Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Anwar Ibrahim (Pakatan Rakyat) Sokong Ideologi Komunis.

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 15 Mei 2009

Oleh:-Mawar berdarah

Kemelut politik Perak mengundang persoalan, adakah negara Malaysia semakin hampir untuk menjadi sebuah negara republik di bawah Pakatan Rakyat jika memerintah nanti? Slogan fahaman sosialis yang hampir dengan fahaman komunis berlegar di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat antaranya ‘negara berkebajikan’, ‘kerajaan rakyat’ dan ‘ketuanan rakyat’.

Slogan ini digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sentimen kuasa rakyat yang akan menentukan segalanya. Usaha ini kita dapat lihat dengan kuasa Sultan dinafikan dalam melantik negeri besar baru di Perak baru-baru ini dengan Nizar menyembah derhaka terhadap Sultan. Mereka juga dengan angkuh mengatakan bahawa Sultan kini sudah pandai berpolitik dan ingin rakyat menentukan kerajaan Perak yang baru melalui pilihanraya.

Adakah mereka terlupa, jika mereka menang di dalam pilihanraya. Siapakah yang akan melantik Menteri Besar baru kalau bukan Sultan? Kalau Sultan tidak mengizinkan dan tidak melantik mereka, apa yang mereka akan lakukan? Menjatuhkan Sultan? jika benar, perkara ini berlaku, ia tidak ubah seperti keadaan di negara Cina suatu ketika dahulu yang menjatuhkan Maharaja dan menaikkan kerajaan Komunis. Adakah perkara ini akan berlaku di Perak?

Adakah golongan ini adalah golongan desperado yang mabuk kuasa sehingga melupakan maruah dan lambang bangsa? Amat menyedihkan lagi Sultan yang bertindak sebagai ketua agama dikecam hebat. Mufti yang Perak yang dulu pada satu ketika disanjung mereka kerana seakan-akan menyokong Pakatan Rakyat kini dikecam oleh mereka semula kerana menegur sikap mereka yang derhaka pada sultan. Kini mereka merasakan mereka semua betul dan orang lain semua salah.

Persoalannya, berpandukan kesemua perkara di atas adakah Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menyokong idealogi komunis?Pada pilihanraya umum yang lalu Parti Sosialis Malaysia yang memperjuangkan fahaman sosialis iaitu fahaman yang paling hampir dengan komunis telah dibenarkan bertanding di bawah lambang PKR.

Nilai sokongan PKR terhadap komunis juga dipaparkan melalui satu artikel yang bertajuk ‘PKM – Parti Komunis Malaya Muncul Kembali’ tulisan Amin Iskandar@Black seorang pemimpin PKR. Dalam artikelnya itu beliau menyatakan anggota tentera Parti Komunis Malaya juga perlu diberi penghormatan kerana memperjuangkan kemerdekaan. Adakah Amin Iskandar sudah terlupa dengan Tragedi Bukit Kepong yang memperlihatkan kekejaman komunis dan meragut nyawa ramai anggota polis dalam tragedi itu?

Selain itu beliau turut menggambarkan idealogi komunis ini sebagai bersifat humanis antarabangsa, menyanjung keadilan sosial, perpaduan kaum dan demokrasi kerana ia disertai jua oleh semua kaum, termasuk Melayu, India dan lain-lain. Gambaran yang diberikan beliau ini hampir seiras dengan idealogi perjuangan Pakatan Rakyat pada masa kini. Adakah ini jelas membuktikan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menyokong idealogi Komunis?

Sama-sama kita fikirkan.

“Janganlah hanya menang sorak, tetapi kampung yang kita pertahankan tergadai”

Satu Respons to “Anwar Ibrahim (Pakatan Rakyat) Sokong Ideologi Komunis.”

  1. HUNUS said

    DULU gagasan rakyat
    KEMUDIAN barisan alternatif
    DAN LEPAS TU pakatan rakyat
    SEKARANG ? Parti Komunis Rakyat ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: