Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for Jun 2009

SESI BICARA MELAYU” KERAJAAN PERPADUAN-DI MANAKAH PERMULANNYA”

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 29 Jun 2009

Oleh: MANTAP ( PERTUBUHAN MENJANA TINDAKAN PEMIKIR )

Permulaannya

Pertubuhan Menjana Tindakan Pemikir akan menganjurkan Program Sesi Bicara Melayu bagi mencari jalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memantapkan perpaduan nasional di negara ini. Di minta sesiapa yang berminat untuk mendengar dan bersama-sama untuk berkongsi pendapat boleh hadir ke Program tersebut. Kehadiran anda semua adalah untuk mencapai objektif dan matlamat yang di harapkan,respon yang positif daripada Program ini, amat kami alu-alukan.
Program : Sesi Bicara Melayu
Tajuk : ” Kerajaan Perpaduan- Di Manakah Permulaannya? ”
Tarikh : 1 Julai 2009 (Rabu )
Masa : 8.30 Malam – 11.00 Malam
Tempat : Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
( bersebelahan dengan Hotel Putra dan Hospital Pusrawi )

Panel : (1) Dr. Ustaz Mohd Riduan Tee Bin Abdullah
(2) Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam
(3) Tuan Mohd Yusri Bin Mohammad

Sekian, Terima Kasih

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Program, Sejarah | 1 Comment »

KERAJAAN PERPADUAN : ANTARA BONEKA DAN KUDA TUNGGANGAN

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 24 Jun 2009

Oleh: Roslan Mohd Latif
Presiden ALMA

Walaupun ramai yang mungkin berasa hairan dengan sikap dan tindak tanduk pemimpin PAS kebelakangan ini , tetapi bagi yang mengikuti perkembangan PAS sejak penubuhannya pada tahun 1951 oleh Haji Ahmad Fuad bekas AJK Biro Agama UMNO yang juga Pengerusi pertama Persatuan Ulama Malaya setelah kekalahan beliau merebut jawatan Presiden UMNO menentang Tunku Abdul Rahman, PAS tidak pernah konsisten di dalam perjuangan mereka dan bagi pemimpin PAS, matlamat menghalalkan cara. Walaupun ulamak PAS sering berkhutbah, berceramah menggunakan Ayat Quraan dan Hadis tetapi tingkah laku mereka tidak lebih dari apa yang di firmankan Allah di dalam Surah Al Mukminun ayat 53 , Maksud nya “… mereka menjadikan agama (memperalatkan agama) untuk tujuan berpecah belah dan berpuak puak sehingga menjadi beberapa pecahan (parti parti). Masing masing puak (parti) pula berbangga dengan apa yang ada di sisi mereka..” Tidak heranlah sejak dari pilihanraya pertama ,1955 di mana PAS hanya menang satu kerusi melalui Haji Ahmad Tuan Husin hingga lah PRU 12 di mana buat pertama kali dalam sejarah PAS berjaya memenangi 23 kerusi setelah menjadi kuda tunggangan kepada rakan yang telah menikam mereka sebelum ini. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 3 Comments »

Nik Aziz oh Nik Aziz, tok guru yang hebat…

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 24 Jun 2009

nik aziz

Petikan dari Utusan Malaysia, Zaini Hassan

SYABAS Pas kerana menolak gagasan perpaduan Melayu. Syabas Pas kerana bersekongkol dengan rakan-rakannya – yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak bumiputera miskin, isu untuk mengenyah DEB, isu-isu terlalu sensitif yang jika disebut di sini ‘orang-orang tertentu’ akan mengecap kita ini sebagai rasis. Cita-cita Pas ialah mahu memerintah Malaysia dengan rakan-rakannya itu. Mungkin Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu mengidamkan menjadi Perdana Menteri. Jika diizinkan tuhan cita-citanya akan tercapai. Tolong, janganlah sesiapa mengatakan dia tok guru yang hanya mengajar agama – sebenarnya beliau ialah ahli politik totok yang dalam istilah Inggeris disebut political animal. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

KERAJAAN PERPADUAN-PAS JADI BONEKA ANWAR IBRAHIM

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 23 Jun 2009

Oleh: Tenda Biru

ANWAR IBRAHIM

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang semalam. Sepertimana yang kita sedia maklum, Pakatan Pembangkang telah pun membuat keputusan tidak akan menerima sebarang bentuk perkongsian kerajaan atau Kerajaan Perpaduan sepertimana yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS PERLU DIREALISASIKAN

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Jun 2009

Oleh: Salza Hedra

Siapakah yang paling gentar dan khuatir sekiranya kerajaan perpaduan UMNO-PAS menjadi realiti? Jawapannya amat mudah – mereka yang selama ini telah menunggu peluang dan ruang untuk menghancurkan Islam dan melupuskan kuasa politik Melayu. Golongan ini tidak mahu melihat orang melayu bersatu. Kerana mereka telah menunggu lebih daripada 50 tahun untuk melihat orang melayu bertelagah sesama sendiri. Selepas PRU 12 lalu, muncullah wajah sebenar mereka iaitu selepas melihat orang melayu bertelagah sesama sendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 5 Comments »

NIZAR SEMAKIN KURANG SIUMAN

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Jun 2009

Oleh: Tenda Biru

Nizar2Oleh: Tenda Biru

Hormati parlimen! Kalau bukan ahli parlimen sendiri yang menghormati dan menjaga kemuliaan dewan siapa lagi yang boleh diharap menghormati dan menjaganya?

Kekecohan telah bermula sebaik saja mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen. Nizar telah melaungkan perkataan “bubar Dewan” sambil mengenakan lilit di kepalanya berbunyi “Bubar DUN”. Gelagat itu tidak disenangi oleh Speaker Pendikar Amin Mulia kerana ianya dikatakan melanggari kod etika berpakaian ahli Dewan. Sebelum Nizar sempat melabuhkan punggung di kerusinya beliau dihalau keluar.

Tindakan ke atas Nizar rasanya sesuatu yang menyesalkan. Dan dari sudut lain pula tidak seharusnya Nizar melakukan sesuatu sehingga tindakan itu dikenakan kepadanya. Nampaknya Nizar masuk ke Dewan untuk menjadi hero baru. Inilah politik populariti murahan yang dibawa oleh pemimpin politik pembangkang. Tahu nak buat kecoh saja. Ingatkan masa perasmian Dun Perak hari tu sahaja, rupa – rupanya perangai liar dan perak jakun tu dibawa masuk dalam Dewan Rakyat jugak.

Alahai Nizar, apalah nasib badan. Pusing kiri salah, pusing kanan tak kena, bila lah nak habis gila talak tu Datuk Nizar!

Posted in Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

KERAJAAN PERPADUAN – MELAYU PERLU BERSATU

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Jun 2009

Oleh: MAWAR BERDARAH

“Saya bersikap terbuka terhadap konsep kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

“PAS tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak kerana ia merupakan satu tuntutan dalam Islam,” kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dua kenyataan di atas dibuat oleh dua orang pemimpin Melayu yang melihat perlunya orang-orang Melayu bersatu bukan sahaja untuk kestabilan politik dan ekonomi malah mengembalikan semula kekuatan umat Islam di negara ini.

Banyak pihak melihat kegemilangan dan kekuatan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini boleh dicapai jika kedua-dua parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas bersatu duduk semeja merundingkan masalah yang melanda negara. Penyatuan orang-orang Melayu di negara ini bukan isu perkauman kerana semua kaum dilindungi oleh undang-undang dan Perlembagaan negara ini. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 6 Comments »

Kerana nafsu, Bala yang dapat..!

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 17 Jun 2009

Oleh: Putera_Adnan

monyet_dap[2]

Rasanya inilah perkataan yang paling sesuai digunakan kepada Nizar yang gila meroyan ini. Orang tua-tua ada berkata macam “ kera mendapat bunga”. Sekali mendapat kuasa, memang agak sukar melepaskannya, walau pun tahu diri sudah kalah atau tidak berkuasa lagi. Baru setahun memegang tampuk pemerintahan, lagaknya macam sudah lama memerintah? Konon-kononnya dialah yang hebat dan pandai memerintah, tapi habuk pun tak ada. Yang dapat dilihat adalah banyak tanah-tanah di negeri Seladang Jantan ini sudah terlepas atau tergadai ketangan bangsa asing?

Pajakan 99 tahun ditukar kepada 999 tahun. Cuba bayangkan berapa keturunan dapat tinggal ditanah itu? 999 tahun boleh dianggap “ free hold ‘ lah tu. Jadi untuk kampung tersusun apa yang mereka dapat? Masih lagi memegang 99 tahun dan siapa yang tinggal di kampung tersusun? 90% adalah orang Melayu. Mengapa Nizar semasa memerintah Perak, tidak memikirkan bangsanya sendiri. Mengapa mesti mengikut telunjuk DAP Ngok & Ngek? Mengapa meminggirkan kereta Proton sedangkan kilang pengeluaran kereta Proton berada di negeri Perak? Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 2 Comments »

“SATU MALAYSIA”-TAFSIRLAH SENDIRI….

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 Jun 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Dalam keadaan sekarang, makin jelas rakyat kita berbelah bagi. Satu pihak sokong kerajaan dan yang tidak menyokong itu apa-apa saja yang kerajaan buat semuanya tak betul dan tak ada satu pun yang betul, malah kita percaya orang tidak suka perkataan “propaganda”. Kemungkinan besar tafsiran perkataan itu yang membuatkan banyak orang bingung dan keliru

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemukakan gagasan “Satu Malaysia” banyaklah orang berkata-kata, ada yang kata bagus sangatlah konsep itu dan ada yang tak suka. Banyaklah perbincangan yang kita dengar baik dikedai kopi, akhbar dan media alternative. Bagus sangatlah gitu Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Politik | Leave a Comment »

LAWAK BODOH NIZAR ‘KUDA’ DAP DI PARLIMEN

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 Jun 2009

Oleh Salza Hedra

Tindakan Nizar sejurus sahaja mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen baru Bukit Gantang semalam (Isnin, 15/06/09) adalah suatu tindakan yang amat memalukan bukan sahaja kepada dirinya malahan terhadap PAS. Belum ada lagi mana-mana ahli Parlimen baik daripada kerajaan mahupun pembangkang yang melakukan tindakan sedemikian – melakukan demonstrasi dalam sidang Parlimen. Tindakan Nizar telah mencemarkan imej Parlimen Malaysia. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

Perpaduan politik?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 Jun 2009

Oleh: Tenda Biru

Perpaduan – mudah disebut sukar di ertikan malahan lebih kabur sekiranya mahu di interpretasikan secara mutlak. Kerajaan perpaduan masih belum dapat didefinisikan bentuknya. Sikap terbuka yang di perkatakan wujud dalam kepimpinan PAS dan UMNO untuk membincangkan isu mengenai kerajaan perpaduan belum menjanjikan arah dan bentuk perpaduan tersebut. Ia masih dipersoalkan? Soal kejujuran memperkatakan mengenai perpaduan baik kerajaan perpaduan atau perpaduan Melayu itu sendiri masih kabur. Ada suara secara terbuka mengatakan bahawa kerajaan perpaduan anjuran sesiapa pun harus di teliti oleh PAS kerana konsep dan idea ini wujud apabila UMNO merasakan dominasi mereka ke atas Melayu semakin meleset.

Berbalik kepada isu kerajaan perpaduan soalan yang utama adalah bentuk kerajaan perpaduan tanpa perpaduan mutlak perhubungan antara Melayu. Adakah perpaduan yang di sebut-sebut hanya meniti atas titian politik tanpa semangat yang jelas dalam Melayu itu sendiri? Adakah sebenarnya perpaduan yang dianjurkan melibatkan Melayu keseluruhan atau hanya sebahagian Melayu PAS, sebahagian Melayu UMNO dan segelintir Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat? Adakah perpaduan antara Melayu akan turut di ukur dengan cara peratus menyokong dan bukan kepada jiwa kemelayuan dan semangat penyatuan kefahaman Melayu itu sendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

LAWATAN LKY: LAPAN HARI PENUH MISTERI

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 15 Jun 2009

Oleh: Salza Hedra

Lawatan lapan (8) hari Menteri Kanan Singapura yang juga mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) ke Malaysia membawa pelbagai persoalan dalam minda masyarakat Malaysia. Apakah tujuan sebenar lawatan beliau? Apakah lawatan ini dilakukan setelah ‘kekuatan’ kerajaan kepimpinan UMNO/BN dilihat ‘tergugat’ oleh penganalisis politik tempatan dan luar selepas PRU 12 Mac 08 lalu? Apakah peranan LKY dalam PRU 12? Apa pula perancangan beliau dalam PRU 13 kelak? Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 11 Comments »

ANWAR CETUSKAN LAGI PERCANGGAHAN IDEA

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 15 Jun 2009

Oleh: Mawar Berdarah

ANWAR 2

“Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu,.” kata Anwar Ibrahim ketika Kongres Khas PKR di Bangi. Anwar selalu sahaja menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal. Apakah dia sudah lupa kepada asal usulnya atau dia sengaja mencipta propaganda mencipta huru-hara?

Anwar tidak buta sejarah,
Tetapi dia sengaja mencari helah,
Kononnya dia penyelamat ummah,
Realitinya dia syaitan yang tidak bermaruah.

Anwar menjemput Chin Peng pulang ke Tanah Air.

Kenapa Chin Peng?

Apabila kerajaan bermati-matian mempertahankan pendirian tidak mahu pengkhianat ini pulang dan menguris hati waris-waris pejuang yang sudah kematian ahli keluarga akibat kekejamannya sebaliknya Anwar menyokong kepulangannya.

Jenis manusia apa si Anwar ini yang kononnya bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi tidak tahu bila.

Lihatlah seluruh nusantara,
Anwar tekong bahtera PKR,
Punya Idea macam Komunis,
Macam inikah pemimpin harapan kita?
Hancur leburlah Malaysia,
Aduhai… Melayu bertaubat dan sedarlah segera.
Pakatan Rakyat pakatan tidak beretika.

sk_01_big

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Sejarah | 2 Comments »

CHIN PENG- AGENDA TERSEMBUNYI ANWAR

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 15 Jun 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Usaha-usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu untuk membawa Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali ke tanahair, dirasakan mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada itu.Dapat dihidu bahawa cadangan itu adalah sebagai langkah untuk menghidupkan kembali semangat PKM terutamanya di kalangan generasi muda selepas merdeka yang tidak tahu dan tidak pernah merasakan azab hidup di bawah penguasaan komunis.

Adalah dikesali sangat bahawa usaha dan isu membawa pulang Chin Peng itu didalangi oleh pemimpin dalam parti pemerintah, Barisan Nasional sendiri. Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Gan Hock Nan tanpa segan silu, malah dengan bangganya mengusulkan idea berkenaan walaupun mengetahui bahawa tindakannya itu amat memilukan hati rakyat Malaysia khususnya para pejuang dan pahlawan negara yang berkorban mendaulatkan kemerdekaan negara Malaysia. Menjadi kenyataan bahawa kepiluan angkara kekejaman komunis itu banyak dirasakan oleh orang Melayu terutamanya yang berjuang atas nama ketenteraan dan kepolisan. Waris-waris pejuang yang terkorban bangkit menyatakan rasa marah masing-masing manakala pejuang yang masih hidup tetapi cacat sepanjang hayat mereka kerana serangan PKM bingkas membantah hasrat berkenaan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

Sumpah Melayu..!

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 15 Jun 2009

Oleh: Putera_Adnan

Fikir dan ingatkah kita pada Janji kita dulu…

sumpah_melayu[1]

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

MUKTAMAR PAS 55

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 4 Jun 2009

Oleh: Tenda Biru

muktamar 55

SAMA ADA Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan muncul lebih kukuh sebagai sebuah parti politik di Malaysia akan ditentukan hujung minggu ini apabila parti itu mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya. Senarai nama yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan AJK Pusat tersiar dalam beberapa media. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 3 Comments »

PENTINGKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 4 Jun 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

Setelah lebih 50 tahun merdeka sejarah membuktikan sistem pendidikan Negara telah melalui pelbagai fasa transformasi dan kematangan yang disesuaikan dengan peredaran zaman. Pada awalnya kita lihat dasar dan sistem pendidikan Negara Setelah beberapa ketika , Dasar Pendidikan Negara dilihat memberi Penegasan pula kearah Pendidikan asas 3M(Membaca, Menulis dan Mengira) Dan Pendidikan kerohanian dan kurikulum yang lebih ala Malaysia…

Demikianlah fasa – fasa kematangan dasar pendidikan Negara sehingga lahirnya suatu sistem pendidikan pada hari ini yang menekankan kearah kecemerlangan ilmu bertaraf Dunia yang dalam masa sama tidak mengabaikan aspek holistik dan perpaduan. Dan dengan kajian perubahan yang disusun direncana dan dijalankan Negara melahirkan generasi Malaysia yang begitu prograsif sebagaimana yang ada pada hari ini fasa transformasi berterusan dan rasional perubahan. Hakikatnya dari semasa ke semasa kerajaan melalui kementerian pendidikan sememangnya melaksanakan pelbagai kajian dan soal selidik yang bertujuan menyesuaikan lagi sistem pendidikan sedia ada agar terus melahirkan generasi Malaysia yang berkualiti tinggi sesuai dengan peredaran zaman dan sesuai dengan aspirasi satu Malaysia. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan | Leave a Comment »