Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 24 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN : ANTARA BONEKA DAN KUDA TUNGGANGAN

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 24 Jun 2009

Oleh: Roslan Mohd Latif
Presiden ALMA

Walaupun ramai yang mungkin berasa hairan dengan sikap dan tindak tanduk pemimpin PAS kebelakangan ini , tetapi bagi yang mengikuti perkembangan PAS sejak penubuhannya pada tahun 1951 oleh Haji Ahmad Fuad bekas AJK Biro Agama UMNO yang juga Pengerusi pertama Persatuan Ulama Malaya setelah kekalahan beliau merebut jawatan Presiden UMNO menentang Tunku Abdul Rahman, PAS tidak pernah konsisten di dalam perjuangan mereka dan bagi pemimpin PAS, matlamat menghalalkan cara. Walaupun ulamak PAS sering berkhutbah, berceramah menggunakan Ayat Quraan dan Hadis tetapi tingkah laku mereka tidak lebih dari apa yang di firmankan Allah di dalam Surah Al Mukminun ayat 53 , Maksud nya “… mereka menjadikan agama (memperalatkan agama) untuk tujuan berpecah belah dan berpuak puak sehingga menjadi beberapa pecahan (parti parti). Masing masing puak (parti) pula berbangga dengan apa yang ada di sisi mereka..” Tidak heranlah sejak dari pilihanraya pertama ,1955 di mana PAS hanya menang satu kerusi melalui Haji Ahmad Tuan Husin hingga lah PRU 12 di mana buat pertama kali dalam sejarah PAS berjaya memenangi 23 kerusi setelah menjadi kuda tunggangan kepada rakan yang telah menikam mereka sebelum ini. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 3 Comments »

Nik Aziz oh Nik Aziz, tok guru yang hebat…

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 24 Jun 2009

nik aziz

Petikan dari Utusan Malaysia, Zaini Hassan

SYABAS Pas kerana menolak gagasan perpaduan Melayu. Syabas Pas kerana bersekongkol dengan rakan-rakannya – yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak bumiputera miskin, isu untuk mengenyah DEB, isu-isu terlalu sensitif yang jika disebut di sini ‘orang-orang tertentu’ akan mengecap kita ini sebagai rasis. Cita-cita Pas ialah mahu memerintah Malaysia dengan rakan-rakannya itu. Mungkin Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu mengidamkan menjadi Perdana Menteri. Jika diizinkan tuhan cita-citanya akan tercapai. Tolong, janganlah sesiapa mengatakan dia tok guru yang hanya mengajar agama – sebenarnya beliau ialah ahli politik totok yang dalam istilah Inggeris disebut political animal. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »