Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KEKALUTAN DALAM PARTI PEMBANGKANG DALAM SIDANG DUN NEGERI PERAK

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 8 Mei 2009

Oleh: Putera_Adnan

Semalam kita semua telah menyaksikan satu hari bersejarah bagi kerajaan Perak dan sejarah lain akan menyusul lagi selepas ini, sidang DUN yang dihadiri sultan kecoh seperti gelanggang pertempuran. Mungkin kejadian ini akan dicatat dalam diari Pakatan Rakyat sebagai hari yang paling gelap, entah apa lagi bentuk monumen rimba yang bakal dibina mereka bagi memperingati hari yang penuh dengan kehitaman (buat Pakatan Rakyat) itu.

Rasa pelik, sebab yang bertempur dalam dewan kebanyakannya diwakili puak PKR dan DAP sebagai kerajaan Pakatan Rakyat. Di mana suara orang PAS dalam mempertahankan kedudukan speaker PKR itu? Jika PAS panas dengan tuntutan jawatan Menteri Besarnya sebagai ketua kerajaan parti yang memerintah, nampaknya PKR dan DAP lebih lantang lagi dan bergelut dalam dewan DUN kerana berkehendakkan jawatan Speaker DUN bagi pihak mereka. Perak umpama lubuk pangkat buat mereka semua.

Jika kita lihat PAS sanggup menderhaka kepada sultan kerana berkehendakkan jawatan MB, PKR yang dibantu DAP pula sanggup biadab kepada sultan kerana berkehendakkan jawatan Speaker DUN. Noktah… apa alasan mereka lagi? Untuk kebaikan rakyatkah semuanya? Atau marah kerana kepentingan politik mereka sudah dicantas oleh kerajaan parti yang lebih layak? Sekiranya kerajaan BN kejam, rakyat sudah pasti menderita di bawah naungan pemerintahannya sejak sebelum PRU12 lagi.

Pakatan Rakyat sanggup menyanggah keputusan sultan kerana mereka tidak berpuas hati setelah diturunkan dan berang setelah digantikan oleh musuh tradisi politik mereka. Itulah yang sebenarnya. Perjuangan seperti ini lebih cenderung kepada politik balas dendam, bukan kerana rakyat. Kerana itulah sikap rasional mereka telah lenyap. Seruan berhimpun untuk mengadakan demonstrasi membubarkan DUN, barisan pemimpin mereka yang meluahkan kata-kata kesat terhadap pemimpin BN, berdemonstrasi secara haram, membina tugu bagi menyemarakkan rasa marah terhadap BN dan sultan, semuanya bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat agar mengikut jejak mereka menumbangkan kerajaan BN malah institusi raja-raja di Perak agar mereka boleh kembali berkuasa. Sungguh terdesak.

Siapakah kerajaan dan siapakah raja kita yang sebenar? Siapa pemerintah yang lebih banyak dipilih rakyat di Perak? UMNO yang dikatakan tumbang di Perak menguasai 27 Kerusi daripada 59 kerusi yang dipertandingkan ketika PRU12 dulu. 1 kerusi milik parti komponen BN, MCA. Pakatan Rakyat yang digembar-gemburkan sebagai gabungan parti yang dipilih rakyat untuk memerintah Perak sebenarnya cuma dikuasai 18 kerusi DAP, 7 kerusi PKR dan 6 kerusi PAS. Daripada jumlah keseluruhan jika tanpa gabungan parti, siapakah yang lebih disokong rakyat? DAP? PKR? ataukah PAS? Siapakah majoriti? Fikirkan kembali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: