Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KEKALUTAN DI PERAK: LAMBANG PENDERHAKAAN PEMBANGKANG TERHADAP SULTAN DAN SIMBOL MEMPERMAINKAN UNDANG-UNDANG – Siri II

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 18 Mei 2009

Oleh: Salza Hedra

PAS menyedari akan keadaan yang berlaku di Perak. Mereka juga tahu bahawa Nizar diperkudakan oleh DAP. Namun disebabkan Perak secara luarannya merupakan negeri ketiga selepas Kelantan dan Kedah di bawah PAS, maka mereka tetap mempertahankan kedudukan Nizar.

Tindakan Speaker Dewan Negeri, Sivakumar menggantung 6 orang ahli dewan termasuk Dr Zambry yang baru diangkat sebagai MB baru menggantikan Nizar menambahburukkan lagi suasana. Tak cukup dengan itu, Sivakumar dan Nizar bersama ahli dewan pakatan pembangkang telah mengadakan Sidang DUN mereka sendiri di bawah pokok sehingga mendapat gelaran Kerajaan Bawah Pokok atau Kerajaan Pasir Dua Butir/Pasir Berdengung.

Mahkamah menjadi medan bagi pakatan pembangkang untuk menuntut hak ke atas Perak dikembalikan kepada mereka. Karpal Singh the King nak bawa Sultan Perak ke mahkamah. Bagi beliau, Sultan harus dipersalahkan dan dihadapkan ke mahkamah. Sampai hari ni, kita masih menunggu lagi tindakan selanjutnya daripada Karpal kurang ajar ni. Menurut beliau, tindakan beliau tidak bersalahan kerana imuniti Raja/Sultan telah terhapus atas tindakan Tun Mahathir pada tahun 1993 membawa usul ini dan telah diluluskan oleh Parlimen.

Begitu juga, atas arahan DAP dan Anwar, Nizar dan Sivakumar juga telah membawa kancah politik Perak ke mahkamah. Nizar telah berjaya dalam tuntutannya di mahkamah Tinggi apabila beliau diputuskan mahkamah Tinggi masih kekal sebagai MB Perak yang sah. Sejurus selepas pengumuman tersebut, pakatan pembangkang memuji keputusan yang dibuat. Namun apabila Mahkamah Rayuan pada keesokkan harinya memutuskan bahawa keputusan mahkamah tinggi ditangguhkan sehingga selesai rayuan Dr Zambry, mereka mula menyatakan bahawa keputusan yang dibuat tidak betul dan macam-macam lagi.

Penulis ingin mengulas sedikit mengenai artikel siri I dan empat perenggan di atas (siri 2) yang penulis coretkan. Pakatan pembangkang yang telah mendapat hak ke atas kerajaan Perak melalui sistem demokrasi PRU 12 lalu sebenarnya telah gagal bukan sahaja untuk meyakinkan rakyat malahan tiga ADUN mereka sendiri. Penulis yakin apabila tindakan tiga ADUN mereka keluar dan menjadi Bebas adalah disebabkan mereka tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap parti yang mereka wakili khususnya kepimpinan tertinggi parti. Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kepimpinan pakatan pembangkang telah mempercepatkan tindakan mereka kerana dasar tersebut jelas tidak melambangkan kehendak rakyat Perak yang sebenar. Dasar tersebut diyakini lebih berbentuk perkauman dan individualitik.

Pernulis bersetuju dengan keputusan yang dilaksanakan oleh DYMM Sultan Perak. Penulis yakin bahawa Sultan telah mempertimbangkan segala faktor dan telah meneliti setiap fakta. Setelah Nizar datang mengadap Baginda untuk membubarkan DUN dan mengadakan Pilihanraya Negeri yang baru, Baginda sedar bahawa Nizar sudah tidak mendapat sokongan majoriti dan tidak lagi mempunyai hak untuk menjadi MB. Namun Baginda Tuanku tidak terburu-buru mengambil tindakan. Baginda Tuanku memanggil kesemua ADUN BN dan 3 orang ADUN Bebas adalah utnuk mendengar maklum balas daripada mereka. Setelah Baginda berpuas hati, maka Tuanku telah melantik Dr Zambry sebagai MB baru menggantikan Nizar. Tuanku bukannya calang-calang Sultan. Baginda pernah menjadi Ketua Hakim Negara. Tambahan pula, Baginda mempunyai kelulusan Undang-Undang

Keputusan yang diambil Baginda Tuanku adalah berdasarkan peruntukkan yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perkara 16 (2) (a) dan 18 (2) (a) di mana Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN lain.

Berkaitan dengan pembubaran DUN pula, Sultan mempunyai hak untuk menolak permintaan trsebut kerana Mengikut Perkara 18 (2) (b), Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN tersebut. Seperti yang termaktub dalam Perkara 7, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Sultan akan bertindak adil terhadap rakyatnya berdasarkan undang-undang.

Maka, Baginda Sultan mempunyai kuasa untuk tidak mempersetujui pembubaran DUN. Apabila baginda tidak memperkenankan pembubaran itu, maka secara automatik, jawatan Menteri Besar dan jemaah exco akan digugurkan. Peraturan ini bertepatan dengan Perkara 16 (6).

Mengenai perkara Karpal Singh The King yang mahu membawa Baginda Sultan ke mahkamah atas alasan bahawa kuasa dan imuniti Raja dah terhapus semasa Tun membawa usul dan diluluskan Parlimen, penulis ingin membetulkan fakta tersebut. Tindakan Sultan adalah di bawah kuasa yang ditetapkan dalam Perundangan, maka keputusan atau tindakan tersebut adalah sah. Apa yang diluluskan semasa Tun adalah tindakan personal/tingkahlaku Sultan/kerabatnya sahaja. Tindakan Sultan Perak adalah dibawah peruntukkan yang tersedia ada dan untuk kepentingan rakyat dan negeri Perak.

Adalah malang apabila kuasa Sultan dicabar. Mengikut undang-undang Perak, Sultan mempunyai enam prerogative dalam Perkara 10 Bahagian ll yang jelas menunjukkan kuasa Sultan dalam isu penghormatan, keadilan, keampunan, agama, adat Melayu dan tanah. Kuasa Sultan jelas dan nyata serta sedia tertulis.

Di kesempatan ini penulis ingin memaklumkan bahawa kesungguhan pakatan pembangkang untuk memastikan mereka masih lagi kekal sebagai kerajaan di Perak adalah amat jelas sekali. PAS mahu kekalkan kerana mereka adalah Pemimpin tertinggi negeri tersebut dan Perak adalah negeri ketiga dibawah mereka. Manakala bagi PKR, ia adalah satu lagi saluran untuk memastikan hasrat Anwar jadi PM tercapai. Manakala bagi DAP pula, visi dan misi mereka untuk mendapatkan hak kuasa penuh dan menjalankan aspirasi mereka yang berbentuk perkauman dapat direalisasikan. Ketiga-tiga parti pembangkang walaupun dalam satu pakatan tetapi dalam konteks negeri Perak ini jelas membuktikan bahawa mereka masih lagi sebuah pakatan yang berorientasikan kepntingan terpisah masing-masing – bukan untuk rakyat Perak!

Advertisements

29 Respons to “KEKALUTAN DI PERAK: LAMBANG PENDERHAKAAN PEMBANGKANG TERHADAP SULTAN DAN SIMBOL MEMPERMAINKAN UNDANG-UNDANG – Siri II”

  1. rakyat said

    blah la,berapa banyak duit dah masuk poket kau.

  2. yusof yeop said

    bagus juga artikel en nie,memang banyak maklumat. Tapi terrsalah komen, sepatutnya pada zambri end the geng yg mungkin kurang faham tentang undang2 atau pun memang tak tahu langsung pasal undang2…
    dah 50 thn UMNO memerintah dgn penuh penyelewingan yg nyata…. KATA PELAWAK TANAH AIR KITA LUUUU PIKIR LAAA SENDIRI………..

    DUTI HABIS….
    HARTA TINGGAL….
    PAHALA IKUT….

  3. hujan said

    bodohla, sapa yg tulis artikel ni

  4. matador said

    Sape pembangkang sebenarnya. Bodoh punye penulis. Orang nak blogging, BN pun nak blogging lepas tengok kesan PRU 12. Tapi ntah apa-apa. Maklumat blogger BN satu pun tak boleh pakai. Macam sial. Silap, memang sial. Bile 40 orang kata sial, maka siallah hidup ko.

  5. din said

    bodoh nyo sahabat mantap nie yeaaaa…..hahahaha

  6. mohamad said

    kita jangan fikirkan kuasa2 yang ada walaupun sultan telah mempersetujui Zamry sebagai MB akan tetapi Nizar juga ada hak dan ia telah ditentukan oleh badan kehakiman yang beliau MB yang sah jadi saya rasa kembalikan kepada rakyat untok menetukan siapa yang mereka mahu kan kita ni negara berdemokrasi, selesaikan secara demokrasi Pemimpin kita pun dipileh oleh rakyat jangan lupa tu

  7. aku gorgeous said

    ko korang yang bodoh! x sedar2 lagi idup kat dlm malaysia ni.aku sokong si salza hedra ni.tapi kalo ada yang makan cili tu mmg la terasa pedas….dan x dapek den nak menolong.kamu dok di malaysia ni janganlah nak jadi derhaka.x pernah diuntung…anak2 kamu tu sekolah,sekolah kat mana?sekolah kerajaan kan?ada pembangkang buat sekolah?itu pun x reti2 bahasa dowh betul laa.anak belajo tinggi2 kat universiti mana?kerajaan kan….mana ada pembangkang buat universiti? aku sanggup potong ******* kalo pembangkang buat universiti.Melayu bunuh melayu serupe kamu ler semua…Pengkhianat negara!Pembununh bangsa diri sendiri…!

  8. Pak Pandir said

    La kata penulis makan duit. Tu cakap orang tak pakai akal. Main hentam keromo je.

    Pak pandir nak bagi tau sikit pasal PRK Bkt Gantang lalu sebab Pak Pandir fikir ada kaitan dengan senario politik kat Perak.

    Masa PRK tersebut undi bukan melayu membantu Nizar menang. Bukan pasal nak sokong PAS tapi passal Nizar adalah kuda tunggangan mereka yang dah bagi tanah dan akan pasti akan bagi macam-macam lagi tuntutan DAP kepada masyarakat komunis kat Perak tu.

    DAP dah berjaya mencucuk hidung Nizar untuk ikut cakap depa. Penyokong PAS dok seronok kerana Nizar menang, tapi DAP seronok kerana PAS boleh penuhi kehendak mereka tapi DAP tak perlu penuhi syarat PAS.

    PERINGATAN: kelak PAS yang akan dipersalahkan ke atas apa yang berlaku kat Perak baik oleh orang melayu Perak mahupun oleh DAP atau PKR.

  9. pierre said

    Kamu semua jalang…!

  10. kentutPKR said

    Kepala hotak la RAKYAT…
    buang la nama rakyat tu..
    ko selalu fikir parti ko jer
    rakyat bkn terima parti ko..
    Nizar dah macam2 buat orang sakit hati..
    melayu yang sakit..
    teruk2 UMNO yg ko sangkakan.. Melayu tak pernah tepikan..
    Melayu yang bodoh cam ko jer yang selalu lupa diri…

    G mampus PR

  11. shabriduda said

    Dalam tempoh 11 bulan, kerajaan PR telah membuat perubahan-perubahan berikut :-

    1. Ketua Kampung dipilih oleh orang ramai melalui proses pilihanraya.
    2. 1/3 daripada anggota PBT adalah dipilih dari kalangan NGO, orang persendirian dan koporat atau golongan profesional.
    3. Rakyat yang berpendapatan rendah di beri percuma air 10 meter padu
    4. Semua premis kerajaan dibenarkan diguna oleh semua parti politik, ngo dan sebagainya.
    5. Mengembalikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
    6. Menganugerahkan 1000 hektar tanah kepada SAR dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
    7. Memberi hak milik kekal kepada dan 102 ribu lot kediaman kepada penduduk di Rancangan Perumahan Tersusun (Kg Melayu) dan 47 ribu lot kediaman kepada penduduk Kg. Baru (Cina)
    8. Memberi sumbangan dermasiswa rakyat seribu seorang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
    9. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat bagi membantu miskin tegar, warga tua, orang kurang upaya, keluarga mangsa ISA, ibu tunggal, anak yatim dan pengidap penyakit kronik.
    10. Menubuhkan Tabung Pinjaman Kecil Perniagaan kepada ibu tunggal yang ingin menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan tanpa dikenakan faedah.
    11. Menaikan sumbangan bantuan kebajikan dari kadar minima 45 ringgit sebulan ke 100 ringgit sebulan sehingga maksima 400 ringgit sebulan.
    12. Menyediakan bantuan skim Al Kifaalah kepada warga tua yang berumur 65 tahun ke atas.
    13. Menaikan elaun penyelia dan guru-guru KAFA.
    14. Menaikan kadar elaun guru-guru Tadika Islam JAIP
    15. Menender sebahagian pembalakan bagi meningkatkan hasil negeri.
    16. Anak-anak syarikat kerajaan negeri membayar zakat kepada MAIP.
    17. Menaikan Tabung Pusingan Bencana Alam dari 30 ribu ke 50 ribu ringgit.
    18. Menggalakan semua pegawai kerajaan menunaikan solat Zohor berjamaah dan mendengar tazkirah selepas Zohor.
    19. Tazkirah setiap pagi sepanjang musim Ramadhan.
    20. Mengurangkan perbelanjaan makan semasa mesyuarat atau sebarang program yang dianjurkan atas nama Kerajaan Negeri.
    21. Menggunakan bas rasmi SUK dalam lawatan ke Parlimen dan Singapura bagi menggurangkan kos pengangkutan sekiranya menggunakan kereta rasmi kerajaan.

  12. shabriduda said

    Dalam tempoh 11 bulan, kerajaan PR telah membuat perubahan-perubahan berikut :-

    kalaulah Nizar jadi tungangan DAP….

    1. Ketua Kampung dipilih oleh orang ramai melalui proses pilihanraya.
    2. 1/3 daripada anggota PBT adalah dipilih dari kalangan NGO, orang persendirian dan koporat atau golongan profesional.
    3. Rakyat yang berpendapatan rendah di beri percuma air 10 meter padu
    4. Semua premis kerajaan dibenarkan diguna oleh semua parti politik, ngo dan sebagainya.
    5. Mengembalikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
    6. Menganugerahkan 1000 hektar tanah kepada SAR dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
    7. Memberi hak milik kekal kepada dan 102 ribu lot kediaman kepada penduduk di Rancangan Perumahan Tersusun (Kg Melayu) dan 47 ribu lot kediaman kepada penduduk Kg. Baru (Cina)
    8. Memberi sumbangan dermasiswa rakyat seribu seorang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
    9. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat bagi membantu miskin tegar, warga tua, orang kurang upaya, keluarga mangsa ISA, ibu tunggal, anak yatim dan pengidap penyakit kronik.
    10. Menubuhkan Tabung Pinjaman Kecil Perniagaan kepada ibu tunggal yang ingin menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan tanpa dikenakan faedah.
    11. Menaikan sumbangan bantuan kebajikan dari kadar minima 45 ringgit sebulan ke 100 ringgit sebulan sehingga maksima 400 ringgit sebulan.
    12. Menyediakan bantuan skim Al Kifaalah kepada warga tua yang berumur 65 tahun ke atas.
    13. Menaikan elaun penyelia dan guru-guru KAFA.
    14. Menaikan kadar elaun guru-guru Tadika Islam JAIP
    15. Menender sebahagian pembalakan bagi meningkatkan hasil negeri.
    16. Anak-anak syarikat kerajaan negeri membayar zakat kepada MAIP.
    17. Menaikan Tabung Pusingan Bencana Alam dari 30 ribu ke 50 ribu ringgit.
    18. Menggalakan semua pegawai kerajaan menunaikan solat Zohor berjamaah dan mendengar tazkirah selepas Zohor.
    19. Tazkirah setiap pagi sepanjang musim Ramadhan.
    20. Mengurangkan perbelanjaan makan semasa mesyuarat atau sebarang program yang dianjurkan atas nama Kerajaan Negeri.

  13. shabriduda said

    kalau lah nizar jadi boneka

    UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.
    Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh umno BN,

    contoh2 yang tak di lapor oleh media

    .Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.

  14. shabriduda said

    perkara yang disorok oleh media arus perdana

    Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato’ Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
    Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.

  15. shabriduda said

    Pandir dan rakan2 sewaktu dengan nya

    yang Pastinya inilah satu-satunya MB melayu Pas yang berjaya menguasai 5 exco bukan islam dari DAP.bekerjasama mentadbir kerajaan Perak…DAP terpaksa menghormati kehebatan Nizar melalui merit,saksiyah dan ketelusan sebagai MB yang berpegang teguh Islam sebagai the way of life

    adakah Tajul rosli boleh melakukan perkara ini semasa beliau jadi MB perak dulu….MIC dan MCA mesra melayu dan islam kononnya padahal parti perkauman yang sentiasa memperjuangkan demi bangsa masing2

    DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.
    Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.

  16. shabriduda said

    Kerajaan PR memasuki pejabat Menteri Besar dan pejabat EXCO sejak 11 bulan yang lalu, sedikit pun MB dan EXCO tidak mengganti carpet, kusyen dan sebagainya. Kekal sebagaimana yang lama, kerana masih boleh diguna pakai, dan tidak nampak cacat celanya.difahamkan kerajaan haram BN baru beberapa hari memasuki pejabat MB, semua carpet, kusyen, langsir dan entah apa lagi ditukar baru walaupun masih elok, baik dan boleh diguna. Kos jamuan sewaktu mesyuarat EXCO dikurangkan oleh kerajaan PR, untuk jamuan ringan, setiap orang tidak lebih 6 ringgit, jamuan makan tengahari tidak lebih 15 ringgit. Waktu BN memerintah dahulu(tajol rosli), katanya jamuan untuk setiap mesyuarat atau apa sahaja program antara 25 hingga 45 ringgit sekepala.

  17. Pak Pandir said

    Baru 11 bulan dah kata capai macam-macam. BN dah lebih 50 tahun bagi kesenangan dan kesejahteraan kepada semua kaum dan membina imej Malaysia di mata dunia langsung tak perasan. Dasar-dasar berhemah BN juga telah memberi peluang dan ruang untuk anak pembangkang yang dok kutuk BN pun hangpa tak bersyukur.

    – Teresa Kok mau azan diperlahankan kerana ganggu masyarakat nak tidor.
    – Pelajar saman Kerajaan Pembangkang kat Selangor pasal tak bagi elaun rm1000 kerana dapat lanjutkan
    pelajaran kat universiti
    – Rasuah dalam pemilihan parti PAS ehem…ehem
    – Kes ADUN PKR rasuah seks woooooi

  18. pakcik said

    dulu nizar majoriti – layak jadi mb
    sekarang zambry majoriti – layak jd mb

    senang shaja sifir dia.

    nak mengundi? buang masa dgn politik..

    masa menang suka..masa kalah kena terima hakikat.

    kalu nk menang lagi..usaha lagi utk PRU-13 nanti

  19. shabriduda said

    Alahai Pakcik yang mengundi di saluran 1.

    Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato’ Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

    BN 28
    PR 28
    BEBAS 3

    bilanya 3 adun tu mengundi sokong BN????
    Bilanya ada usul undi tak percaya????
    terdapat 6 adun digantung menghadiri DUN perak…
    macammana zamberi leh dapat majoriti ek??
    kenapa 3 adun bebas tu tidak berani istihar masuk barisan nasional???????….

    Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

    Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

    Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.

    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya BN mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti dalam DUN Perak.

    Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

    “Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya.

    “Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya, tapi itu hanya pandangan saya. Saya tak buat apa-apa survey, undian. Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang,” katanya_

  20. auzi said

    ntah pape lah entri nih!
    buatlah entri pasal altantuya ke, selongkarlah pasal adun pkr yang rasuah seks sampai jadi adun bebas tu ke, pasal dolah kena undur sblum waktunya ke, pasal scorpene ke, pkfz ke, ali rustam ke, khairi jamaluddin ke, 60 billion ke, umno perlis ke, umno t’ganu ke, gani patail ke…………………….

  21. kentutPKR said

    Auzi lagi bangang.. ko kisahkan pasal BN
    kalau orang BN suh wat entri pasal PR,
    kurang hajar dengan sultan, fairus jadi mainan, nizar boneka..
    ko nak letak ker..
    isu altantunya tu pun ade kaitan dengan anwar ibrahim.,
    bodoh auzi

  22. el jihad said

    rosaknye islam krane pnganutnyer yg x paham agame….blaja x nak..
    pemmpinyer munafik…(umno)mkan harta rakyat..
    ade pmimpin yg nak buat adil…d rampas kuasenye…(bodoh nyer bn)kononye utk melayu..cehh!!!
    anak melayu mnum arak keje sape..?
    anak melayu isap dadah keje sape..?
    bohjan..bohsia..rempit…keje sape..?

  23. hai melayu…..dngarlah…
    klau btul kamu melayu yg ugamenyer islam……ingin pertahankan agame..dan tanahair…lakukan perkare tsebut…
    1 terima islam sbg care hidup..bkan hnye slogen je…(bn)
    2 tegakkan hukum islam d bumi malaysia….mmberi sokongan pd parti yg ingin mendaulat hukum allah
    bkan mnentang mreka..(bn)
    3 kembali kpd al quran d hadis (mnjalankan pemerintahan negara mngikut islam)insyaallah aman negara kita…TAKBIR……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: