Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Penentuan di Manik Urai- PAS atau UMNO pilihan rakyat hari ini.

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 14 Julai 2009

Oleh: Tenda Biru

1 Malaysia 100 hari pimpinan DS Najib PM Malaysia telah memberi pukulan hebat terhadap Pakatan Rakyat. Kini sudah nampak jelas tanda-tanda sokongan padu rakyat terhadap kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib.

Manik Urai adalah tempat yang akan menentukan sama ada betul dan tepat dakwaan seperti disebut diatas.

Perkara utama yang BN/UMNO mahu selesaikan ialah membaikpulih BN/UMNO yang telah rosak binasa. Rakyat hilang kepercayaan terhadap BN/UMNO.

BN/UMNO telah berusaha bersungguh-sungguh mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada BN khasnya UMNO. Berbagai acara dan program telah dilancarkan oleh BN/UMNO dan nampaknya telah mendapat sambutan yang hebat. Tanda-tanda BN/UMNO akan beransur pulih sudah mula nampak kelihatan. Orang-orang melayu juga sudah mula sedar dan kembali menyokong UMNO.

PAS sebenarnya sedang menghadapi berbagai masalah. Walaupun Ustaz Nasa sudah nampak berbaik-baik dengan Tn Guru Nik Aziz, tetapi penyokongnya telah berpecah kepada dua kumpulan.

Perkongsian kuasa dengan DAP juga telah menyebabkan ramai penyokong PAS bepaling tadah. Mereka lebih bersetuju jika PAS berkongsi kuasa dengan UMNO. Manik Urai bukan kubu kuat PAS. Dengan perpecahan sokongannya dan kesedaran rakyat terhadap pembangunan pasti PAS akan menghadapi jalan sukar untuk menang.

Kepada penggundi-penggundi PRK N041 Manek Urai,berfikirlah dengan matang dan pilihlah yang terbaik untuk diri sendiri dan generasi akan datang. Mungkin mak bapak kita di kampung-kampung masih tidak mengerti dan tidak faham tentang politik, tetapi janji-janji kosong PAS selama ini patut telah memberikan kesedaran kepada mereka, bahawa PAS menjanjikan mereka sesuatu yang tidak mungkin dimiliki dan sukar untuk diukur kerana janji syurga dan neraka adalah hak dan ketentuan Allah.

Advertisements

Satu Respons to “Penentuan di Manik Urai- PAS atau UMNO pilihan rakyat hari ini.”

  1. kekohsokmo said

    tin kosong terus tin kosong
    beend kalah lagi
    hehehehehheeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: