Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

LAWAK BODOH NIZAR ‘KUDA’ DAP DI PARLIMEN

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 Jun 2009

Oleh Salza Hedra

Tindakan Nizar sejurus sahaja mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen baru Bukit Gantang semalam (Isnin, 15/06/09) adalah suatu tindakan yang amat memalukan bukan sahaja kepada dirinya malahan terhadap PAS. Belum ada lagi mana-mana ahli Parlimen baik daripada kerajaan mahupun pembangkang yang melakukan tindakan sedemikian – melakukan demonstrasi dalam sidang Parlimen. Tindakan Nizar telah mencemarkan imej Parlimen Malaysia.

Pada pandangan penulis, Nizar sememangnya tidak lagi memperdulikan maruah PAS. Beliau lebih cenderung dan mirip kepada memperjuangkan hasrat DAP khususnya untuk sepupu beliau, Ngeh Koo Ham yang sebenarnya menjadi ‘Menteri Besar’ Perak semasa Nizar memegang jawatan tersebut. Pada dasarnya, tindakan beliau telah dirancang awal. Rancangan ini berkemungkinan ada kaitannya dengan BAPAK SEGALA DEMONS – TRASI di Malaysia, Anwar Ibrahim dan diunjurkan oleh Ngeh sendiri. Nizar hanya pelakon pelawaknya.

Penulis bersetuju dengan pandangan rakan-rakan pemerhati politik yang menyatakan bahawa tindakan Nizar datangnya dari kekecewaan beliau kerana telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai MB Perak dan akhirnya menyebabkan pakatan pembangkang kehilangan negeri Perak kepada BN. DAP melalui Ngeh lebih kecewa. Namun DAP/Ngeh yang tahu bahawa Nizar boleh diperkudakan dan menjadi boneka DAP sekali lagi dan boleh diperalatkan untuk melakukan tindakan sedemikian.

Sejak daripada semalam, penulis tidak lagi mendengar sebarang komen daripada PAS khususnya pemimpin atasan mereka seperti Nik Aziz dan Hj Hadi. Mungkin mereka dan barisan kepimpinan PAS yang baru bersetuju dengan tindakan Nizar. Mereka pun tak kisah atas kejadian semalam. PAS memang suka dijadikan boneka DAP dan Anwar Ibrahim. Atau PAS sudah tidak mempunyai suara dalam pakatan pembangkang lagi. Atau PAS takut sekiranya mereka bersuara, mereka akan kehilangan undi Cina. Atau mereka takutkan ugutan Karpal Singh King.

Melihat gelagat lawak bodoh Nizar yang tersengih-sengih, penulis merasa jijik dan merasakan ia mencabar kebijaksanaan orang melayu. Banyak perkara yang bertentangan dan dikategorikan sebagai ‘kurang ajar’ yang telah dilakukan oleh Nizar dan DAP – Membelakangkan Perlembagaan , Menghina Sultan, Membuat Persidangan DUN di bawah pokok dan Mencemar imej negara di mata luar. Mungkin itu tidak cukup untuk beliau dan DAP ‘to redeem’ kesalahan mereka pada mata pengundi dan penyokong mereka.

Advertisements

Satu Respons to “LAWAK BODOH NIZAR ‘KUDA’ DAP DI PARLIMEN”

  1. bern said

    hahahha… bapak segala demons

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: