Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KERAJAAN PERPADUAN-PAS JADI BONEKA ANWAR IBRAHIM

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 23 Jun 2009

Oleh: Tenda Biru

ANWAR IBRAHIM

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang semalam. Sepertimana yang kita sedia maklum, Pakatan Pembangkang telah pun membuat keputusan tidak akan menerima sebarang bentuk perkongsian kerajaan atau Kerajaan Perpaduan sepertimana yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mereka telah menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

Yang menjadi tanda tanya…bukankah Ustaz Hadi sendiri yang mencadangkan Kerajaan Perpaduan ini? Kenapa pulak UMNO yang harus di persalahkan sedangkan UMNO menerima dengan hati yang terbuka?

PAS kini tidak mampu lagi bersuara kerana telah dikawal oleh De Facto PKR, Anwar Ibrahim. Perpaduan Islam dan Melayu yang sepatutnya disambut dengan baik, kini hanya menjadi gimik politik. Anwar Ibrahim tidak akan sesekali membenarkan PAS berkongsi kuasa bersama UMNO kerana impiannya untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan berjaya tanpa PAS. Anwar memerlukan PAS untuk menarik sokongan orang Melayu.

PAS sendiri tidak mengadakan Majlis Syura untuk membincangkan perkara ini. Kenapa perlu terus bermesyuarat bersama DAP dan PKR? Di mana Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa semalam? Beliau tidak memberi sebarang kenyataan berhubung keputusan ini?

Inilah Pakatan Pembangkang. PAS… Hanya menurut apa yang diputuskan dari Anwar Ibrahim. Perjuangan mereka semakin terbatas.

Satu Respons to “KERAJAAN PERPADUAN-PAS JADI BONEKA ANWAR IBRAHIM”

  1. edy said

    hilangkanlah perasaan buruksangka anda cara anda berfikir menunjukkan yang anda berada dalam lingkungan fikiran yang sempit

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: