Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAKATAN RAPUH (PR) PAKATAN RAKYAT (PR)

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 Julai 2009

Oleh: Salza Hedra

Penulis amat tertarik dengan perkembangan terbaru dalam Pakatan Pembangkang yang menamakan pakatan mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR). DAP, PKR dan PAS telah bersetuju untuk bersama atas satu tujuan utama iaitu menjatuhkan kerajaan BN dan memusnahkan UMNO. Untuk itu, mereka ‘bekerjasama’ dengan menjajakan kepentingan rakyat sebagai pemanis mulut dan halwa telinga kepada rakyat. Mereka berjaya dalam mempermainkan rakyat dalam PRU 12 lalu dan kini setelah setahun lebih PRU 12 berlalu, pakatan rapuh yang dibina atas tujuan tidak ikhlas dan mempunyai kepentingan berbeza antara setiap parti kini mula menampakkan wajah sebenar dan ertikata ‘pakatan’ mereka. Di antara ketiga-tiga parti ini, PAS menjadi bahan tunggangan DAP dan PKR. PAS dilihat lebih diarahkan supaya ‘mengorbankan’ prinsip perjuangan mereka berbanding dengan PKR apatah lagi DAP.

Sebelum pergi jauh ke dalam topik ini, penulis ingin menyatakan bahawa sejak daripada sebelum PRU 12, tidak pernah wujud apa yang dinamakan Pakatan Rakyat. Ia juga tidak wujud selepas pengumuman keputusan PRU 12. Mereka bergerak atas parti masing-masing. Idea untuk mewujudkan pakatan di kalangan mereka timbul apabila mereka melihat peluang untuk mendapat negeri Perak di mana BN/UMNO mendapat 28 kerusi, DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Lantaran itu, wujud pakatan di antara mereka. Atas pakatan ini maka DYMM Sultan Perak berpuas hati bahawa pakatan ini merupakan kumpulan yang mendapat sokongan majoriti dan melantik ADUN PAS sebagai Menteri Besar walaupun sebelum ini ditentang hebat oleh DAP yang tidak faham mengenai Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Pada ketika ini barulah mereka sibuk untuk mendaftarkan parti mereka dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Ada yang menyatakan bahawa rancangan untuk mewujudkan ‘two-party system’ adalah selepas pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya daripada DAP dan PKR ulang alik dari Singapura dan berbincang dengan Lee Kuan Yew. Perbincangan merka berkisar kepada bagaimana untuk mengambilalih kerajaan daripada BN. Sama ada betul atau tidak, penulis pun tak dapat nak mengesahkannya. Tapi lawatan Lee Kuan Yew mungkin ada kaitannya dengan perkara ini.

Dua peristiwa besar berlaku dalam jangka waktu yang agak singkat yang memperlihatkan bahawa pakatan mereka sebenarnya amat rapuh iaitu, Cadangan YB Hj Hadi Awang, Presiden PAS mengenai Kerajaan Perpaduan dengan UMNO/BN dan isu DAP keluar daripada Pakatan Rakyat di Kedah kerana pusat sembelihan babi. Kedua-dua isu ini telah menekan PAS.

Cadangan Hj Hadi untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan adalah sesuatu yang ikhlas dan murni daripada pemimpin tertinggi PAS. Sambutan yang diberikan oleh ahli PAS, UMNO dan masyarakat melayu amat positif. Ia bukan sahaja memberikan keuntungan kepada melayu sahaja malahan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Namun bangkangan awal diberikan oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng. Beliau secara sinis memaklumkan dalam sebuah sidang akhbar bahawa Hj Hadi kena memberikan penjelasan kepada Pakatan Rakyat khususnya DAP. Selain itu, kita dapati bahawa golongan Erdogan dalam PAS (pengikut Anwar Ibrahim) mula menghentam cadangan Presiden mereka.

Melihat cadangan Hj Hadi ini mendapat tentangan daripada DAP dan PKR, YAB Menteri Besar Kelantan, TG Hj Nik Aziz dengan lantang menentang usul ini. Beliau sanggup mengeluarkan kenyataan yang pedas kepada pemimpin besar PAS dan menyuruh YB Nasaruddin keluar PAS dan masuk UMNO. Beliau kata bahawa lebih baik mereka berpakat dengan DAP daripada UMNO yang sesat seperti ajaran ayah Pin dan komunis. Beliau menasihati agar PAS berbincang dengan Pakatan rakyat ikut apa yang diputuskan. Jawapannya mudah, Lim Kit Siang (DAP) dan Anwar Ibrahim (PKR) mengarahkan agar PAS menarik balik dan usah lagi mengeluarkan usul Kerajaan Perpaduan denga UMNO/BN. Mahu tak mahu, Hj Hadi, Ahli Majlis Tertinggi dan seluruh ahli PAS kena ikut dan akur dengan arahan DAP yang sejak dulu lagi menentang aspirasi dan hasrat PAS dalam membentuk Negara dan melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia.

Dalam sibuk-sibuk PAS akur dan taat kepada DAP kononnya nak jaga hati pemimpin Pakatan Rakyat, PAS tempelak oleh isu babi di Kedah. DAP Kedah umum keluar daripada Pakatan rakyat di Kedah. Mana TG Nik Aziz nak letak muka? Beliau sahaja yang nak jaga hati DAP tapi DAP perbodohkan beliau dan PAS. Cukuplah dengan si Nizar yang dijadikan boneka dan diperbodohkan oleh DAP kat Perak tu. Sekarang apa nak jadi? Masih lagi nak fikirkan fasal hati pemimpin DAP dan PKR yang tidak pernah jujur dan ikhlas kepada perjuangan dan pemimpin PAS?

Semalam dalam Berita Nasional (2 Julai 09), seorang penduduk tempatan Kg Buah Pala, Bukit Gelugor, Pulau Pinang berketuranan India telah mengutuk tindakan kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng dengan menyatakan usahlah berpura-pura memperjuangkan pusat sembelihan di Kedah. Rumah mereka dirobohkan. Sudahlah mereka miskin dan menyokong parti tersebut dalam PRU 12 lalu, kini mereka dilakukan sedemikian rupa. Jangan cakap pasal kerajaan yang telus, berjiwa rakyat dan mengutamakan rakyat. Tak cukup dengan itu, beliau berkata bahawa jangan kelak berlakunya rusuhan kam d antara India dan melayu di Pulau Pinang. Kalau berlaku, dalangnya adalah DAP.

Apa lagi penulis nak utarakan. Semuanya jelas. PAS diperkudakan DAP & PKR dalam Pakatan Rakyat. Pakatan mereka adalah demi kpentingan DAP dan Anwar Ibrahim. Apa akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Negara? Rusuhan Kaum? Melayu & India terpinggir? Islam terkubur? Entahlah? Bukalah minda dan lihatlah kebenaran di depan mata. Baru dapat memerintah beberapa negeri, exco PAS tak dapat bersuara di Selangor dan Pulau Pinang. Mereka tak dapat berbuat apa-apa untuk PAS apatah lagi untuk orang melayu dan Islam.

 
 
 

 

Satu Respons to “PAKATAN RAPUH (PR) PAKATAN RAKYAT (PR)”

  1. roslee1970 said

    KESIANNYE AWAK KAN..
    ASYIK BACA DAN LIHAT MEDIA ARUS PERDANA..
    DAH JADI KATAK BAWAH TEMPURUNG..
    UMNO BERPECAH TERUK DI TERENGGANU DAN PERLIS AWAK TAK TAHU KE?..
    BETUL KE PAKATAN RAKYAT DAH RAPUH..
    KALAU CAM TU NAPE UMNO KENA 7 -0 DALAM PILIHAN RAYA KECIK YANG LALU…
    KESIANNYA PR YANG BERPECAH UMNO YANG KALAH..
    SILA JAWAP KOMEN INI…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: