Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

CHIN PENG- AGENDA TERSEMBUNYI ANWAR

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 15 Jun 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Usaha-usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu untuk membawa Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali ke tanahair, dirasakan mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada itu.Dapat dihidu bahawa cadangan itu adalah sebagai langkah untuk menghidupkan kembali semangat PKM terutamanya di kalangan generasi muda selepas merdeka yang tidak tahu dan tidak pernah merasakan azab hidup di bawah penguasaan komunis.

Adalah dikesali sangat bahawa usaha dan isu membawa pulang Chin Peng itu didalangi oleh pemimpin dalam parti pemerintah, Barisan Nasional sendiri. Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Gan Hock Nan tanpa segan silu, malah dengan bangganya mengusulkan idea berkenaan walaupun mengetahui bahawa tindakannya itu amat memilukan hati rakyat Malaysia khususnya para pejuang dan pahlawan negara yang berkorban mendaulatkan kemerdekaan negara Malaysia. Menjadi kenyataan bahawa kepiluan angkara kekejaman komunis itu banyak dirasakan oleh orang Melayu terutamanya yang berjuang atas nama ketenteraan dan kepolisan. Waris-waris pejuang yang terkorban bangkit menyatakan rasa marah masing-masing manakala pejuang yang masih hidup tetapi cacat sepanjang hayat mereka kerana serangan PKM bingkas membantah hasrat berkenaan.

Oleh kerana isu yang dibangkitkan ini bagaikan tidak mendatangkan mudarat, maka banyak pihak tidak mengendahkannya atau melihatnya sebagai ’cincai’ atau ambil mudah sahaja dengan andaian kerajaan boleh mengatasinya.Bukan semua perkara atau isu boleh diselesaikan oleh pihak kerajaan, khususnya yang melibatkan semangat, perasaan dan jatidiri. Kerajaan boleh bertindak mengikut undang-undang, tetapi tiada undang-undang di dunia yang dapat mengawal perasaan.

Si pewaris akan mengalir air mata mengingati keluarga yang terkorban, yang cacat akan terkenang akan kaki yang terputus, mata yang buta, badan yang lumpuh dan segala macam kenangan pahit yang sebenarnya tidak mahu diingati lagi, tetapi mengembalikan dan menghidupkan kekejaman PKM pasti menyayat perasaan mereka.

Namun, atas dasar dan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibahim yang diketahui sejak memimpin ABIM lagi sebagai orang yang paling tidak ngam dengan masyarakat Cina, tiba-tiba menjadi jaguh baru membela Chin Peng atas nama kemanusiaan. Atas nama itulah beliau mahu kerajaan menimbang semula keputusan melarang pemimpin komunis itu pulang ke Malaysia. Nada beliau ini jelas sekali tidak selari dengan perjuangan beliau sebelumnya.

Ramai juga yang dapat menghidu bahawa kenyataan beliau itu hanyalah untuk memenangi hati masyarakat Cina agar terus membenci BN dan kerajaan. Tentu ramai juga yang yakin bahawa apa yang terhambur dari mulut Anwar iitu bukannya dari hati yang ikhlas – sebaliknya hanyalah taktik dan strategi untuk menyedapkan hati orang Cina. Timbul pula persoalan, sejak bila pulakah Anwar menjadi pembela orang Cina dan juga komunis?

Jika Anwar mahu membawa Chin Peng kembali ke negara bertuah ini atas nama kemanusiaan, kenapa beliau tidak menggunakan alasan yang sama untuk menjaga hati orang Melayu khususnya yang menderita kerana kewujudan PKM di negara ini? Sudah lupakah Anwar tentang perjuangan askar Melayu, polis Malaya, Home Guard dan juga Pertahanan Awam? Bukankah banyak nyawa terkorban melalui usaha mempertahankan negara dan bukankah sengsara berpanjangan berlaku walaupun PKM hanya ’berkuasa’ selama 14 hari pada tahun 1945. Jangan mudah lupa.

Tindakan tegas harus diambil terhadap semua petualang yang cuba memartabatkan PKM termasuklah melucutkan kerakyatan mereka Selain daripada itu, oleh kerana mereka tidak menghormati kepusan kerajaan dan negara, eloklah Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran yang telah diberikan kepada mereka ditarik balik. Bagi memastikan gejala yang boleh membakar semangat kaum ini meluas, maka menguatkuasakan Akta Hasutan kepada pihak yang bermain-api mengenai isu PKM adalah sangat wajar.

Chin Peng wajib terus diketepikan.Masyarakat tidak harus mengambil sikap ‘cincai’ terhadap usaha memartabatkan PKM dan sesiapa juga yang cuba menjadi jaguh kepada PKM harus ‘dicincang’..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: