Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BANGSA MELAYU BERADA DIPERSIMPANGAN

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 16 Mei 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Dalam konteks bangsa Melayu di Malaysia, agama, bahasa dan budaya yang berada dibawah payung naungan dan perlindungan Raja Melayu mengikut yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Takrif bangsa Melayu diperkemas, diikat dengan adat, disimpul dengan bahasa dan disalut dengan agama. Itulah resipi kekuatan Melayu dibumi ini. Hari ini timbul usaha radikal di kalangan yang tidak pernah mendalami muslihat disebalik yang tersirat yang mahu mengubah resipi tersebut

Kelangsungan Melayu sebagai satu bangsa bergantung pada beberapa faktor yang selama hari ini memberikannya identiti dalam bentuk agama, bahasa dan budaya, termasuk juga budaya bernegara dan berkerajaan berpegang pada prinsip rakyat beraja dan Negara bersultan

Dalam mengharungi gelombang globalisasi dan dalam menghadapi dinamik politik yang sedang berlaku di Negara ini, bangsa melayu berada dipersimpangan jalan. Bangsa Melayu menghadapi dua kemungkinan besar. Kemungkinan pertama, bangsa Melayu itu akan terus bertahan, berkembang dan kuat, serta di hormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung didunia global ini, atau kemungkinan kedua, barang dijauhkan Allah daripada berlaku, bangsa Melayu itu akan hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut

Advertisements

Satu Respons to “BANGSA MELAYU BERADA DIPERSIMPANGAN”

  1. Cicit Bentara said

    Bangsa melayu terletak dimana? Perbuatan atau fizikal, lokaliti atau percakapan atau mungkin budayanya!Pandangan ini adalah pandangan peribadi dari kacamata saya yang dangkal bahasa dan budaya melayu.Apa yang memeningkan kepala saya bila mana orang melayu hilang arah@punca. Jika di imbau lingkaran sejarah, bumi melayu adalah terlalu luas dan orang2 melayu bertaburan dari utara chengmai hinggalah ke Malang di Indonesia malah terdapat jua melayu di utara Australia.Mereka walaupun warganegara Australia namun masih bertutur dalam nahu bahasa melayu bercapur aduk dengan lentok jawa. Namun mereka adalah orang melayu yang terpinggir akibat penjajahan dan persempadanan.Begitu jua bahasa Tagalok yang di pertuturkan olih masyarakat melayu filipina..nada bunyi melayu tetap mirip orang kita.Di mana kesilapan melayu hingga berpecah dan berpindah randah serta hilang identiti kemalayuannya!. Kuasa penjajahan barat dan dinasti sokutai telah menghapuskan melayu sejak zaman kejatuhan kerajaan melayu kedah dan melaka. Ketika itu orang cina jadi melayu dan menikihi orang tempatan khususnya pemerintah serta mengelarkan diri mereka baba. Mereka membuang budaya cina anutan tok nenek dan mengamalkan budaya melayu serta bertutur dalam bahasa melayu walau dalam kelambu. Ikutan ini turut di kongsi oleh kaum india yang berniaga di nusantara hingga mereka mendapat gelaran mamak. Pokoknya, melayu itu bukan bangsa, pada hemat saya. Melayu adalah Bahasa dan budaya. Jika kaum cina, india dan penghijrah di bumi nusantara ini bercakap petah dalam bahasa melayu dan berbudaya sepenuhnya cara melayu..saya berani mengatakan mereka ini layak mengatakan diri mereka melayu. Mereka kena taat kepada Raja melayu, berbaju melayu, pandai menari zapin melayu, menganyam ketupat dan apa jua orang tempatan lakukan dan melaksanakan kehidupan cara kaum melayu peribumi. Jika ini terlaksana, melayu sebenarnya tidak berpecah…TETAPI jika penduduk bumi melayu atau pendatang hanya mencari makan tanpa menghayati bahasa melayu dan budayanya secara ikhlas, maka bangsa melayu akan pupus dan tidak di hargai. Budaya itu bangsa..melayu itu bahasa..Hilang Bahasa, hilang budaya..lenyap lah Bangsa Melayu..Kaji bagaimana legesi bahasa Bangoli mendapat negara dek kerana mempertahankan bahasa dari pakistan yang menganjurkan urdu dan hindustani, mereka berpisah kerana menjaga maruah bahasa tercabar. Mereka sedar jika Bangoli tidak dipertuturkan olih rakyat, identiti bangsa akan pupus. Jika ingin melayu terus bangkit bersatu sebagai bangsa terunggul, pastikan anak jenarasi kelahiran bumi melayu tidak mengira dari daerah atau etnik mena WAJIBLAH melupakan asal usul dan mengamalkan budaya dan cara hidup melayu keseluruhannya. Malaysia hanya nama ciptaan penjajah..melayu adalah empayar gagah yang telah menerangi bumi nusantara dengan tamadun yang memertabatkan dunia dulu dan selamanya…Cicit bentara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: