Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PENTINGKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 4 Jun 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

Setelah lebih 50 tahun merdeka sejarah membuktikan sistem pendidikan Negara telah melalui pelbagai fasa transformasi dan kematangan yang disesuaikan dengan peredaran zaman. Pada awalnya kita lihat dasar dan sistem pendidikan Negara Setelah beberapa ketika , Dasar Pendidikan Negara dilihat memberi Penegasan pula kearah Pendidikan asas 3M(Membaca, Menulis dan Mengira) Dan Pendidikan kerohanian dan kurikulum yang lebih ala Malaysia…

Demikianlah fasa – fasa kematangan dasar pendidikan Negara sehingga lahirnya suatu sistem pendidikan pada hari ini yang menekankan kearah kecemerlangan ilmu bertaraf Dunia yang dalam masa sama tidak mengabaikan aspek holistik dan perpaduan. Dan dengan kajian perubahan yang disusun direncana dan dijalankan Negara melahirkan generasi Malaysia yang begitu prograsif sebagaimana yang ada pada hari ini fasa transformasi berterusan dan rasional perubahan. Hakikatnya dari semasa ke semasa kerajaan melalui kementerian pendidikan sememangnya melaksanakan pelbagai kajian dan soal selidik yang bertujuan menyesuaikan lagi sistem pendidikan sedia ada agar terus melahirkan generasi Malaysia yang berkualiti tinggi sesuai dengan peredaran zaman dan sesuai dengan aspirasi satu Malaysia.

Justeru itu, kita mengalu-alukan sebarang usaha kerajaan untuk menyemak dan memperbahurui semula sistem pendidikan Malaysia.misalnya dalam aspek perpaduan sistem pendidikan Negara lagi tidak boleh menerapkan pengajaran “Bertoleransi”. Sebaliknya perlu lebih menekankan kepada konsep”Penerimaan” bersesuaian dengan idea satu Malaysia yang diusulkan oleh Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak dalam aspek keruhanian dan kurikulum Pendidikan pula,Perubahan yang diperlukan mungkin Daripada segi Penambahbaikan sistem yang bersifat hafalan kepada pemahaman serta pembinaan holistik…

Kesemua intipati ini rasanya cukup perlu untuk melahirkan Masyarakat Malaysia abab ke- 21 yang sedang menghadapi pelbagai bentuk ancaman. Melihat kepada isu gejala rasuah, pertambahan jangkitan HIV dan AIDS serta isu penagihan dadah yang semakin meruncing, tidak hairan jika ada yang meminta agar aspek holistik dan kerohanian tidak dipandang remeh. Sebaliknya ia perlu diperkasakan dalam dasar pendidikan negara. Sistem pendidikan harus menjadi wacana perubahan, membina generasi baru yang lebih berkualiti bukan hanya daripada aspek intelektual, tetapi juga akhlak…

Kaya Ilmu dan Kaya Peribadi Murni .Tiada guna kita melahirkan generasi yang kaya dengan ilmu tetapi miskin dengan peribadi murni. Lahirnya generasi sedemikian yang memerintah negara pada masa depan, hanya akan memungkinkan negara terjerumus kepada “penjajahan alaf baru”. Peribadi murni akan membolehkan generasi yang lebih berwawasan dan berintegriti dalam memacu negara ke arah kemajuan… Sekiranya garapan pembangunan modal insan itu diadun dengan tepat oleh sistem pendidikan negara, tidak mustahil untuk kita melihat anak-anak Melayu dan Islam mengulangi sejarah keagungan intelektual Islam yang dipacu oleh ilmuwan silam seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Rusyd, Al-Razi, Al-Farabi dan Al-Khawarizmi…

Kita sememangnya merindukan lahirnya generasi dari kelompok ilmuwan Islam yang melakukan penemuan terkini dalam pelbagai bidang ilmu. Bukan sekadar penterjemah sahaja…

Dapatkah “kemarau panjang” ini diakhiri.? Jawapannya bergantung kepada kejayaan kita membangunkan modal insan yang cintakan Allah, cintakan ilmu pengetahuan dan berakhlak tinggi. Dan dengan izin-Nya, kita boleh berjaya, Insya-Allah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: