Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KERAJAAN PERPADUAN – MELAYU PERLU BERSATU

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Jun 2009

Oleh: MAWAR BERDARAH

“Saya bersikap terbuka terhadap konsep kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

“PAS tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak kerana ia merupakan satu tuntutan dalam Islam,” kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dua kenyataan di atas dibuat oleh dua orang pemimpin Melayu yang melihat perlunya orang-orang Melayu bersatu bukan sahaja untuk kestabilan politik dan ekonomi malah mengembalikan semula kekuatan umat Islam di negara ini.

Banyak pihak melihat kegemilangan dan kekuatan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini boleh dicapai jika kedua-dua parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas bersatu duduk semeja merundingkan masalah yang melanda negara. Penyatuan orang-orang Melayu di negara ini bukan isu perkauman kerana semua kaum dilindungi oleh undang-undang dan Perlembagaan negara ini.

Perbalahan dan pepecahan di kalangan orang-orang Melayu di negara ini disebabkan oleh ideologi politik bukan sahaja boleh melemahkan negara malah diambil kesempatan oleh kuasa asing untuk `menjajah’ semula negara ini. Jika Melayu bersatu dan menjadi bangsa yang kuat seperti satu ketika dahulu kita bukan sahaja dihormati oleh kuasa asing malah kaum-kaum lain di negara ini turut sama meraih hasil ekonomi daripada kekuatan bangsa Melayu.

Mungkin perkara ini yang difikirkan oleh Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Abdul Hadi kedua-dua pemimpin Melayu yang mewakili dua parti Melayu terbesar di negara ini. Apa pun ramai pihak yang menanti apakah Kerajaan Perpaduan ini akan menjadi kenyataan!

6 Respons to “KERAJAAN PERPADUAN – MELAYU PERLU BERSATU”

  1. pierre said

    Keputusan dan tindakan TG Nik Aziz kepada Ust Nasharuddin adalah satu tindakan yang akan memecah belahkan parti itu sendiri-PAS ! Kerajaan Perpaduan adalah satu jalan untuk menyatupadukan umat melatu di negara ini supaya bersatu walaupun dari parti yang lain.sepatutnya Tg Nik Aziz perlu menyambut baik usul kerajaan perpaduan…sampai bila nak tgk melayu gaduh sesama sendiri….
    ( Cina, India bertepeuk tangan bila tgk melayu-melayu bergaduh sesama sendiri… )

    buka la minda tu sikit!!!

  2. pakcik said

    kerajaan perpaduan sedang memecahbelahkan perpaduan dalam PAS.

    bila sebut perpaduan, semuanya ok..tetapi menjadi sebaliknya. Apa yg tersirat.

  3. kadiology said

    nik aziz rela berdakap dengan DAP dari bersatu dengan UMNO. apa daaaaaa. kena sedar sikit, UMNO kena tekan dengan gerakan dan MCA. PAS pula dalam PR bukan nya dominan. baik lagi UMNO dan PAS bersatu. apabila islam dan melayu bersatu, barulah bangsa lain akan ikut. baru la ada 1 malayia ke jadah mak nenek lain., satukan Islam dan melayu dahulu!

  4. shabriduda said

    Manakala rakyat lebih banyak melontarkan persoalan dimana kewajaran kerajaan perpaduan itu dalam kontek keikhlasan Umno. Bila dah nazak, baru nak berpadu. Ketika kuat, campak ke tepi. Lihat saja isu royalti minyak di T’ganu ketika PAS menang, apa jadi ? Tetapi bila Umno menang dan T’ganu kembali kepada BN, royalti dikembalikan. Ini double standard yg jelas dan nyata pihak Kjaan yg memerintah (decision maker/pemerintah) telah buat. Kemudian lihat pula dalam konteks Perak, soal lantikan JKKK dan Ketua Kampung oleh Kerajaan Pakatan sebelum ini, apa yg terjadi ? Apakah tindakan Kjaan Perak sekarang betul ?

    Jika dilihat diperingkat rakyat bawahan, yang jelas org2 Umno boleh minum dan ketawa dgn orang2 PAS, ini bukan retorik., tidak jejaskan pun silaturahim. Dibawah seperti biasa…kenduri kendara..tak ada hal? belum ada kes kerana perbezaan politik buat rakyat berbunuhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: