Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS PERLU DIREALISASIKAN

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Jun 2009

Oleh: Salza Hedra

Siapakah yang paling gentar dan khuatir sekiranya kerajaan perpaduan UMNO-PAS menjadi realiti? Jawapannya amat mudah – mereka yang selama ini telah menunggu peluang dan ruang untuk menghancurkan Islam dan melupuskan kuasa politik Melayu. Golongan ini tidak mahu melihat orang melayu bersatu. Kerana mereka telah menunggu lebih daripada 50 tahun untuk melihat orang melayu bertelagah sesama sendiri. Selepas PRU 12 lalu, muncullah wajah sebenar mereka iaitu selepas melihat orang melayu bertelagah sesama sendiri.

Semalam (17/06/09) dalam akhbar Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Menjana Tindakan Pemikir (MANTAP), Tuan Haji Mohd Saiful Adil Daud dan hari ini dalam akhbar yang sama Mufti Perak, YBhg Tan Sri Harussani Zakaria telah menyatakan pandangan masing-masing mengenai unjuran Presiden PAS, YB Haji Hadi Awang mengenai kerajaan perpaduan. Hasrat yang dilahirkan oleh YB Hj Hadi disambut baik oleh Presiden UMNO/ Perdana Menteri, YAB DS Najib Tun Razak. Mengapa tiba-tiba sahaja, isu kerjaan perpaduan UMNO-PAS ini menjadi begitu penting dan mendapat pelbagai reaksi pelbagai pihak?

Penulis percaya hasrat murni yang dizahirkan oleh Presiden PAS adalah sesuatu yang amat kena pada masanya. Memandangkan senario politik hari ini khususnya dengan perpecahan bangsa melayu amat ketara sekali. Ramai bersetuju dengan kenyataan Presiden MANTAP, Haji Mohd Saiful Adil dan Mufti Perak, YBhg Tan Sri Harussani bahawa perpecahan di kalangan melayu adalah yang paling teruk dan lihat amat lemah dalam era selepas merdeka. Perpecahan ini menyebabkan bangsa melayu yang merupakan bangsa majoriti di Malaysia kelihatan begitu lemah.

Kelemahan ini kini dieksploitasikan oleh pihak pembangkang khususnya daripada DAP dan PKR. Tidak kurang juga daripada parti komponen BN seperti MCA, GERAKAN, MIC dan PPP. Terdapat juga segelintir pemimpin melayu yang tidak sedar diri dan lupa asal usulnya seperti Anwar Ibrahim cuba menangguk di air keroh. Orang pertama yang memberikan komen mengenai cadangan YB Hj Hadi adalah Lim Guan Eng yang mahu Hj Hadi memberikan penjelasan dalam mesyuarat pakatan mereka. Anwar juga tidak bersetuju dengan Hj Hadi kerana beliau melihat pintu untuk beliau menjadi Perdana Menteri tertutup rapat. Terbaru, MCA pula menyuarakan pendapat mereka melalui Lee Wai Kiat yang tidak mahu melihat orang melayu bersatu.

Kunjungan Lee Kuan Yew, Menteri Kanan Singapura,menjadi tanda tanya. Lantaran itu, selain daripada pertemuan rasmi dengan pemimpin utama negara, beliau juga telah bertemu dan berbincang dengan pemimpin kaum cina dan peribumi Sabah dan Sarawak. Apakah agenda pertemuan tersebut, kita tidak pasti. Mungkinkah kunjungan belaiu membawa satu misi dan agenda besar yang berkait rapat dengan senario politik negara?

Pada pandangan penulis, PAS yang berada dalam pakatan pembangkang tidak sidikitpun mengurangkan peranan mereka sekiranya kerajaan perpaduan berjaya direalisasikan. Ramai di kalangan pemerhati politik melihat bahawa kerajaan perpaduan adalah suatu unjuran terbaik bagi Malaysia. Tambahan pula ia diyakini dapat mengembalikan semula kewibawaan dan kekuatan orang melayu.

Selain itu, penulis melihat bahawa dengan wujudnya kerajaan perpaduan, undang-undang Islam yang selama ini dilaungkan oleh PAS akan dapat direalisasikan. Hari ini 95% undang-undang Islam telah dilaksanakan oleh kerajaan BN di bawah kepimpinan UMNO. Yang belum terlaksana hanya tiga perkara iaitu potong tangan, rejam dan pancung sahaja.

Berikan peluang untuk orang melayu kembali bersatu. Berikan ruang untuk kerajaan perpaduan menjadi realiti. Penulis juga ingin mencadangkan agar YAB Perdana Menteri, DS Najib dan barisan kepimpinan UMNO/BN tidak meletakkan calon untuk bertanding di PRK Manek Urai. Ia akan membuka ruang yang lebih luas untuk kerajaan perpaduan. Realisasikanlah kerajaan perpaduan kerana ia akan menjadikan orang melayu bersatu dan Islam akan tetap terpelihara.

5 Respons to “KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS PERLU DIREALISASIKAN”

  1. LKY datang ke malaysia mungkin menganjorkan satu gagasan yang berniat jahat terhadap orang melayu dan islam kerana secara tiba2 pulak muncul sebaik sahaja tuan guru ustadz hadi awang mencadangkan kerajaan perpaduan, mengikut sumber yang boleh dipercayai LKY menganjorkan pakatan bukan melayu dan pribumi bukan islam dari sabah dan sarawak bersatu menentang umno dan membubarkan BN dan akan menawarkan pulangan yang lumayan sekiranya membuka pintu kepada singapura untuk masuk kembali ke dalam malaysia.LKY menghidu sekiranya kerajaan perpaduan di realisasikan maka orang melayu akan bersatu dan akan menindas kaum minoriti di negara ini yang mana LKY telah lakukan kepada orang melayu di singapura gulongan minoriti di sana. Sudah tiba masanya orang melayu bersatu membela haknya dan kaum lain jangan risau kerana orang melayu tidak pernah bersifat jahat malahan amat amanah untuk menunaikann tangongan jawabnya sebagaimana selama ini. orang melayu hanya mahukan hak mereka di lindungi tanpa menzalimi hak orang lain.. .

  2. reek said

    Semi Value, Najis, Hisppukidin, Bodowi……….all these idiots of the corrupt Umno government – one thing is certain – majority, a very high majority of the public does not believe anything the stupid, lying and corrupt Umno government says anymore.

    This Umno government has zero credibility with the people of Malaysia and one of the reasons is the public is more knowledgeable and intelligent than all those idiots in government especially those dumb shit heads in Umno.

  3. miya said

    Bodoh punya melayu babi……….

    Baik balik ke tanah melayu la. We are natives of Sabah and Sarawak land – buat apa kamu punya orang datang sini menjajah kita oh?

    Kita tak suka kamu orang datang sini mengorek sumber petroleum tanah kita – this Sabah and Sarawak land not belongs to your malays.

    Get out from Sabah and Sarawak la!

    Bodoh melayu babi!

  4. vesewe said

    If only the malays are a bit smarter, then BN won’t win. The problem is malays are too damn stupid that they keep voting for BN. I don’t know what poison BN gave to make them in this state.

  5. Pak Pandir said

    Reek, Miya & Vesewe

    Firstly, your statements above show how racist your all are.

    Secondly, history of Malaysia development has and still showing that UMNO & its Coalation party successfully putting Malaysia and all Malaysian as a develop nation. Even countries like US, Britain, France, Germany and other develop & third world countries have praise Malaysian government under UMNO/BN.

    Last but not least, Don’t be racist man. Together we make Malaysia as a better place for us.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: