Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BANGKITLAH WAHAI ORANG MELAYU …

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 26 Mei 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

Perpecahan ini amat bahaya yang akan membinasakan bangsa kita sendiri. Pepatah mengatakan “bersatu kita teguh , bercerai kita roboh.’.Bangsa kita sekarang sedang ditertawakan orang lain kerana kita lemah sebab tidak bersatu . Kita seolah-olah sudah hilang kekuatan kerana ikatan kita amat longgar dan akan roboh bila-bila masa sahaja. Raja – Raja Melayu diperlekehkan oleh bangsa kita sendiri. Orang lain tersenyum gembira melihat kebodohan yang dijelmakan oleh bangsa kita sendiri.

Masa telah sampai. Semboyan telah berbunyi. Gendang telah dipalu. Orang Melayu perlu bertindak untuk menyatukan semula bangsa kita yang kita cintai dan agama Islam yang kita anuti. Kesemua peringkat usia, sama ada golongan terpelajar, golongan ahli agama, Pemimpin-Pemimpin Politik , Pelajar, Pendidik ,golongan petani dan apa-apa sahaja golongan dari kelompok Melayu perlu mulakan gerakan ke akar umbi menyatukan semula puak-puak yang bertelagah ini demi agama dan bangsa.

Sejarah Para Pahlawan Melayu dahulu perlu diceritakan kepada generasi muda. Usaha ini mesti berterusan dan tiada penghujung. Pastinya perjuangan kita akan disanjung oleh generasi akan datang. Kitalah yang bertanggungjawab memastikan agama Allah terpelihara dan bangsa kita bersatu, kuat dan tidak boleh diperlekehkan orang lain. Kita kembalikan kedudukan raja kita yang kita sayangi di tempat yang sepatutnya.

Satu semangat juang yang tinggi perlu ada pada setiap orang Melayu. Kita kumpulkan rakan –rakan berlainan fahaman politik untuk membentuk satu jemaah demi agama dan bangsa Melayu. Ibu bapa juga memainkan peranan sebagai penasihat terbaik kepada anak-anak. Ceritakanlah kepada mereka sejarah zaman dahulu dan pupukkan semangat cintakan agama dan bangsa.

Kepada para pemimpin politik, berdamailah. Semua orang Melayu melihat anda. Adakah cukup sekadar ungkapan atau slogan tanpa diterjemahkan dalam bentuk kenyataan? Ingatlah sejarah dizaman Rasulullah S.A.W. Yang mana dua puak bersengketa bersatu, iaitu kaum Ansar dan Muhajirin. Setiap orang Islam adalah saudara kita. Fikirkanlah. Jangan terlalu taksub dengan fahaman politik masing- masing. Berfikir dan bertindaklah secara waras.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya. Itu janji Allah. Kita tunaikan tanggungjawab kita. Kita jadikan bangsa kita bangsa yang bermaruah, Kuat pegangan agamanya, Kuat dari segi fizikal juga mentel, bersatu serta mempunyai semangat juang yang tinggi.

4 Respons to “BANGKITLAH WAHAI ORANG MELAYU …”

  1. pakcik said

    orang melayu sebenarnya sejak berzaman lagi telah berpecah..memang perangai orang melayu untuk berpecah..berpecah dan terus berpecah..

    mengapa saya kata begitu..

    cuba anda cari dimanakah dalam dunia ini satu-satu negara yang mempunyai banyak ketua..hanya negara ini yang ada ramai ketua.

    maksud saya raja..ini menandakan masyarakat melayu sudah hidup berpecah belah kerana adanya banyak raja..jika dahulu raja adalah ketua segala-galanya..tetapi kini diganti dengan parti-parti politik..

    negara cina juga suatu waktu dahulu mempunyai ramai raja..tetapi muncul seorang maharaja dari negara Qin yang menyatukan semua kaum cina..maka mereka bersatu di bawah satu bumbung.

    maka dengan itu..saya syorkan kepada melayu..teruskanlah berpecah sehingga anak cicit kita bangsa melayu hilang di dunia ini.

  2. shabriduda said

    Ermmmm asal ja nak bersatu kena bersatu dibawah umno BN ???????

    Bila nak hilang Kuasa ajak melayu bersatu !!!! masa berada dipuncak ,umnoputra di perjuang kan…. huahuahuahua

  3. Rantong said

    PAS & PKR perlu di mansuhkan kerana inilah punca perepecahan melayu.

    View Profile: Rantong™

  4. Cicit Bentara said

    Salam. Kenapa melayu yang menjadi isu yang kerap di gembargemburkan?. Saya dan tuk nenek saya semua berketurunan Melayu, dan kita semua tahu melayu telah bertapak di bumi Nusantara ini sejak zaman Ganganegara. Masyarakat melayu begitu terkenal seluruh pelusuk dunia kerana tamadun yang telah di sahihkan olek pengkaji sejarah sejak zaman pemerintahan Langksuka dan kanun kedah lama. Pecah dan perintah yang di buat dengan persekongkalan barat khususNya British dan Belanda telah berjaya dengan sangat cemerlang di bumi Islam Nusantara. Natijahnya, bumi melayu telah di jajah fikiran dan tamadun cacamerba ciptaan mereka dan kita sebenarnya tertipu. ketahuai oleh semua yang ada bahawa, segala piagam dan undang-undang Melayu mesti mendapat perkenan Ratu England walhal kita di kata kan merdeka. Hakikat ini di sedari oleh segelintir para wali, Ulamak tulin dan pewaris tahta raja asal melayu nusantara dan pimpinan Negara China dan Jepun. Kerana itu mereka terangan menentang idealogi barat yang cenderung untuk mememecahbelahkan umat sejagat.Islam telah lama berjaya menyatukan masyarakat seluruh alam melayu dari utara negara Siam, Aceh, Palembang, Riau, Jawa,Banjarmasin, Serawak, Brunai,Sulu,Moro dan Manila.Malah Pemerintah Empayer China kagum dengan keakraban bijksana kita membina tamadun dunia yng menjana para cendiakawan islam dan sain khususnya penciptaan kapal laut,kerja keraf beasaskan akar hutan, bijih timah, arang batu dan ramuan ubatan herba.Namun pecah dan perintah oleh idealogi barat yang rakuskan dunia telah memusnahkan kefahaman Islam yang telah beratus tahun menebal di bumi melayu.Barat sangat zalim terhadap pengamal Islam tanpa mengira bangsa.Segala kesan sejarah islam di bumi melayu telah cuba di musnahkan secara total dan mengantinya dengan ketamadunan dangkal mereka..Masyarakat melayu di galak beralih arah kepada pegangan kuno atau mengikut budaya mereka.Melayu yang tamak kuasa dan habuan telah berjasa memusnahkan tamadun melayu unggul di bawah kepimpinan Raja dan Ulamak yang mengamalkan Islam 100%.Rungkai semula cerita semerah padi..Tan sri P.Ramli bukan buta sejarah..tapi kita hanya terkesan dengan hiburan dan hanya nampak yang tersirat..Apabila Isla di persenda kita lihat apa yang berlaku kepada saudara kita di Filipina. Tuk nenek mereka beragama Islam beratus tahun lama nya. Jelas mereka di murtadkan oleh penjajah sehingga Islam hilang terus bi bumi Manila. Jenerasi mereka makam babi dan minum tuak kembali..Islam di tentang habis-habisan oleh pemerintah barat dan dasar barat berterusan hingga negara mereka merdeka..!! Tidak kejam lagi kan tindakanmereka dahulu..Wahai Anak Melayu tanpa mengira dari daerah jawa, banjar,Siam, serawak, minangkabau,baba, Aceh, moro kita adalah bersaudara dan sedarah warisan tentera Khan Monggol yang hebat..kita adalah serumpun bangsa..ini adalah Bumi Melayu cuma dari daerah yang berbeza aje..jadi janganlah kiranya ada di antara kita yang masih ada keinginan untuk menagungkan lagi bibit barat yang telah beranak pinak di dunia melayu..khususnya muslim Malaysia..Kita kena belajar berjuang menghidupkan masyarakat Melayu bersandarkan Kanun Islam seteguh zaman Raja Siam Melayu memerintah Seluruh Kepulauan Tanah Melayu yang fakta nya telah di ubah2 olen barat…Walahualam..Cicit Bentara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: