Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“SATU MALAYSIA”-TAFSIRLAH SENDIRI….

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 Jun 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Dalam keadaan sekarang, makin jelas rakyat kita berbelah bagi. Satu pihak sokong kerajaan dan yang tidak menyokong itu apa-apa saja yang kerajaan buat semuanya tak betul dan tak ada satu pun yang betul, malah kita percaya orang tidak suka perkataan “propaganda”. Kemungkinan besar tafsiran perkataan itu yang membuatkan banyak orang bingung dan keliru

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemukakan gagasan “Satu Malaysia” banyaklah orang berkata-kata, ada yang kata bagus sangatlah konsep itu dan ada yang tak suka. Banyaklah perbincangan yang kita dengar baik dikedai kopi, akhbar dan media alternative. Bagus sangatlah gitu

Kita sokong cara Perdana Menteri yang tidak akan menjelaskan konsep itu, biar rakyat sendiri yang membuat pengisian dan andaian, biar rakyat buat huraian dan biar rakyat yang berikan makna itu cara yang paling baik, kita rasa kalau datang dari atas orang kata “propaganda” jadi biar datang dari bawah, kita mahukan semua rakyat ada hak untuk membuat huraian maksud “Satu Malaysia” rakyat bebas tentukan apa-apa yang mereka rasakan itu betul

Kita semua mahu generasi kita ada budaya, nilai yang betul, ada adap, ada maruah, berbudi bahasa dan akhlak yang baik malah kejayaan tanpa akar budaya yang betul tak ada maknanya itu semua, kita mesti bekerja keras bagi pastikan kejayaan negara yang rakyatnya beradab, bersopan dan berhati mulia

Kita rasa elok sangat Perdana Menteri bagi lapan tegasnya saja, lapan tiang seri itulah yang patut kita dirikan bersama kita perkuat, kita jadikan asas sebuah negara bangsa yang kita mahu, kita patut dah fikirkan hal ini lama dulu. Tapi maklumlah kita bangunkan ekonomi dalam bidang niaga dan dagang agar terus berjaya dan kita sendiri Nampak kejayaan itu

Masanya belum terlambat lagi, pada pendapat kita negara muda baru lebih 50 tahun tentu ada masa lagi untuk kita bina kekuatan dari dalam, masih ada peluang lagi untuk kita kukuhkan bangsa dan negara dengan nilai yang kita mahu

Jadi cuba kita semua fikirkan lapan teras itu, yang akan membawa kita kesana…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: