Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KERAJAAN PERPADUAN : ANTARA BONEKA DAN KUDA TUNGGANGAN

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 24 Jun 2009

Oleh: Roslan Mohd Latif
Presiden ALMA

Walaupun ramai yang mungkin berasa hairan dengan sikap dan tindak tanduk pemimpin PAS kebelakangan ini , tetapi bagi yang mengikuti perkembangan PAS sejak penubuhannya pada tahun 1951 oleh Haji Ahmad Fuad bekas AJK Biro Agama UMNO yang juga Pengerusi pertama Persatuan Ulama Malaya setelah kekalahan beliau merebut jawatan Presiden UMNO menentang Tunku Abdul Rahman, PAS tidak pernah konsisten di dalam perjuangan mereka dan bagi pemimpin PAS, matlamat menghalalkan cara. Walaupun ulamak PAS sering berkhutbah, berceramah menggunakan Ayat Quraan dan Hadis tetapi tingkah laku mereka tidak lebih dari apa yang di firmankan Allah di dalam Surah Al Mukminun ayat 53 , Maksud nya “… mereka menjadikan agama (memperalatkan agama) untuk tujuan berpecah belah dan berpuak puak sehingga menjadi beberapa pecahan (parti parti). Masing masing puak (parti) pula berbangga dengan apa yang ada di sisi mereka..” Tidak heranlah sejak dari pilihanraya pertama ,1955 di mana PAS hanya menang satu kerusi melalui Haji Ahmad Tuan Husin hingga lah PRU 12 di mana buat pertama kali dalam sejarah PAS berjaya memenangi 23 kerusi setelah menjadi kuda tunggangan kepada rakan yang telah menikam mereka sebelum ini. 

PAS merupakan satu satunya parti politik yang tidak pernah membuat kesilapan berbanding dengan BN kerana sejak tahun 1951 hingga sekarang kecuali 4 tahun dari 73 ke 77 semasa bersama BN kerana PAS tidak pernah berbuat apa apa. PAS tak pernah bina mesjid, bina sekolah, bina hospital, bina apa-apa kemudahan, termasuk memberi biasiswa atau pinjaman pendidikan selain dari mengutip tabung jihad untuk kepentingan para pemimpin mereka yang tak pernah di odit. Hampir keseluruhan wakil rakyat PAS termasuk PKR mendapat pendidikan hingga ke luar negara tidak seorang pun di biayai melalui tabung pendidikan PAS, sebaliknya mendapat faedah dari program yang di rancang oleh kerajaan BN yang tidak pernah membeza antara orang PAS dan bukan PAS. Malah ribuan anak orang PAS walau pun ibu bapa mereka mencaci apa yang dibuat oleh BN, mereka berebut rebut untuk memastikan anak mereka mendapat tempat di MRSM, Sekolah Asrama Penuh dan program ke luar negara. Alasan mereka rezeki anak mereka ini kurniaan Allah dan tidak perlu berterima kasih. Mereka ini lupa kepada Hadis Rasulullah , riwayat Ibnu Abi Dunya yang bermaksud , “ Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia (yang membuat kebaikan kepadanya) ia di anggap tidak bersyukur kepada Allah .” Sikap yang menggangap semua perkara datang langsung dari Allah sementara manusia tidak ada hubungan langsung adalah fahaman Jabbariah. Anehnya dalam kes kerajaan Perak yang sememangnya ketentuan Allah untuk menaik dan menjatuhkan pemimpin, tidak pula gulungan ini menerima dengan hati yang terbuka. Malah bila keputusan mahkamah memihak kepada mereka, di anggap adil, sebaliknya bila memihak kepada BN mereka menuduh hakim berat sebelah. Akhirnya ada pemimpin mereka yang sanggup melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana mana ahli Parlimen sebelum ini dengan kempen untuk membubarkan DUN Perak sedangkan dalam PRU 12 walau pun DUN Kelantan hanya punya 2 kerusi majoriti, kemudian menjadi 1 kerusi majoriti selepas kekalahan PAS di pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, penyokong UMNO tidak pernah melakukan perkara tidak senonoh untuk meminta pembubaran DUN Kelantan. Seharusnya pemimpin dan penyokong PAS merujuk kepada sepotong Hadis Nabi SAW , “ Tidak berhimpun umatku atas kesesatan, bila berlaku perselisihan hendaklah kamu mengikut gulungan yang terbanyak. “ Antara PAS 6 kerusi dan UMNO 27 kerusi, seharusnya berpandukan hadis ini, pemimpin PAS harus menunggu PRU 13. Apatah lagi pemimpin tertinggi mereka di Perak pernah menjadi Pengarah Agama di JPM. Yang jelasnya pemimpin Islam dalam PAS lebih rela menjadi kuda tunggangan DAP dari bekerjasama dengan UMNO, takut kalau kalau dijadikan boneka.

Soal lompat melompat, pancing memancing wakil rakyat sebenar nya di mulakan oleh PAS sendiri. Pada tahun 1959 dengan isu kafir mengkafir dan menuduh UMNO berkongsi kuasa dengan orang kafir dari MCA dan MIC , pemimpin PAS berceramah dengan Surah Al Imran Ayat 28 yang bermaksud, “….. Jangan lah orang beriman mengambil orang kafir menjadi pemimpin atau teman rapat dengan meninggalkan orang beriman…” tanpa membaca keseluruhan ayat berkenaan. Akhirnya PAS menang di Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu mereka menang 13 kerusi, Parti Negara 4 dan UMNO 7. Pada 24 Julai 1961 PAS berjaya memancing ADUN UMNO Ismail Abas ( Langkap ). Tetapi pada 22 Oktober 61 oleh kerana PAS mungkir janji dengan tidak melantik ADUN Parti Negara menjadi EXCO Tanah, 3 ADUN PN melompat ke Perikatan. Setelah ADUN mereka sendiri sedar sikap pemimpin PAS, akhirnya bila Tuan Guru Kadir Mohamad (Kuala Terengganu Tengah) dan Tuan Guru Wan Said Mohd Nor (Kuala Besut) menyeberang ke Perikatan , empat lagi ADUN PAS turut serta , akhirnya kerajaan PAS pimpinan YAB Mohd Daud tumbang pada 30 Oktober 61. Pada tahun 1973 setelah merujuk kepada ulamak ulamak yang tidak berkepentingan seperti Tuan Guru Haji Md Nor Teliar, Tuan Guru Haji Md Nor Selising dan Tuan Guru Haji Omar Daud, PAS bersetuju untuk mengadakan pakatan dengan Perikatan di mana terbentuknya kerajaan campuran di Kelantan dan terdaftarlah BN pada bulan Jun 1974. Sekali lagi Nik Aziz mengeluarkan fatwa . “ Mengenai kerajaan campuran adalah harus dan ditarjih oleh Kongres. Malah semasa meujudkan Barisan Alternatif 1999, Haji Hadi sendiri dalam Amanat Haji Hadi berkata , “ diharuskan bertahaluf dengan bukan Islam yang bersikap baik walau pun ada sahabat mereka yang secara terang terang menentang Hudud, yang sehingga hari ini isu Hudud terus di lupakan oleh Kerajaan Islam Kelantan.

Soal tikam menikam dalam parti perkara biasa kerana bukan sahaja PAS kena tikam malah PAS juga sering menikam dari belakang. Pada pilihanraya 1982 misalnya, PAS mengadakan pakatan dengan DAP dan ABIM untuk menjatuhkan BN selain dari menggunakan isu kafir mengkafir. Malangnya bila pemimpin ABIM yang pernah pijak bendera UMNO mengistihar masuk UMNO pada 15 April 82, PAS sekali lagi menggigit jari dengan hanya memenangi 5 kerusi Parlimen. Tanpa serik PAS sekali lagi menggadai maruah dan menjadi kuda tunggangan pada pilihanraya 1986 bila PAS mengadakan pakatan dengan PSRM, SDP, DAP dan Majlis Perundingan Cina ( CCC ) di mana DAP menang 24 kerusi sebaliknya PAS menyamai rekod tahun 1955 di mana hanya 1 kerusi yang dimenangi Nik Aziz yang jarang bercakap di Parlimen ketika itu. Mungkir janji kepada pemimpin PAS satu perkara biasa. Contoh yang jelas pada pilihanraya 1990. Walau pun telah diadakan perjanjian dengan Semangat 46, sekiranya kedua dua parti menang di Kelantan, Menteri Besar milik PAS tetapi Timbalan Menteri Besar diserah kepada S46. Tetapi selepas sahaja diistihar menang, kedua dua jawatan di bolot oleh PAS. Hanya selepas protes, diujudkan jawatan TMB 11 yang tidak berfungsi diserahkan kepada YB Rozali Ishak , tetapi banyak jawatan di peringkat Majlis Bandaran, Majlis Daerah dibolot oleh PAS. Malah banyak kawasan DUN di Terengganu , Kelantan dan Kedah berlaku pertandingan 3 penjuru ekoran gelagat pengikut PAS yang tidak berpegang kepada janji, walau pun sebahagian besar belanja pilihanraya dibiayai oleh Semangat 46. Kepada PAS, apa sahaja yang menguntungkan mereka, soal moral, soal halal haram sudah tidak lagi menjadi pertimbangan. Mereka sering memaki hamun pemimpin UMNO dalam ceramah tetapi bila pemimpin mereka di tangkap khalwat pada tahun 1995, pemimpin tertinggi mereka berdiam diri.

Ramai juga yang lupa bahawa di dalam pakatan pembangkang majoriti terdiri dari mereka yang pernah memegang jawatan tinggi seperti Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, SUPOL Menteri Kewangan, SUPOL Dato Syed Hamid, SUPOL Tan Sri Muhyiddin dan sebagainya. Sebahagian besar dari mereka menjadi kaya raya menguasai syarikat syarikat seperti Sabah Shipyard, anak syarikat Berjaya, Phileo dan sebagainya. Malah semasa pasaran saham melambung 1993 – 1994 ada di kalangan mereka ini yang menyewa keseluruhan Suite di Concorde Hotel selama 6 bulan dan ada di kalangan pemimpin ABIM yang mendapat kontrak berbilion ringgit di samping memiliki saham terpijak HICOM, Tenaga, Telekom, Petronas Gas tidak termasuk peruntukan 30% Bumiputra yang mereka rompak dengan rakusnya. Di zaman inilah ada orang orang ABIM yang menjadi pengunjung tetap Twin Club, Seven Avenue, Deluxe dan sebagainya. Tak kurang juga yang berkahwin mutaah dengan GRO. Anehnya mereka inilah sekarang bercakap tentang kerajaan bersih, kerajaan alternatif dan sebagainya. Syukur kepada Allah dengan terkeluarnya musang berbulu ayam dari dalam UMNO, parti ini menjadi bertambah kukuh dan biarlah mereka terus bermimpi di siang hari, kerana akhirnya rakyat boleh menilai antara parti retorik dan parti yang walau pun tidak seratus peratus sempurna tetapi hakikatnya dari sebuah masyarakat yang daif kini menjadi sebuah negara yang di segani. Tetapi sebaliknya jika ada yang ingin mempertaruhkan masa depan anak cucu mereka di tangan mereka yang pernah menjadi perompak, tunggulah saat kehancuran seperti pesan Rasulullah SAW , “ Jika sesuatu urusan itu di serah kepada bukan ahli nya, maka tunggu lah saat kehancuran nya . “ Riwayat Al Buhkari

Perbuatan tidak senonoh seperti yang berlaku semasa pembukaan Parlimen baru baru ini serta tingkahlaku penyokong PAS berbaring di tengah jalan menyekat kenderaan DYMM Raja Muda Perak beberapa bulan yang lalu membuktikan betapa pemimpin PAS begitu gila kuasa sehingga mereka lupa bahawa mereka hanya punya 6 kerusi berbanding BN 28. Oleh kerana empat parti bertanding menggunakan simbol berbeza dan pakatan pembangkang bukan satu parti yang berdaftar seperti BN, seharusnya BNlah yang kehadapan menubuhkan kerajaan. Tapi sebagai orang Islam yang taat kepada Ulil Amri seperti yang diperintahkan oleh Allah, UMNO menghormati keputusan DYMM Sultan Perak. Malangnya bila ada yang melompat ke BN dan keputusan memihak kepada BN kenapa pemimpin PAS tidak bertindak seperti BN. Malah penyokong PAS meneruskan tunjuk perasaan dan lupa kepada Sabda Nabi SAW yang bermaksud , “ Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit jerit di jalanan “ ( Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir r.a ) Sepotong Hadis yang diRiwayatkan oleh At Tabrani yang bermaksud , “Akan muncul tiga perkara buruk sebagai tanda dekat qiamat, salah satunya , orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan ( demonstrasi ). Tetapi memandangkan latar belakang kebanyakan pemimpin PAS sekarang yang berlatarbelakangkan IRC, MISG, Suara Islam semasa puak puak ini menuntut di luar negara atas tajaan kerajaan, bagi mereka cara tidak penting asalkan matlamat mereka tercapai. Trend ini jika dibiarkan berterusan sudah tentu akan menjadikan negara ini porak peranda dan rakyat khususnya gulungan muda perlu melihat kepada apa yang sedang berlaku di kebanyakan negara Islam kebelakangan ini termasuklah yang sedang berlaku di negara Iran yang kebanyakan sepanduknya menggunakan Bahasa Inggeris walaupun tidak ramai rakyat negara itu yang mampu bertutur selain dari bahasa Parsi. Kalaulah benar Quraan dan Hadis menjadi panduan kita, wajib kita mengikuti perintah Allah seperti di dalam Surah Al Anfal 8:46 yang bermaksud , “…. Dan janganlah kamu sekelian berbantah bantah (berbalahan) yang akan menyebabkan kamu kecewa dan kehilangan kekuatan. Sabda Nabi SAW yang bermaksud , “ Janganlah kamu berbantah bantahan sebab orang yang sebelum kamu telah berbantah bantahan, lalu akibatnya mereka binasa. “

Kesimpulannya, rakyat yang akan menjadi hakim kepada kemelut politik yang berlaku sekarang, perlu memikirkan kepentingan ramai mengatasi kepentingan peribadi. Pengalaman menunjukan perpaduan yang diasaskan bukan atas dasar untuk menegakkan kebenaran tidak akan mendapat keberkatan dari yang Maha Esa seperti Firman Allah di dalam Surah Al Hasyar ayat 14 yang bermaksud , “….Kamu melihat mereka itu macam bersatu. Tetapi sebenarnya hati mereka berpecah belah. “ Dan Ingatlah kepada Sabda Nabi SAW yang bermaksud , “ Janganlah kamu duduk semajlis dan bercampur gaul dengan sebarangan ulamak kecuali dengan ulamak yang mengajak dari lima perkara kepada lima perkara ;
1. Yang mengajak dari membuang keraguan kepada keyakinan
2. Yang mengajak dari membuang riak kepada ikhlas
3. Yang mengajak dari membuang tamak kepada zuhud
4. Yang mengajak dari membuang takbur (ego) kepada tawaduk
5. Yang mengajak dari membuang permusuhan (pergaduhan) kepada nasihat menasihati dan
perdamaian (persaudaraan)                        Riwayat Abu Naim dari Jabir r.a

3 Respons to “KERAJAAN PERPADUAN : ANTARA BONEKA DAN KUDA TUNGGANGAN”

  1. OrgKG said

    hebat…hebat….article saudara ni.

    saya melalui zaman2 kisah ini bermula thn82 tapi ingat2 lupa la kata org tua2…hehe

    tapi tulisan saudara dpt menolong saya mengimbau kisah2 yg lalu. semoga Allah SWT memberi pahala pada saudara. amin.

  2. coolooc said

    If malays are so unhappy in this land, they are free to go back to Indonesia, nobody stop them.

    They are laughed at by everyone in this world for being lazy, stupid, useless morons.

    If we want a good country – we must destroy the Umno party first.

  3. Bravo Pak Lan

    Satu sirah orang Melayu yang diharap boleh dicagarkan bila membuat pertimbangan politik.

    Apa yang berlaku sekarang bila tindak-tanduk songsang orang Melayu adalah akibat daripada kejahilan tentang sejarah, ilmu khususnya. Kita bercakap tanpa sempadan, ikut suka kononnya liberal tetapi secara tidak sedar ianya memparahkan intelek orang Melayu.

    Kita jadi bahan ketawa. Sedar-sedar sikit…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: