Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 15 Jun 2009

LAWATAN LKY: LAPAN HARI PENUH MISTERI

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 15 Jun 2009

Oleh: Salza Hedra

Lawatan lapan (8) hari Menteri Kanan Singapura yang juga mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) ke Malaysia membawa pelbagai persoalan dalam minda masyarakat Malaysia. Apakah tujuan sebenar lawatan beliau? Apakah lawatan ini dilakukan setelah ‘kekuatan’ kerajaan kepimpinan UMNO/BN dilihat ‘tergugat’ oleh penganalisis politik tempatan dan luar selepas PRU 12 Mac 08 lalu? Apakah peranan LKY dalam PRU 12? Apa pula perancangan beliau dalam PRU 13 kelak? Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 11 Comments »

ANWAR CETUSKAN LAGI PERCANGGAHAN IDEA

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 15 Jun 2009

Oleh: Mawar Berdarah

ANWAR 2

“Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu,.” kata Anwar Ibrahim ketika Kongres Khas PKR di Bangi. Anwar selalu sahaja menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal. Apakah dia sudah lupa kepada asal usulnya atau dia sengaja mencipta propaganda mencipta huru-hara?

Anwar tidak buta sejarah,
Tetapi dia sengaja mencari helah,
Kononnya dia penyelamat ummah,
Realitinya dia syaitan yang tidak bermaruah.

Anwar menjemput Chin Peng pulang ke Tanah Air.

Kenapa Chin Peng?

Apabila kerajaan bermati-matian mempertahankan pendirian tidak mahu pengkhianat ini pulang dan menguris hati waris-waris pejuang yang sudah kematian ahli keluarga akibat kekejamannya sebaliknya Anwar menyokong kepulangannya.

Jenis manusia apa si Anwar ini yang kononnya bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi tidak tahu bila.

Lihatlah seluruh nusantara,
Anwar tekong bahtera PKR,
Punya Idea macam Komunis,
Macam inikah pemimpin harapan kita?
Hancur leburlah Malaysia,
Aduhai… Melayu bertaubat dan sedarlah segera.
Pakatan Rakyat pakatan tidak beretika.

sk_01_big

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Sejarah | 2 Comments »

CHIN PENG- AGENDA TERSEMBUNYI ANWAR

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 15 Jun 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Usaha-usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu untuk membawa Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali ke tanahair, dirasakan mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada itu.Dapat dihidu bahawa cadangan itu adalah sebagai langkah untuk menghidupkan kembali semangat PKM terutamanya di kalangan generasi muda selepas merdeka yang tidak tahu dan tidak pernah merasakan azab hidup di bawah penguasaan komunis.

Adalah dikesali sangat bahawa usaha dan isu membawa pulang Chin Peng itu didalangi oleh pemimpin dalam parti pemerintah, Barisan Nasional sendiri. Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Gan Hock Nan tanpa segan silu, malah dengan bangganya mengusulkan idea berkenaan walaupun mengetahui bahawa tindakannya itu amat memilukan hati rakyat Malaysia khususnya para pejuang dan pahlawan negara yang berkorban mendaulatkan kemerdekaan negara Malaysia. Menjadi kenyataan bahawa kepiluan angkara kekejaman komunis itu banyak dirasakan oleh orang Melayu terutamanya yang berjuang atas nama ketenteraan dan kepolisan. Waris-waris pejuang yang terkorban bangkit menyatakan rasa marah masing-masing manakala pejuang yang masih hidup tetapi cacat sepanjang hayat mereka kerana serangan PKM bingkas membantah hasrat berkenaan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

Sumpah Melayu..!

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 15 Jun 2009

Oleh: Putera_Adnan

Fikir dan ingatkah kita pada Janji kita dulu…

sumpah_melayu[1]

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »