Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 3 Julai 2009

PAKATAN RAPUH (PR) PAKATAN RAKYAT (PR)

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 Julai 2009

Oleh: Salza Hedra

Penulis amat tertarik dengan perkembangan terbaru dalam Pakatan Pembangkang yang menamakan pakatan mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR). DAP, PKR dan PAS telah bersetuju untuk bersama atas satu tujuan utama iaitu menjatuhkan kerajaan BN dan memusnahkan UMNO. Untuk itu, mereka ‘bekerjasama’ dengan menjajakan kepentingan rakyat sebagai pemanis mulut dan halwa telinga kepada rakyat. Mereka berjaya dalam mempermainkan rakyat dalam PRU 12 lalu dan kini setelah setahun lebih PRU 12 berlalu, pakatan rapuh yang dibina atas tujuan tidak ikhlas dan mempunyai kepentingan berbeza antara setiap parti kini mula menampakkan wajah sebenar dan ertikata ‘pakatan’ mereka. Di antara ketiga-tiga parti ini, PAS menjadi bahan tunggangan DAP dan PKR. PAS dilihat lebih diarahkan supaya ‘mengorbankan’ prinsip perjuangan mereka berbanding dengan PKR apatah lagi DAP. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »