Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

ORANG CINA BUKAN WARGANEGARA KELAS DUA ….

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 2 Julai 2009

Oleh :- Anak Kecik Dari Gunung

Ada sebahagian rakyat Cina negara ini yang masih percaya mereka warganegara kelas dua. Mereka kata tak dapat hak macam yang Bumiputera dan orang melayu dapat. Ada yang menganggap dasar pilih kasih berlaku secara berleluasa dinegara ini. Cakap-cakap gini memang sedap. Sampai jadi modal pilihan raya. Kita sedar ada dalam kalangan kaum cina yang rasa terdapat dasar kerajaan yang berat sebelah, yang memihak kepada kaum Bumiputera

Kita tak pertikaikan hal itu. Memang betul keadaan itu terjadi. Lagipun istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera itu dilindungi Perlembagaan. hal itu kita fikir tak patut kita bangkitkan lagi. Memang orang Melayu dan kaum Bumiputera lain memerlukan perlindungan dalam banyak hal. Namun, dasar membantu itu bukanlah dasar aparteid macam yang dikatakan oleh seorang wakil DAP johor

Kita fikir elok sangat mereka yang tak faham latar belakang sejarah balik kepada sejarah supaya tahu duduk perkara yang sebenar. Ada orang Melayu sendiri yang rasa dasar bantu Melayu tak adil dan pilih bulu

Kita bukan nak pertahankan dasar macam Dasar Ekonomi Baru. Tapi bayangkan kalau dasar macam itu tak dilaksanakan. Kita tak dapat fikirkan kesannya. Kaum majoriti tak ada kuasa ekonomi, hidup dalam keadaan miskin dan tak kuasai bidang profesional, sedangkan kaum minoiti mengawal ekonomi. Apa jadi?

Kita rasa kaum Cina Negara ini faham perlu ada kompromi sana sini. Lagi pun hak mereka untuk belajar dalam bahasa ibunda tak dihalang. Sekolah Cina dinegara ini berkembang pesat dan dapat bantuan. Tak banyak negara didunia yang benarkan sistem sekolah Cina berkembang begitu pesat didalam negara mereka

Pendeknya, mereka bebas mengamalkan budaya, adat resam dan agama

Satu Respons to “ORANG CINA BUKAN WARGANEGARA KELAS DUA ….”

  1. MUHAMAD AZIM said

    Budoh jugak orang melayu ni kan, semua nak suap, semua nk subsidi..USAHA TAK DAK…semua dah bagi.. MARA ade… UITM ade… JPA ade…Matrik ade… ape lagi korang nak… Syurga plak.. syurga pon taknak korang lah.. PEMALAS.. memang bangang..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: