Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 16 Jun 2009

“SATU MALAYSIA”-TAFSIRLAH SENDIRI….

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 Jun 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Dalam keadaan sekarang, makin jelas rakyat kita berbelah bagi. Satu pihak sokong kerajaan dan yang tidak menyokong itu apa-apa saja yang kerajaan buat semuanya tak betul dan tak ada satu pun yang betul, malah kita percaya orang tidak suka perkataan “propaganda”. Kemungkinan besar tafsiran perkataan itu yang membuatkan banyak orang bingung dan keliru

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemukakan gagasan “Satu Malaysia” banyaklah orang berkata-kata, ada yang kata bagus sangatlah konsep itu dan ada yang tak suka. Banyaklah perbincangan yang kita dengar baik dikedai kopi, akhbar dan media alternative. Bagus sangatlah gitu Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Politik | Leave a Comment »

LAWAK BODOH NIZAR ‘KUDA’ DAP DI PARLIMEN

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 Jun 2009

Oleh Salza Hedra

Tindakan Nizar sejurus sahaja mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen baru Bukit Gantang semalam (Isnin, 15/06/09) adalah suatu tindakan yang amat memalukan bukan sahaja kepada dirinya malahan terhadap PAS. Belum ada lagi mana-mana ahli Parlimen baik daripada kerajaan mahupun pembangkang yang melakukan tindakan sedemikian – melakukan demonstrasi dalam sidang Parlimen. Tindakan Nizar telah mencemarkan imej Parlimen Malaysia. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

Perpaduan politik?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 Jun 2009

Oleh: Tenda Biru

Perpaduan – mudah disebut sukar di ertikan malahan lebih kabur sekiranya mahu di interpretasikan secara mutlak. Kerajaan perpaduan masih belum dapat didefinisikan bentuknya. Sikap terbuka yang di perkatakan wujud dalam kepimpinan PAS dan UMNO untuk membincangkan isu mengenai kerajaan perpaduan belum menjanjikan arah dan bentuk perpaduan tersebut. Ia masih dipersoalkan? Soal kejujuran memperkatakan mengenai perpaduan baik kerajaan perpaduan atau perpaduan Melayu itu sendiri masih kabur. Ada suara secara terbuka mengatakan bahawa kerajaan perpaduan anjuran sesiapa pun harus di teliti oleh PAS kerana konsep dan idea ini wujud apabila UMNO merasakan dominasi mereka ke atas Melayu semakin meleset.

Berbalik kepada isu kerajaan perpaduan soalan yang utama adalah bentuk kerajaan perpaduan tanpa perpaduan mutlak perhubungan antara Melayu. Adakah perpaduan yang di sebut-sebut hanya meniti atas titian politik tanpa semangat yang jelas dalam Melayu itu sendiri? Adakah sebenarnya perpaduan yang dianjurkan melibatkan Melayu keseluruhan atau hanya sebahagian Melayu PAS, sebahagian Melayu UMNO dan segelintir Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat? Adakah perpaduan antara Melayu akan turut di ukur dengan cara peratus menyokong dan bukan kepada jiwa kemelayuan dan semangat penyatuan kefahaman Melayu itu sendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »