Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 18 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS PERLU DIREALISASIKAN

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Jun 2009

Oleh: Salza Hedra

Siapakah yang paling gentar dan khuatir sekiranya kerajaan perpaduan UMNO-PAS menjadi realiti? Jawapannya amat mudah – mereka yang selama ini telah menunggu peluang dan ruang untuk menghancurkan Islam dan melupuskan kuasa politik Melayu. Golongan ini tidak mahu melihat orang melayu bersatu. Kerana mereka telah menunggu lebih daripada 50 tahun untuk melihat orang melayu bertelagah sesama sendiri. Selepas PRU 12 lalu, muncullah wajah sebenar mereka iaitu selepas melihat orang melayu bertelagah sesama sendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 5 Comments »

NIZAR SEMAKIN KURANG SIUMAN

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Jun 2009

Oleh: Tenda Biru

Nizar2Oleh: Tenda Biru

Hormati parlimen! Kalau bukan ahli parlimen sendiri yang menghormati dan menjaga kemuliaan dewan siapa lagi yang boleh diharap menghormati dan menjaganya?

Kekecohan telah bermula sebaik saja mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen. Nizar telah melaungkan perkataan “bubar Dewan” sambil mengenakan lilit di kepalanya berbunyi “Bubar DUN”. Gelagat itu tidak disenangi oleh Speaker Pendikar Amin Mulia kerana ianya dikatakan melanggari kod etika berpakaian ahli Dewan. Sebelum Nizar sempat melabuhkan punggung di kerusinya beliau dihalau keluar.

Tindakan ke atas Nizar rasanya sesuatu yang menyesalkan. Dan dari sudut lain pula tidak seharusnya Nizar melakukan sesuatu sehingga tindakan itu dikenakan kepadanya. Nampaknya Nizar masuk ke Dewan untuk menjadi hero baru. Inilah politik populariti murahan yang dibawa oleh pemimpin politik pembangkang. Tahu nak buat kecoh saja. Ingatkan masa perasmian Dun Perak hari tu sahaja, rupa – rupanya perangai liar dan perak jakun tu dibawa masuk dalam Dewan Rakyat jugak.

Alahai Nizar, apalah nasib badan. Pusing kiri salah, pusing kanan tak kena, bila lah nak habis gila talak tu Datuk Nizar!

Posted in Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

KERAJAAN PERPADUAN – MELAYU PERLU BERSATU

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Jun 2009

Oleh: MAWAR BERDARAH

“Saya bersikap terbuka terhadap konsep kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

“PAS tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak kerana ia merupakan satu tuntutan dalam Islam,” kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dua kenyataan di atas dibuat oleh dua orang pemimpin Melayu yang melihat perlunya orang-orang Melayu bersatu bukan sahaja untuk kestabilan politik dan ekonomi malah mengembalikan semula kekuatan umat Islam di negara ini.

Banyak pihak melihat kegemilangan dan kekuatan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini boleh dicapai jika kedua-dua parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas bersatu duduk semeja merundingkan masalah yang melanda negara. Penyatuan orang-orang Melayu di negara ini bukan isu perkauman kerana semua kaum dilindungi oleh undang-undang dan Perlembagaan negara ini. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 6 Comments »