Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Perpaduan politik?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 Jun 2009

Oleh: Tenda Biru

Perpaduan – mudah disebut sukar di ertikan malahan lebih kabur sekiranya mahu di interpretasikan secara mutlak. Kerajaan perpaduan masih belum dapat didefinisikan bentuknya. Sikap terbuka yang di perkatakan wujud dalam kepimpinan PAS dan UMNO untuk membincangkan isu mengenai kerajaan perpaduan belum menjanjikan arah dan bentuk perpaduan tersebut. Ia masih dipersoalkan? Soal kejujuran memperkatakan mengenai perpaduan baik kerajaan perpaduan atau perpaduan Melayu itu sendiri masih kabur. Ada suara secara terbuka mengatakan bahawa kerajaan perpaduan anjuran sesiapa pun harus di teliti oleh PAS kerana konsep dan idea ini wujud apabila UMNO merasakan dominasi mereka ke atas Melayu semakin meleset.

Berbalik kepada isu kerajaan perpaduan soalan yang utama adalah bentuk kerajaan perpaduan tanpa perpaduan mutlak perhubungan antara Melayu. Adakah perpaduan yang di sebut-sebut hanya meniti atas titian politik tanpa semangat yang jelas dalam Melayu itu sendiri? Adakah sebenarnya perpaduan yang dianjurkan melibatkan Melayu keseluruhan atau hanya sebahagian Melayu PAS, sebahagian Melayu UMNO dan segelintir Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat? Adakah perpaduan antara Melayu akan turut di ukur dengan cara peratus menyokong dan bukan kepada jiwa kemelayuan dan semangat penyatuan kefahaman Melayu itu sendiri.

Adakah perpaduan politik menjanjikan perpaduan dalam erti kata sebenar mengutamakan perjuangan Melayu menjanjikan perjuangan memartabatkan ekonomi, meningkatkan nilai sosial dan kebudayaan Melayu. Adakah perpaduan Melayu itu mengutamakan Melayu atau terus menerus menjadi satu medium untuk loncatan politik khususnya kepentingan kuasa. Terlampau banyak persoalan wujud sungguhpun hakikat perpaduan itu penting dan perlu diadakan. Masalah utama ialah perpaduan Melayu masih terikat dalam kepompong politik. Membicarakan perpaduan politik menimbulkan pesimisme sama ada perpaduan bentuk itu akan dapat bertahan atau ia adalah perpaduan kosmetik yang akan luntur sekelip mata.

Melayu itu sendiri harus disedarkan. Membuka set minda baru, menilai dan membuat keputusan secara optimis dan tidak terikat kepada anasir lain yang akan menghalang perjuangan Melayu dan membatasi suara Melayu bila menyebut erti perjuangan Melayu. Jangan politik menganjurkan perpaduan dan kerana politik rosak juga perpaduan tersebut.

Sungguhpun begitu, usaha perpaduan Melayu adalah penting dan seharusnya menjadi soal pokok yang perlu dibincangkan. Ini akan menentukan kelangsungan hayat Melayu baik dalam politik, ekonomi dan sosial. Namun cabaran pembentukan perpaduan amat besar. Halangan yang wujud terus menerus ada dan satu hakikat penting, mungkin ketakutan kaum lain wujud dalam kita membicarakan mengenai perpaduan Melayu khususnya dalam konteks kerajaan perpaduan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: