? Karpal pernah berkata “over my dead body” ketika usul untuk mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam. Tapi, Nik Aziz mahu juga “berpeluk” dengan DAP yang sangat bertentangan dengan matlamat PAS itu? Itukah individu yang digelar “Tok Guru”, “ulama” dan gaya kepimpinan “nabi”? Layakkah dia?

Sudah 18 tahun Nik Aziz memerintah Kelantan sebagai MB. Pada awal pemerintahannya, jika ditanya tentang pembangunan di Kelantan, Nik Aziz begitu kuat menyelar Kerajaan Pusat yang kononnya tidak memberikan peruntukan yang mencukupi. Anwar Al-Juburi sebagai Menteri Kewangan ketika itu pernah membentangkan belanjawan kepada Kelantan dan meminta Kelantan supaya “bijak berjimat cermat”. Namun, selepas 18 tahun memerintah, takkan sedikit pun tiada pembangunan? Pernahkah Kerajaan Kelantan membina masjid? Yang banyak dibinanya hanyalah Patung Berhala Siam dan Nik Aziz sendiri rela hati memberikan sebahagian peruntukan kepada pembinaan Patung Siam terbesar di Asia Tenggara tersebut? Begitulah Mursyidul Am PAS yang membela Islam di Kelantan.

Konstroversi yang terbaru yang dilakukan oleh Nik Aziz ialah pada Muktamar PAS baru-baru ini. Persiden PAS dan Timbalan Presiden PAS yang dipilih oleh seluruh ahli-ahli PAS secara demokrasi mencadangkan agar PAS dan UMNO duduk semeja untuk berbincang mengenai “Kerajaan Perpaduan”. Dengan bongkaknya, Nik Aziz yang kalah pencalonan Presiden PAS itu menempelak Presiden PAS, Timbalannya dan sebahagian pemimpin PAS yang menyokong “Kerajaan Perpaduan” sebagai “Boneka UMNO”. Bayangkan, sebuah usul yang sangat murni oleh Presiden PAS untuk mencari titik pertemuan penyatuan umat Islam di Malaysia, telah ditentang habis-habisan oleh Nik Aziz! Kepimpinan “nabi” jenis apakah yang menentang penyatuan umat Islam di Malaysia? Hatta Ustaz Nasha pun di”halau” keluar dari PAS dan Nik Aziz sendiri tidak mahu “melihat” wajah Nasha ketika bersalaman. Inikah akhlak seorang pemimpin gaya “nabi”?

Astaghfirullahil’azim. Paling menyedihkan Nik Aziz pernah “memfitnah” Rasulullah S.A.W mempraktikkan “kronisme” ketika Baginda memerintah kerajaan Islam dahulu. Apakah ketika itu sudah wujud amalan “demokrasi” dan pilihanraya sebagaimana sekarang? Wujudkah “Harakah” yang berkempen siang dan malam? Apakah dengan terlantik Amirul Mukminin secara sistem Khalifiyyah itu mencerminkan Rasulullah mengamalkan “kronisme” sebagaimana yang di dakwa Nik Aziz? Sanggup Nik Aziz berkata demikian? Tahukah Nik Aziz tentang erti dan bagaimana yang disifatkan sebagai amalan “kronisme” yang digembar-gemburkan oleh Anwar sebelum ini?

Amat sedih sekali Nik Aziz ini. Namun, inilah individu yang diangkat penulis buku di atas sebagai mencerminkan gaya kepimpinan “nabi”. Bukan saya menafikan pendapat penulis mahupun kreadibiliti Nik Aziz, namun…layakkah Nik Aziz diangkat sebegitu? Anda fikir-fikirkan lah…

13 Respons to “Nik Aziz: Gaya Kepimpinan Nabi??? ( I Yer ker?? )”

  1. hann said

    laknatullah punya org!!

  2. gu said

    gaya kepimpinan Nabi apanya..

    nabi tidak pernah buat salah dalam pentadbirannya..tetapi PAs telah membuat salah..PAS telah memecahbelahkan umat islam..

    pas mengkafirkan orang islam lain..itu adalah kerja islam sekular kamal attatturk..

    Hakikatnya PAS telah gagal dan masih tidak mahu mengaku mereka gagal..malahan yang lebih mengecewakan adalah..PAS tidak mahu belajar dari kegagalannya.

    Pandai tidak boleh diikut, bodoh tidak boleh diajar..sesuai diberikan kepada PAS.

    • jihad said

      Kita nak katekan sesuatu mesti dengan fakta,,,
      Pas mengkafirkan orang islam? buktikan,,,

      Banyak di antara pentafsir2 al quran dari kalangan alim dan ulamak menyatakan sesuatu isu tersebut dengan adanya nas,dalil yg terkandung di dalamnya,,,

      jahil(bodoh)perlunya ilmu,cerdik pandai adanya kefahaman…lu pikir lah sendiri!!

  3. kekohsokmo said

    beh tuuu. kalu pandai sangat. terror sangat. bagus sangat. baik sangat berbanding ngan PAS di Kelantan tu…nape hangpa tak dapat2 tawan Kelantan!?

    ko plaks pikir balik

    hehehheheeeeeeeeeeeeeee

    • otak lu.. said

      kekohsokmo…
      hang tu betul2 la.jgn duk fikir bukan2…kalo betul lah nik aziz tu ulama,awat dia x nak buat kerajaan perpaduan.???
      hang jawab kat aku…PAS parti jer…hang jgn dok ghairah sgt ngan PAS. x masuk PAS x semestinya x dapat masuk SYURGA…yg masuk PAS x semestinya dpt masuk syurga….neraka gak g nyer…! hang pun ikut sama masuk neraka….puiiihhhh!

      • jihad said

        Jangan cakap tak suka bikin,,,tahu tak pe dia perpaduan dalam konsep islam???

        bermaksud ia lebih adil, baik dan menyeluruh bagi semua masyarakat dan rakyat di negara ini,,lu pikir lah sendiri!!

        satu lg soal masuk syurga dan neraka ne kerja allah,,,ia saja yg menentukan sape yang layak,,,

        pe hang katekan”yg masuk PAS x semestinya dpt masuk syurga….neraka gak g nyer…!”

        hai kawan insaflahhhhhh,,

        Jangan bongkak dan sombong,,seolah2 kita lebih tahu dari allah..lu pikir lah sendiri!!!

  4. raff said

    demo terlalu ikut emosi…
    tuan guru cakap UMNO kafir sebab tolak islam,,,bukan berkawan ngan orng kafir
    kalo mung nk tahu,islam adalah pakej,bukan main sekerat2..
    orng islam(umno) lebih teruk drpda orng kafir sbb depa tahu hukum islam,tp x amal(munafik)…
    berbanding orng kafir,,depa tidak faqeh tentang islam…
    cube engko banding islam d bawah umno ngan pas…mane lebih elok,,
    umno berjuang melayu(melayu shja)
    pas berjuang umat(semua bangsa)
    kalo engko nak tahu..nabi x berjuang bangsa arab,tp nabi berjuang atas umat..
    kalo nabi berjuang atas bangsa,,melayu x masuk syurga sbb nabi keturunan arab n berjuang arab…

    • otak lu.. said

      sooo… apa masalahnya…..sama jer PAS…kalo nak kata UMNO salah x bleh…kena salahkan diri sendiri sebelum salahkan org lain…PAS dan UMNO parti jer…!
      sapa makan cili,,dia rasa pedas!!

      • raff said

        hah..ha..
        sooo palotak engko,,!!!…heh..he
        memang ‘parti’,,tp kna tngok perjuangan…
        pas nk letak jenama ‘islam’ sbgai lambang xleh sbb perlembagaan(UMNO) x bg…
        soo tuan hamba..terjadilah ‘pas’…
        sebaik2 pemimpin adalah hamba ALLAH bukan hamba MAHKLUK…
        islam kaa malaysia ..??
        kilang arak..???
        paling teruk,,rompak duit rakyat…
        tempat judi …???
        amalan masyarakat ikut sunnah…???
        berpuak2 (perjuangan bangsa) ..???

  5. KHAIRI said

    kepada raff.

    kata umno tak ikut islam (munafik), pas ikut islam?? mane??? kerajaan pahang (umno) dah berjaya sebat org minum arak. kerajaan pas dah buat ke?? aku bkn lah penyokong umno. aku pun tak setuju pjuangan bangsa sebab dalam hadis nabi ada sebut pjuanggan bangsa bukanlah satu jihad. apabila tegakkan islam dalam diri, keluarga dan setiap org melakukan perkara yg sama automatik akan tertegakknya masyarakat, kampung, daerah, negeri dan seterusnya negara. nak tegak islam bkan dari negara… tu dah terbalik dari kaedah islam. nak mtk undi dari org ramai cara demokrasi ciptaan yahudi… jgn tuduh rg munafik atau kafir. Allah suka setiap org islam mencari kesakahan diri sendiri bkannya kesalahan org lain. dgn cara itu kita akan jd org yg membaiki diri (sifat rasul, nabi, wali, mukmin, soleh)

  6. kelopak hijau said

    PAS = ISLAM konon..pigidah..
    sume tu hanya bertopengkan agama je..nak dapatkan jawatan..dah dapat nanti tau la camne rasanya..kikiki..yg depa dok tau nak salahkan orang tu..salahkan orang ni..cerita org tu..cerita org ni..hmm..kalo PAS yg memerintah pun korang yakin ke pusat judi, spa, kilang2 arak tu dorng tutup? aku jamin xde maknanya PAS nk tutup kalau dorng yg memerintah..xpecaye??
    lu pikir la sendiri..hahaha
    mggu lepas aku g kelantan..tgk org tua berjudi sabung ayam ada.., beruk merempit ada, yg isap gam kat bas stop pun ada..dlm hati aku berkata..’ini ke kelantan yg org ckp serambi mekah tu??’
    aduyai..panas tengkuk aku nengok suasana mcm tu..kalo kat tempat lain tu aku blh terima lg..(ye la..golongan yg kononnya kafir yg memerintah..)..tapi ni kat KELANTAN!!(ulama yg memerintah)..aduh..susoh demo ni..nok buak lagu mano ni..
    realitinya??? perbaikilah negeri yg satu tu dulu..bukak mata besar2..kau tim la sama itu DAP kurangkan gejala judi,arak,beruk rempit kat kelantan tu dulu..
    aku pun heran..kalo kelantan tu bagus sangat kenape la banyak sangat anak muda yg keluar berhijrah g negeri lain?? duduk je la kat kelantan tu diam2..nape nk pegi negeri lain cari rezeki? negeri lain tu kan kononnya golongan “kafir” yg memerintah..haram tu kalo dpt gaji dari negeri lain tu..hahaha..klaka lak rasanya..hehehe
    ni lg satu..kalau bab2 wat demo ni memang dorang la juara..suara rakyat konon..yg bangangnya sume melayu je yg aku nampak masa demo itu hari..DAP,HINDRAFnya mane?? xde pun dorang demo sama2..adui..masuk majalah ujang lg bagus la..kot ye pun nak wat lawak jgn la wat lawak kumpul ramai2 jerit ramai2 tgh jalan..tgk..apa pun x dpt..ni ke kepimpinan ulama??
    yg betulnya sume dia..yg salahnya sume orang lain..lawak2..hehehe..pendek kata apa2 je lah..aslkan korang bahagia..
    salam..

  7. kepimpinan nabi?

    1. Dia kata PERGI JAHANAMLAH UMNO! Nabi pernah gunakan perkataan kurang akal macam tu tak?

    2. Undi PAS masuk Syurga kata Nik Aziz. Nabi pernah menjanjikan jika masuk islam masuk syurga?

    3. Perbuatan Nizar itu tidak salah, tetapi meragukan kata Nik. Dah terang2 Nizar pegang lilin, tu pun nak nafikan lagi?

    4. Isu Kerajaan Perpaduan yang dikemukakan oleh Hadi. Nik Aziz tentang, tak sanggup kahwin dengan UMNO/Barisan Nasional tetapi sanggup kahwin dengan DAP yang penyanggak yang juga penghina Islam secara terang terangan. Nabi ada ke menggalakan umatnya berpecah pabila musuhnya ingin bertaubat?

    Nik tidak ada kelayakan langsung dilabelkan mempunyai gaya kepimpinan Nabi dan juga tidak layak menjadi MB.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: