Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

LAWATAN LKY: LAPAN HARI PENUH MISTERI

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 15 Jun 2009

Oleh: Salza Hedra

Lawatan lapan (8) hari Menteri Kanan Singapura yang juga mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) ke Malaysia membawa pelbagai persoalan dalam minda masyarakat Malaysia. Apakah tujuan sebenar lawatan beliau? Apakah lawatan ini dilakukan setelah ‘kekuatan’ kerajaan kepimpinan UMNO/BN dilihat ‘tergugat’ oleh penganalisis politik tempatan dan luar selepas PRU 12 Mac 08 lalu? Apakah peranan LKY dalam PRU 12? Apa pula perancangan beliau dalam PRU 13 kelak?

Penulis ingin membawa pembaca peristiwa sebelum merdeka yang melibatkan LKY. Malayan Union (MU) acapkali kita dengar dibawa oleh Inggeris. Namun apa yang sebenarnya berlaku disebalik MU adalah penglibatan tokoh bukan melayu di Tanah Melayu ketika itu. Mereka melihat bahawa pada ketika itu orang melayu lemah. Ramai di kalangan orang melayu tidak mempunyai pendidikan formal atau lebih tepat lagi, tidak berpelajaran. Orang melayu juga tidak mempunyai kekuatan ekonomi dan hanya bergantung pada pertanian.

Tokoh bukan melayu telah membuat pertemuan dengan Inggeris di Goam, India pada tahun 1945. Tokoh utama bukan melayu yang berjumpa dengan Sir Harold Mac Micheal adalah LKY. Beliau telah mencadangkan kepada Inggeris untuk melaksanakan MU dalam usaha untuk memastikan hak beliau dan kaum bukan melayu khususnya kaum cina tetap terbela dan terpelihara. Mereka mahukan kuasa politik dan ekonomi. Mereka tidak mahu duduk di bawah pemerintahan orang melayu. Mereka mahu menafikan Ketuanan Melayu.

Setelah gagal dalam rancangan untuk mengambialih kepimpinan negara melalui MU, mereka tidak berdiam diri. Setelah usaha dengan Inggeris dalam rundingan meja bulat gagal, mereka mencuba pendekatan gerakan yang aggresif. Bintang Tiga, telah diberikan peranan tersebut. Kekejaman Bintang Tiga terhadap orang melayu amat dasyhat. Alasan mereka, orang melayu adalah penyebab kepada kekejaman yang dilakukan Jepun terhadap mereka semasa Jepun menduduki Tanah Melayu. Sebenarnya, perkara ini tidak benar. Orang melayu juga telah diseksa oleh Jepun.

Lebih kurang dua minggu Tanah Melayu dikuasai Bintang Tiga, ramai orang melayu telah dibunuh dengan kejamnya. Peristiwa Bukit Kepong menjadi bukti di atas kekejaman mereka. Ramai di kalangan pemimpin agama/ Ulama telah dibunuh di depan keluarga masing-masing.

Cubaan melalui Bintang Tiga ini juga gagal. Pihak Inggeris mendapati bahawa organisasi ini berpaksikan fahaman komunis China. Lantaran itu, Inggeris bertindak menubuhkan ‘Home Guard’ dan melatih orang melayu dalam bidang pertahanan ketenteraan. Akhirnya percubaan ini dapat digagalkan. Lantas diwujudkan kampong-kampung baru untuk mengawal dan mengekang sokongan kaum cina terhadap Bintang Tiga/Komunisme di Tanah Melayu.

Melalui dua insiden di atas, pada pandangan penulis, ia adalah sesuatu yang dirancangkan bukan sesuatu yang berlaku dengan begitu sahaja. Hal ini tidak terhenti di situ sahaja.

Penulis percaya bahawa LKY merupakan tokoh kaum cina yang dipilih untuk mengetuai rancangan pengambilan kuasa pemerintahan negara. LKY memang terkenal dengan kelantangan suara dalam memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ semasa PAP dan Singapura masih lagi dalam Tanah Melayu. Tekanan demi tekanan yang diberikan kepada pucuk kepimpinan negara yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman. Akhirnya, LKY berjaya mendapatkan sebuah negara (Singapura) khusus untuk bangsanya.

Selepas mendapatkan Singapura, satu lagi cubaan melalui PRU pada 1969 dilaksanakan. Walaupun pencapaian mereka agak tinggi pada masa itu, namun mereka gagal mendapatkan kuasa politik. Mereka telah mengadakan perarakan di jalanraya-jalanraya yang berakhir dengan peristiwa berdarah13 Mei 1969. Sekali lagi mereka juga gagal dalam usaha untuk menafikan hak Ketuanan Melayu dan merampas kuasa politik negara.

Pada PRU 10 (1999), sekali lagi kita lihat tekanan diberikan kepada kepimpinan negara yang diterajui oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Keputusan PRU yang memperlihatkan bukan melayu telah memenangi dan menguasai parlimen. Mereka membuat pelbagai tuntutan daripada NGO kaum bukan melayu seperti SuQiu dan Dong Jiao Zhong. Cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Bukan Melayu mula kedengaran kembali. Namun di atas kesepakatan dan bersatunya orang melayu, maka hasrat ini terkubur buat seketika dan hancur melalui PRU 11 (2004).

Keputusan PRU 11menyaksikan mereka gagal memperolehi pencapaian seperti dalam PRU 10, LKY turun ke Malaysia dan bertemu dengan beberapa pemimpin pembangkang khususnya daripada DAP. Acapkali pemimpin pembangkang juga telah turun ke Singapura. Pada pandangan penulis, beberapa perbincangan telah diadakan semasa lawatan tersebut khususnya dalam usaha untuk mengatur strategi bagi kempen PRU 12 pula.

Pada PRU 12 (2008) lalu, keputusan memeranjatkan apabila BN khususnya MCA, MIC dan Gerakan kalah teruk menyebabkan BN gagal mempertahankan 2/3 majoriti di Parlimen. Di samping itu BN kehilanan 5 + 1 negeri, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kemenangan Pembangkang khususnya DAP dan PKR telah menguja Ketua Menteri Pulau Pinang baru, Lim Guan Eng untuk mengadakan pertemuan/lawatan ke Singapura dan bertemu dengan Lee Hsien Loong dan LKY. Perbincangan mereka, pada pandangan penulis, adalah berkisar kepada kejayaan mendapatkan Pulau Pinang dan usaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan Malaysia pada PRU 13 kelak.

Pandangan ini mungkin ada kebenarannya. Selepas kunjungan Lim Guan Eng ke Singapura, kedengaran suara-suara yang menyatakan Singapura akan masuk dan menjadi wilayah Malaysia. Selain itu, desas-desus menyatakan YAB DS Najib adalah merupakan Perdana Menteri melayu terakhir bagi Malaysia.

Dalam lawatan LKY selama lapan hari, beliau telah menemui Ketua-Ketua pemimpin Pakatan Pembankang seperti Lim Guan Eng/Lim Kit Siang, DSAI, Hj Hadi dan YAB Nik Aziz>. Namun apa yang tidak didedahkan media adalah perjumpaan LKY bersama ketua-ketua pemimpin cina dan persatuan (NGO) cina. Apakah signifikasi perjumpaan tersebut masih lagi menjadi tanda tanya? Khabarnya, LKY telah berjumpa para pemimpin cina dan mengajak mereka bergabung dengan pribumi Sabah dan Sarawak dan masyarakat bukan Islam di sana bagi mengambilalih pemerintahan negara. Jaminannya adalah Singapura akan bercantum dengan Malaysia.

Penulis ingin memaklumkan bahawa sekira perkara ini benar, maka hasrat untuk orang melayu mengekalkan Ketuanan Melayu dan kuasa politik akan musnah. Pada PRU 12 dan beberapa PRK seperti Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, pegundi bukan melayu telah memperlihatkan pola pengundian yang tidak menyokong kerajaan BN. Jumlah peratusan kaum mengikut negeri dan Parlimem pula memperlihatkan peratusan yang memihak kepada bukan melayu di lapan buah negeri di Malaysia. Sekiranya Singapura masuk Malaysia, peratusan kaum bukan melayu akan mengatasi kaum melayu/Islam.

Maka pada masa itu, baik melayu PAS mahupun PKR akan sama-sama terpinggir dalam arus pemerintahan dan pembangunan negara. Nasib orang melayu dan Ketuanan Melayu akan terkubur!!!

Advertisements

11 Respons to “LAWATAN LKY: LAPAN HARI PENUH MISTERI”

  1. arjuna waspada said

    Setiap saat LKY jejak atas bumi Tanah Melayu adalah penghinaan kapada orang Melayu.
    Tiada sape kah lagi orang Melayu jantan ?
    Siape yang ajak dia datang ?
    Apa kata Ayahanda Said Zahari ?
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

  2. Pak Pandir said

    Wahai Arjuna, arakian adalah yang jemput LKY dan teramat-amat gembiranya adalah pemimpin Pakatan Pembangkang; Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta Karpal Singh. Pemimpin Pas terpalit juga. Nak tak nak Nik Aziz dan Hj Hadi senyum tersipu bersalaman dengan LKY walaupun mereka tak berapa suka dengan LKY. Tapi atas tunduk dan dijadikan boneka DAP maka mereka lakukan juga.

    Nota: Kalau jadi boneka UMNO tak boleh,nanti PAS rugi. Kalau jadi boneka DAP takpe kerana yang rugi orang melayu/Islam rugi.

  3. shafifah said

    Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan),
    Hari ini di Surau Kemensah Heights
    Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,
    Tarikh : 16 JUN 2009 (SELASA – MALAM INI)
    Masa : Lepas Solat Maghrib & Bacaan Ratib Al-Haddad
    Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.

    http://pondokhabib.wordpress. com

  4. shabriduda said

    pandir…..LKY ader gak gi jumpa zomberi MB perak??….jumpa sultan Perak,sultan Pahang……Tapi kalau Umno jadi boneka Pas setuju ka???

  5. shabriduda said

    Pandir

    1. Singapura bimbang dengan perkembangan politik di Malaysia, khasnya kelemahan Umno/Barisan Nasional dan kemungkinan kemunculan Pas sebagai parti induk politik Malaysia;

    2. Singapura bimbang sokongan orang bukan Melayu, khasnya pengundi Cina, kepada Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan kedudukan dan peranan Pas;

    3. Kalau boleh, LKY mahu mempengaruhi masyarakat Cina Malaysia supaya kembali menyokong BN; LKY sedar bahawa Malaysia yang stabil adalah penting kepada kestabilan politik dan ekonomi Singapura;

    4. Dengan suasana Ekonomi Harimaunya dalam keadaan yang sangat lemah, Singapura perlu berbaik-baik dan berpakat dengan semua negara jiran;

    5. LKY sedar bahawa pembatalan rundingan isu-isu tertangguh antara kedua negara seperti Perjanjian Bekalan Air, Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura dan simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) Singapura akan menjejaskan perhubungan jangka panjang; dan

    6. Singapura masih menaruh harapan yang Malaysia pada suatu hari nanti bersedia memulakan semula penjualan pasir kepadanya dan membuka ruang udaranya kepada kapal terbang tenteranya.

  6. Pak Pandir said

    Wahai Shabriduda, pandir tsk ceritapun pasal UMNO boneka PAS atau PAS boneka UMNO. Mengapa pula nak corner kesitu lak. Apa yang pandir dengar PAS lebih rela dikudakan oleh DAP yang tak izinkan PAS nak buat undang-undang Islam? Apa kata Shabriduda?

  7. shabriduda said

    Pandir…..
    Sekiranya apa yang diamati mengenai perkara 1, 2 dan 3 itu benar maka lawatan Kuan Yew itu tidak memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Lawatan itu seolah mahu menghentikan ombak perubahan dan peralihan politik negara ini yang kini mula meluas dan mengganas.

    Kalau kunjungan itu benar untuk memberi semangat dan signal kepada pengundi Cina agar menyokong BN seharusnya kunjungan itu ditentang leh Pakatan Rakyat. Ada juga kemungkinan disebut itu kerana tidak boleh dinafikan masih ada segelintir komuniti Cina negara ini yang begitu megkagumi stail dan politik Kuan Yew. Malahan uslub politik Kuan Yew boleh mempengaruhi mereka.

    Malangnya “maknawi” ini tidak terhidu oleh penyokong Pakatan Rakyat dan melihat sahaja kunjungan Kue Yew seolah ia tidak membawa apa-apa misi melainkan untuk melancung ke Tanah Melayu. Dan bagi Najib Razak dan UBN pula tentulah gembira kalau kunjungan itu seperti mana dibayangkan Kadir Jassin itu kerana mereka akan mendapat lapa politik masa depan.

  8. shabriduda said

    Pandir …umno izinkan kah kalo pas nak laksanakan undang2 islam kepada umat islam di Malaysia ini?????lupa kah kamu LKY telah dikunjungi oleh 3 naib presiden UMNO di hotel penginapannya..

    Dalam pada itu Pandir patut juga membayangkan rasa terkilannya dengan sambutan yang diberikan kepada Kuan Yew. Padanya sambutan itu berlebih-lebihan yang tidak standing dengan apa yang mungkin Singapura berikan kepada Malaysia.

    Pandir yang dikenali sebagai pengkagum Dr Mahathir/Tun Dollah hadari mungkin menyoal apakah kalau negawaran Malaysia Dr Mahathir Mohamad\Tun Dollah Hadari berkunjung ke Pulau Temasik itu mereka akan diberi sambtan negarawan seperti kerajaan Malaysia berikan kepada Kuan Yew itu?

    Hanya Najib Razak yang kini perdana menteri sahaja yang mengetahui apa yang tersurat di sebalik lawatan itu.

    betulkan Pandir…….

  9. Pak Pandir said

    Sahabatku Shabriduda, nampaknya walaupun kita mempunyai persepsi yang berbeza terhadap lawatan LKY, namun kita sama-sama perlu risaukan motif LKY berjumpa dengan pemimpin pembangkang, ketua-ketua persatuan cina, masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak. Kesangsian kita membawa kita kepada satu perkara besar – apakah LKY mahu pastikan UMNO dan PAS menjadi suara minoriti dalam Parlimen dan seterusnya memastikan negara kita di ketuai oleh DAP kelahiran PAP yang LKY asaskan dulu?

    Mengenai sanggupkah UMNO izinkan PAS untuk buat undang2 Islam tak menjadi masalah. Halangan utamanya adalah wakil melayu/Islam dalam Parlimen tak sampai 2/3 majoriti cuma ada 126 orang sahaja. Alangkah baiknya sekiranya PAS dapat lakukannya di Kelantan dan Kedah yang dikuasai oleh PAS.

    Yakan Shabriduda…..

  10. shabriduda said

    Pandir budiman…..mungkin anda terlupa ek?? pekara 6 dalam perlembagaan malaysia ada menyatakan setiap undang2 yang bertentangan dengan perlembagaan negara(persekutuan) akan terbatal dengan sendiri…….

    so masa wakil reakyat melayu ramai dalam parlimen dulu sepanjang 20 tahun lalu kenapakah umno memandang sinis cadangan pas…..so perlukan pindaan di parlimen……

  11. shabriduda said

    “Mahatdirisme” Majalah ini diterbitkan pada November 1999..Penerbitnya adalah Purnama Gemilang Sdn Bhd yg beralamat Taman Sri Gombak Batu Caves Selangor Darul Ehsan.. Pengarangnya pula adalah A.Ahmade A,Rahman (Kalam Melayu)…”NEGARA AKAN HURU HARA SEKIRANYA UNDANG2 ISLAM DILAKSANAKAN” kenyataan najib kepada wartawan pada 20 April 1993

    terselit satu kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak yg perlu kita fikirkan bersama dan membuat keputusan “menolaknya” dari memimpin negara serta tidak layak utk memimpin umat Islam di negara kita…

    Adakah kenyataan seperti ini mencerminkan seorang pemimpin yg beragama Islam..sama-sama kita renungkan…

    Mungkin beliau sudah lupa (almaklumlah beliau ini tergolong “Melayu Mudah Lupa”)..namun sejarah tidak melupakan beliau…walaupun sudah berlalu 17 tahun lamanya…dan mungkin utk selama-lamanya..sejarah sentiasa mengingatinya…

    renung2kan lah duhai Pandir

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: