Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

SIAPA YANG HARUS MENGALAH?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 8 Mei 2009

Oleh: Tenda Biru

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak kecoh dengan aksi sarkas ADUN Pakatan Rakyat yang masih mahu menegakkan benang basah walaupun kehilangan majoriti di dalam dewan yang mulia. Selepas insiden yang mencemarkan kemuliaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, rakyat sudah pasti tertanya-tanya apa pula yang akan berlaku selepas ini.

Suasana di dalam Dewan yang sepatutnya dihormati tidak ubah seperti keadaan di dalam sebuah pasar. Manakala di luar dewan juga dikatakan keadaan turut kecoh dengan penyokong pakatan yang masih tidak dapat menerima hakikat kerajaan negeri sokongan mereka telah tumbang sejak beberapa bulan yang lalu. Soal membubarkan dewan tidak wajar ditimbulkan oleh pembangkang sekarang kerana ia akan bersifat menyanggah keputusan Sultan.

Perbuatan yang dilakukan pembangkang sejak akhir-akhir ini, lebih bersifat populis untuk meraih sokongan rakyat untuk menunjukkan seolah-olahnya mereka menjadi mangsa diskriminasi dan percaturan politik BN. Mereka mendakwa kerajaan pakatan Perak tumbang secara tidak demokratik dan melalui pintu belakang walhal merekalah yang beria-ia ingin menumbangkan kerajaan Persekutuan melalui projek 16 September yang gagal.

Kalau satu demi satu episod terus berlaku, siapakah di pihak yang benar? Adakah kedua-dua belah pihak mahu terus bertelagah sehingga tergugat urus tadbir negeri dan rakyat terus menjadi mangsa akibat permainan politik kedua-dua belah pihak?

Ini adalah hukum karma dalam pusingan roda politik di Malaysia. Anda boleh berada di atas puncak kuasa tapi jangan lupa apabila roda berputar anda boleh berada di bawah pula.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: