Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KEMELUT PERPECAHAN PAS HARI INI ANGKARA ANWAR

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 13 Mei 2009

Oleh: Salza Hedra

PAS sedang di ambang pemilihan kepimpinan patinya tidak lama lagi. Kumpulan ulamak yang selama ini menerajui kepimpinan PAS terasa bahangnya apabila menerima tekanan daripada kumpulan profesional atau Erdogan. Lemparan kata-kata yang diluahkan oleh kedua-dua golongan ini memperlihatkan telah berlaku keretakkan dan rasa tidak meyakini antara satu sama lain dalam usaha membawa halatuju PAS ke arah era yang penuh cabaran. Golongan ulamak menyatakan bahawa mereka lebih layak kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka telah berjaya mengemudi PAS sehingga mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU 12 lalu. Manakala golongan Erdogan pula menyatakan bahawa mereka lebih layak kerana dunia hari ini memerlukan pengemudi yang lebih berkeupayaan dan lebih relevan dengan kehendak dunia hari ini. Penulis bukanlah nak menentukan siapakah sebenarnya yang paling layak tapi ingin berkongsi idea dengan teman-teman.

Apa yang dilalui oleh PAS hari ini bukan sesuatu yang baru. UMNO pernah merasainya dan kesannya sampailah ke hari ini. Kekalutan dalam merebut jawatan tertinggi parti menjadi medan dalam ‘membunuh’ dan ‘menutup periuk nasi’ rakan dalam parti. Memburuk-burukkan dan memfitnah antara satu sama lain dan penggunaan wang ringgit serta pelbagai bentuk upah menjadi ‘senjata mustajab’ dalam memastikan kemenangan mereka. Kalau dalam UMNOI dulu, hal sebegini berlaku sejak kemasukkan Anwar. Bagi beliau matlamat menghalalkan cara. Janji beliau dapat memegang tampuk tertinggi parti dan kerajaan.

Sama seperti UMNO, PAS kini dipenuhi dengan rakan-rakan Anwar seperti Kamaruddin Jaafar dan Husam. Anwar telah berjaya memasukkan ‘tentera-tentera pemusnah’ beliau ke dalam PAS kerana beliau amat mengetahui bahawa PAS akan menerima waluk-waluknya ini kerana bagi PAS, musuh mereka adalah UMNO. Maka apabila terdapatnya golongan-golongan profesional (waluk-waluk beliau yang keluar UMNO) yang berjawatan tinggi dalam UMNO dului, maka Anwar yakin PAS akan menerima mereka dengan mudah.

Kejayaan pembangkang dalam PRU 12 lalu telah membawa kepada suatu pakatan yang tiada persetujuan bertulis mahupun pakatan murni secara lisan (kontrak sosial). Mereka mewujudkan suatu terma baru dalam jajaan politik mereka untuk mengaburi mata masyarakat bahawa mereka boleh duduk semeja dan merealisasikan impian dan aspirasi masing-masing yang jelas berbeza. Namun, PAS mula sedar akan ancaman rakan dalam pakatan apabila mereka mula menolak Hak keistimewaan Melayu, dan Islam. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP) dan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim (PKR) telah menyuarakan mahu menghapuskan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan. Di sini timbul keraguan PAS terhadap rakan mereka dalam pakatan. Presiden PAS, Haji Hadi yang sedar akan perkara ini, lantas mengutarakan kerajaan perpaduan antara PAS dengan UMNO/BN. Unjuran beliau ini walaupun merupakan suatu cadangan awal (ura-ura) tetapi ia mendapat sambutan baik di kalangan pemimpin PAS veteran dan golongan muda. Namun yang menentangnya adalah di kalangan Erdogan-Erdogan waluk Anwar.

Anwar yang selama ini mahu mempergunakan PAS dan DAP, mula mendapat tekanan daripada kepimpinan tertinggi DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Beliau yang sentiasa bercakap dengan nada berbeza kepada kedua-dua parti ini mahu tak mahu kenalah berbuat sesuatu. Takut tanpa sokongan DAP dan PAS, hasrat beliau nak jadi PM seperti yang diarahkan oleh rakan sekongkol beliau dari Yahudi /Amerika akan kecundang.

Pendekatan yang digunapakai oleh Anwar adalah sama seperti semasa beliau mahu naik dalam UMNO dulu. Beliau meletakkan ‘waluk-waluk beliau’ mengepalai Bahagian-Bahagian terlebih dahulu dan seterusnya dalam keempat-empat sayap utama UMNO. Hari ini dalam kepimpinan tertinggi dan sayap PAS, Anwar dah ada orang. Apa yang akan berlaku adalah; nasib pemimpin tertinggi PAS akan jadi macam apa yang pernah beliau lakukan terhadap Tun Ghafar Baba, mantan Timbalan Presiden UMNO/ Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Namun berbeza sedikit dengan apa yang terjadi dalam UMNO dulu, Anwar sebenarnya nak ‘mengneutralizedkan’ PAS supaya akan jadi lebih liberal dan berfikiran seperti sosialis. Senang untuk ikut cakap DAP dan Amerika. Kalau kepimpinan PAS hari ini masih lagi memegang tampok kepimpinan PAS, maka tak kesampaianlah hasrat beliau. Lantas langkah diatur untuk mengambilalih kepimpinan tertinggi PAS dan memastikan kepimpinan yang ada sekarang dijatuhkan.

Anwar terlalu licik dan secara senyap-senyap telah memperbodohkan kepimpinan PAS termasuklah penyokong-penyokong fanatiknya. Setelah berjaya memperdaya mereka bahawa apa yang dilakukan adalah untuk PAS menjadi peneraju kepimpinan Negara, maka senanglah PAS menerima waluk-waluk Anwar dalam PAS. Bermula dengan jawatan di peringkat jawatankuasa peringkat kawasan, kini telah dapat menguasai kepimpinan tertinggi dalam PAS. Suara Anwar kedengaran dengan lantang menerusi waluk-waluknya yang tidak sedikitpun mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap perjuangan PAS selama ini. Bagi mereka, biarlah PAS bergolak agar mudah mereka untuk mengambil alih sepenuhnya kepimpinan tertinggi PAS demi hasrat Anwar.

Pergolakkan dalam PAS tak sama semasa pergolakkan PAS masa zaman Dato Asri. Walaupun era tersebut PAS lebih liberal namun persoalan hak keistimewaan melayu dan Islam tidak dikesampingkan.

Nasihat penulis kepada PAS, cuba fikir-fikirkan unjuran Haji Hadi dan buat pertimbangan sewajarnya. Jangan sampai terlewat kerana musuh PAS sebenarnya bukanlah UMNO tetapi rakan mereka dalam Pakatan Pembangkang.

Advertisements

17 Respons to “KEMELUT PERPECAHAN PAS HARI INI ANGKARA ANWAR”

  1. chegubard said

    eactions:
    Kenyataan Penuh SAMM sempena Ulangtahun Altantuya

    SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA

    (S.A.M.M)

    Kenyataan Terbuka

    6 MEI 2009

    SELAMAT ULANG TAHUN ALTANTUYA DAN DESAKAN BUAT PM

    Jika Altantuya Sharibu tidak ditembak mati di Shah Alam, hari ini beliau akan merayakan ulangtahun ke 31 kelahiranya.

    Kematian Altantuya yang terlibat menjadi orang tengah dalam pembelian peralatan pertahanan Malaysia telah mengundang seribu satu persoalan. Imej negara telah menjadi buruk ekoran terlalu banyak ‘spekulasi’ muncul berkenaan kes tersebut.

    Kira – kira 19 buah media seluruh dunia telah menerbitkan artikel dengan jelas mengaitkan Najib Razak, yang kini merupakan Perdana Menteri Malaysia terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

    Malah ada cubaan menutup kes tersebut dengan melebel Altantuya sebagai model yang menjadi perempuan simpanan. Walaupun siapa Altantuya beliau dan keluarganya berhak mendapat keadilan.

    Terlalu banyak ‘misteri’ dalam perbicaraan Altantuya seperti ;

    *

    apa motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali ? Merujuk kes Mona Fendi yang mengarahkan pembantunya Juraimi membunuh seorang ADUN Bn jelas bukan sahaja Juraimi di hukum gantung tetapi yang mengarahkan Juraimi juga dihukum gantung. 2 tertuduh pembunuhan Altantuya ini dibawah arahan siapa ?
    *

    secara jelas wujud pengakuan Altantuya dibunuh dengan pistol (bom C4 untuk menghapus bukti) malangnya mengapa pistol tidak dibawa ke mahkamah ? Pistol , arahan siapa dan milik siapa ?
    *

    benarkah Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui RM500 juta (komisyen/rasuah) hasil jual beli peralatan pertahanan sudah di perolehi Razak Baginda (orang rapat Najib), dan kedatangan beliau untuk menuntut ‘bahagian’ seperti yang dijanjikan ? Mengapa rekod imegresen Altantuya hilang ?

    Maka dengan ini bersempena dengan Ulangtahun Kelahiran Altantuya kami kumpulan anak muda (Solidariti Anak Muda Malaysia) dengan ini mendesak Perdana Menteri Malaysia

    *

    menyaman dan minta 19 media dunia mohon maaf kerana menyiarkan artikel Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya jika ia fitnah bukan sekadar menggunakan kuasa mengugut dan mengancam dalam negara. Untuk makluman Polis telah di gunakan untuk merampas topeng Altantuya, mengugut tempat percetakan supaya jangan bekerjasama mencetak bahan melibatkan Altantuya dan mempergunakan akta polis menghalang nama Altantuya disebut dalam majlis dibawah permit polis.
    *

    menjelaskan mengenai kewujudan tersebarnya salinan beberapa pesanan ringkas antara nombor yang dikatakan digunakan oleh Najib dengan satu nombor yang dikatakan dimiliki oleh seorang peguam berbincang mengenai kes Altantuya. Salinan berbalas pesanan ringkas ini jika benar dihantar oleh Najib menunjukkan ‘sesuatu’ cuba diselindungkan dalam kes Altantuya ini. Maka penjelasan yang jelas perlu dibuat.
    *

    mempersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya siasatan Di Raja mengenai kes Altantuya ini. Banyak kes sebelum ini gagal dicari kebenaran hanya dengan siasatan polis dan pendakwaan biasa. Contohnya dalam siasatan polis gagal mendapati siapa yang memukul Anwar Ibrahim dalam tahanan sebaliknya bila ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja maka Ketua Polis Negara dikenal pasti melakukannya.

    Kes Altantuya ini bukan sahaja melibatkan imej individu sebaliknya imej negara, kerana yang dituduh terlibat ialah orang nombor satu negara. Desakan di atas harus ditunaikan dengan segera untuk memulihkan semula imej dan mencari kebenaran.

    Solidariti Anak Muda Malaysia merupakan ikatan anak muda dari perbagai latar belakang yang ingin melihat Malaysia berdaya saing dihormati dipentas dunia dan rakyatnya sejahtera dijamin keadilan dan keharmonian.

    Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Hari ulangtahun kelahiran Altantuya dan takziah kepada anggota keluarganya. Sambutan hari ini telah kami maklumkan kepada anggota keluarganya lebih awal dan bapanya meminta kami menyampaikan salam buat semua yang terlibat dan media yang hadir.

    Che’GuBard

    Penyelaras, Solidariti Anak Muda Malaysia

    Nota : Kenyataan ini dibacakan di depan pejabat Jabatan Perdana Menteri Malaysia sebelum upacara potong Kek Ulangtahun Altantuya, dan selepas itu Kek Ulangtahun Altantuya dan salinan Kenyataan akan diserahkan kepada kakitangan JPM untuk disampaikan kepada Perdana Menteri Malaysia untuk tindakan beliau.

  2. fieda said

    pergi tidor la.

  3. editor said

    PASAL APA NAK PERSALAH ANWAR PULAK, AWAT PEMIMPIN PAS BODOH KE SAMPAI TAK BOLEH BERPIKIR LANGSUNG.

    Pemimpin PAS sudah hebat sekarang!! Ulamak Sheikh takkanlah sebodoh itu?? Ayya!!

  4. Pertama, betulkah ada perpecahan dalam PAS? Kalau tiada berlaku perpecahan maka penulis dikira menaburkan FITNAH. Perbezaan pendapat sememangnya ada tetapi perpecahan TIADA. Jangan melihat keadaan PAS dari kaca mata apa yang berlaku dalam UMNO. Standard suasana dalam PAS tidak seprti UMNO. UMNO dasarnya ialah MATERIAL tetapi PAS tetap berasaskan kepada AL Quraan dan Sunnah.
    Kedua, Jangan ingat pemimpin-pemimpin PAS mudah tergoda dengan pujukan orang lain. Pemimpin PAS khususnya TG Dato Nik Abdul Aziz dan TG DS Abdul Hadi tidak mudah diseret kekancah kebodohan menjadi pengikut yang tidak berfikir seperti ramai pemimpin UMNO yang sanggup memusnahkan Bahasa dan Bangsa Melayu.

  5. Jingo said

    Anwarkan nak jadi PM. Jadi dia suruhlah konco-konco dia dalam PAS berbuat demikian.
    Bukan orang bodoh je yang boleh diperbodoh-bodohkan, orang yang pandai atau terasa diri tu pandai sangat pun boleh.
    Kalau depan tak boleh, belakang pun boleh.

  6. ana said

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2]

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM

    Sabtu (23/05/2009)

    7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran

    8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

    Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

    Timbalan Presiden PKPIM

    9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).

    10:45 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor

    2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (1).

    4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (2).

    6:00 petang : Makan Malam

    7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’

    9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Penjelasan Bid’ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    10:00 malam : Minum malam & Berehat

    Ahad (24/05/2009)

    4:00 pagi : Qiamullail

    6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi

    8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    10:30 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

    Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

    Presiden PKPIM

    1:00 tghari : Makan Tengahari

    2:00 petang : (Check-out)

    Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;

    Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
    Saudari Izzah Khanani [013-2197192]

    …MOHON SEBARAN…
    ‘DEMI ALLAH UNTUK ISLAM’

    ” ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT
    http://pondokhabib.wordpress.com

  7. Pak Pandir said

    Anwar pun tak pandai. Hang nak tau, masa kat U dulu dia sebetulnya fail. Asyik demomstrasi je. Nasib baik ada Prof yang kesian kat dia dan tolong bagi dia lulus supaya tak malu. Haji hadi dan Nik aziz memang le tak bodoh. Tapi bila sedar Anwar dah mula tunjuk belang, depa mula berhati-hati dan ambil langkah proaktif.

  8. sunanjaga said

    Ada dua orang dah saya dengar yang Anwar pun tak pandai.Mungkin betul.Mereka yang sama duduk u sama dia lebih tau kisah2 dia.

  9. Pak Pandir said

    PAS berlandaskan Quran dan Hadis tapi ramai penyokong dan ahli PAS kat Malaysia ada yang tak tau baca Quran. UMNO yang dikatakan MATERIAL dah buat banyak sekolah agama, surau, masjid. Sistem kewangan dan insuran Islampun UMNO dah buat. Cuma ramai penyokong PAS yang tak sedar atau buat-buat tak sedar.

  10. shabriduda said

    Pak Pandir …..padan la ko jadi penyokong setia umno ..bengap sangat..

    Pandir! kau kena tahu beza antara duit umno dengan duit kerajaan.
    Pandir! kau kena tahu perbezaan Parti umno dengan kerajaan Malaysia.
    Pandir! duit kerajaan tu bukannya duit parti umno.
    Pandir ko kena study lu lar perbezaan perkara tersebut…
    aku dan rakyat malaysia bayar cukai la….peruntukan pembangunan terkandung dalam perlembagaan malaysia la…

    sesapa pun kalo jadi kerajaan maka wajib la melakukan pembangunan pelbagai sudut kepada rakyat kerana ada peruntukan hasil cukai dan sebagainya….tapi ingat duhai pandir, umno tak kan gunakan duit tabung parti dia untuk bina infrasruktur rakyat ….
    Pandir budiman aku terima kedangkalan kau untuk paham ….pembangunan negara bukan guna duit tabung umno….

  11. aku gorgeous said

    Memang dah dasar PAS dan parti pembangkang yang tidak betul…
    Semuanya karut belaka…pembangunan,kesahteraan,keamanan konon….(konon jer) tapi HAMPEH !

  12. aku gorgeous said

    Memang dah dasar PAS dan parti pembangkang yang lain tidak betul…
    Semuanya karut belaka…pembangunan,kesejahteraan,keamanan konon….(konon jer) tapi HAMPEH !

  13. Pak Pandir said

    Bengap-bengap Pak Pandir tak le sampai beramai-ramai berbaringan di jalanraya tunjuk derhaka pada Sultan kerana nak pastikan PAS jadi alat boneka DAP. Tanya le diri tu siapa yang buat keje gila tu. Siapa pulak yang bertepuk tangan kat belakang.

    Sampai hari ni, PAS sanggup turun naik mahkamah, menggadai maruah PAS dan TG Hj Nik Aziz dan TG Hj Hadi, cuma nak bela nasib pemimpin dan penyokong DAP.

    Sedar-sedar le Sdr Shabriduda.

    Kata-kata Hikmat Singh The King:
    a. Bro Anwar mesti bertaubat!
    b. Saya akan tetap sama the Sultan
    c. Langkah mayat saya dulu kalau PAS mau jadikan negara ini negara Islam

  14. shabriduda said

    Dasar DAP memanglah sekular kerana apa, kerana sekian lama termakan propaganda UMNO bahawa jika sokong Islam, orang bukan islam kena pakai tudong, kaki dan tangan akan dipotong, pembangunan tidak boleh dilakukan, juga jalan raya tidak dapat dibina kerana habis batu digunakan untuk merejam orang…kenyataan ini bermula dari siapa kalau bukan dari UMNO ! Pandir ingat lagi kah siapa yang mengeluarkan ayat-ayat yang sebegitu ? aku tahu Pandir ada jawapannya !

    Kalau ditanya kepada aku, memanglah DAP yang sekular itu, dia tidak akan setuju dengan negara Islam, tapi itu dulu, sehingga Karpal Singh sebut langkah mayat dia dulu, tetapi telah ditegur oleh Teng Chang Kim bahkan Naib Pengerusi DAP, YB Kulasegaran berkata, DAP tidak takut dengan Hudud dan hudud tidak ada kena mengena dengan non-muslim. Itu apa dia ?

  15. shabriduda said

    Pandir budiman

    Benarkah DAP terus lantang menyatakan tentangan terhadap penubuhan negara islam ? Atau UMNO yang seronok jika isu ini dimainkan dengan harapan PAS dan DAP dapat dipisahkan seperti dahulu apabila BN melalui MCA dan GERAKAN beriya-riya menyebarkan propaganda buruk tentang Islam dan PAS, malah UMNO tiada pernah menghalang pun ! Maka siapa sebenarnya yang mempopularkan propaganda ini kalau bukan UMNO…!!! Setakat nak tipu orang kampung boleh la !

    Maka apakah songsangnya si Lim Liong Sik itu ketika dia mengatakan bahawa jika islam dilaksanakan di negara ini, (sebut Malaysia) sama seperti mengundurkan jarum jam ke belakang..? Maka juga, apakah Pimpinan MCA dan MIC yang menghantar memorandum bantahan kepada PAS apabila PAS bertegas tentang penubuhan negara Islam dan hudud tanpa dihalang oleh UMNO yang mengaku islam, maka mereka boleh dikategorikan apa????????????

  16. shabriduda said

    pandir

    Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

    Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan.

    Pandir

    APA YANG TAK BETULNYA KALAU NIZAR MOHON DERHAKA KEPADA SULTAN PERAK, SEDANGKAN MAHATHIR TAK MOHON MENDERHAKA PUN, MAIN TUTUH JE SULTAN.

    KALAU KARPAL SINGH NAK SAMAN SULTAN PERAK LANTAK LAH DIA, SEBAB KAN DAH ADA UNDANG-UNDANG YANG BOLEH SAMAN SULTAN YANG DIBUAT OLEH MAHATHIR.

    KENAPA TAK BOLEH PULAK TIBA – TIBA JE.

    SEBENARNYA KERAJAAN UMNO/BN TAK BOLEH TERIMA HAKIKAT YANG DIA LAH YANG MEMULAKAN SEMUA INI.

    SO, UMNO TAK BOLEH PERTIKAI APA YANG BERLAKU SEKARANG NI. SENDIRI MAU INGATLAH.

  17. shabriduda said

    Pandir….
    Adakah benar Anwar mempunyai keinginan seks luar biasa atau cerita ini sengaja direka bagi membunuh karier politik beliau yang kembali bersinar.

    Dahulu, tuduhan liwat ke atas beliau dan Sukma Darmawan Sasmita Atmadja di tolak oleh mahkamah. Malah Mahathir sendiri mengesahkan bahawa apa yang berlaku pada Anwar pada tahun 1997 adalah suatu perancangan politik yang diluar kawalan.

    pemimpin BN mengirimkan serangan yang begitu mengugat kredibiliti Anwar. Dan tidak mustahil, tak lama lagi akan ada tilam lagi yang diusung turun naik mahkamah.
    kasihan kat rakyat malaysia…hu hu hu hu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: