Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BERMULALAH ERA TUK NAJIB…

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 13 Mei 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Masuklah kita dalam satu era baharu, era Tuk Najib anak kepada Tun Razak. Kita kalungkan Ucapan Tahniah kepada Tuk Najib yang jadi PM keenam. Tuk Najib PM Malaysia pertama yang juga merupakan seorang anak PM. Kata orang, bapa borek anak rintik; kalau tak tumpah ke nasi, kemana lagi tumpahnya kuah.

Siapa tak ingat Tun Razak? Macam-macam yang beliau buat untuk Negara. Beliaulah Bapa Pembangunan. Kita kagum tengok gambar-gambar lama Tun Razak; berjalan masuk kampung, ada kalanya berkaki ayam, ada kalanya berjalan berbatu-batu masuk kependalaman, itulah gaya Tun Razak.

Apa yang Tun Razak tak buat untuk orang Melayu? Beliau mulakan Dasar Ekonomi Baru selepas peristiwa 13 Mei. Beliau buat macam-macm agensi nak tolong orang Melayu. Banyak kementerian yang ada hari ini buah tangannya. Banyak Dasar Kerajaan yang melibatkan kaum Bumiputera dan orang Melayu datangnya daripada beliau.

Apabila beliau sakit pun, beliau rahsiakan daripada keluarga. Rakyat Malaysia pun tak tahu beliau sakit. Apabila beliau meninggal waktu berumur 54 tahun, seluruh Rakyat Malaysia terperanjat.

Kita harap Tuk Najib belajar sedikit-sebanyak daripada cara ayahnya mentadbir Negara, terutamanya mendekati rakyat. Tak ada siapa yang boleh tandingi Tun Razak dari segi itu. Kita faham keadaan berubahan. Zaman Tun Razak zaman pembangunan. Jalan pun boleh dibina, jalan kekampung lecak dan berlumpur. Rakyat Negara ini banyak tinggal dikampung, tak macam sekarang.

Tapi kita rasa yang tak berubah ialah sikap rakyat pada pemimpin. Rakyat nak pemimpin dampingi mereka, dekat mereka, faham mereka. Agaknya kerana itulah BN menghadapi masalah pada tahun 2008. Banyak pemimpin BN ambil mudah rakyat yang diwakili. Rakyat makin jauh dari mereka. Lalu rakyat hukum mereka dalam pilihan raya 2008.

Kita percaya Tuk Najib sedar semua tu. Tuk Najib dah berikan peringatan kepada semua pemimpin agar kembali kepada rakyat. Kita juga percaya semangat Tun Razak ditubuhkan Tuk Najib akan menjadikan beliau pemimpin rakyat yang sebenarnya.

Advertisements

3 Respons to “BERMULALAH ERA TUK NAJIB…”

  1. detguaq said

    Jika pemimpin terus berlagak bagai raja, bila ada perjumpaan dgn org kampungpun hendakkan hamparan permaidani merah bagi mengalas kasut berkilat mereka, yang dtg dikelilingi juak yg sudu mereka melebihi kuah dgn pakaian yang mrenunjukkan kemewahan bersama kereta mahal….tunggulah lahar kemarahan rakyat.

    Walaupun anda sudah kaya sebelum bergiat dlm politik, jgnlah tabiat menayang kekayaan kepada rakyat kebanyakan menjadi kebiasaan. Kebviasaan anda adalah luar biasa kpd marhien!

  2. sunanjaga said

    Bagus ikut cara Mahatma Ghandi berkaki ayam dan berbaju ihram macam orang naik haji, jadi wang rakyat dapat disimpan untuk perkara yang lain yang lebih penting.Kita nak cari pemimpin seperti ini yang selalu berpuasa,berlapar,tawaduk,buang dunia etc.Dan pada malam hari dia boleh berniaga untuk beri makan keluarga dia dan siang hari menjadi pemimpin rakyat.Tak akan pakai duit negarapun untuk mengisi perut keluarganya.inilah model pemimpin yang kita nak cari.

  3. aku gorgeous said

    ini bukannya pasal wang rakyat….dowh…!kalo x reti nak jadi rakhyat malaysia duk la kat indon ker thailand…x sedar lagi dala diri…anak melayu,tapi menghancurkan bangsa sendiri!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: