Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

DURI DALAM DAGING

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 8 Mei 2009

OLEH:- Mawar Berdarah

Jika dahulu, sebaik sahaja beliau dipecat dari UMNO kerana didapati salah guna kuasa dan salah laku, ramai pemimpin pembangkang terutama pas bertindak menyokong bekas pemimpin nombor dua parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu.Malahan, serta – merta pemimpin pas yang sebelumnya memberi bermacam gelaran dan kutukan kepada bekas pemimpin itu juga turut beralih memuji apa sahaja yang dilakukan dan diperkatakannya.Hal tersebut hinggalah membawa kepada perkara yang mara rakyat masih ingat bagaimana beliau iaitu Anwar Ibrahim, yang gemar bermain dengan kata- kata, mencanangkan ke seantero dunia bahawa beliau akan memilih dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam pada 16 September 2008 lalu.

Maka, gegak – gempitalah rakan- rakan sekutunya dari pas memuji dan mengeluarkan dalil- dalil sebagai menghalalkan akan tindakan Anwar Ibrahim itu untuk memujuk ahli parlimen BN lompat parti walaupun Presiden Pas menganggap perbuatan tersebut tidak ubah seperti ‘angan-angan mat jenin….Walaupun telah melepasi tarikh tersebut dan bermacam – macam tarikh diberikannya, tetapi masih terdapat lagi rakan- rakan sekutunya yang percaya kepada beliau sehingga ke hari ini!Tetapi dalam masa yang sama kalau dilihat, dangkal benarkah pemikiran dan ilmu rakan- rakan sekutunya di dalam parti yang sering mengakui kononnya lebih islam dari orang lain bahawa antara tanda-tanda orang munafik sebagaimana hadis Rasulullah SAW ialah apabila berkata akan berdusta dan apabila berjanji, akan dimungkiri..

Kini,pemilihan parti pas akan menjelang pada jun nanti, maka kelihatan mula terdapat perbalahan antara sesama mereka siapa yang paling layak menduduki kerusi presiden dan timbalan presiden parti.Ada yang mengatakan golongan ulama dan ada yang mengatakan tidak semestinya dari golongan agama tersebut .Polemik ini timbul apabila ia dibangkitkan oleh anak kepada Mursyidul Am Pas sendiri, Nik Abdul yang mengatakan ayahnya itu diberikan pemahaman yang salah oleh orang – orang yang berkepentingan dan berjuang kerana nafus mengenai kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh presiden parti.

Kemudiannya, ia ditimbulkan pula oleh Datuk Takiyuddin Hassan yang membidas golongan pro ANWAR Ibrahim dalam pas kerana menyalahkan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.Kata Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan itu, cadangan pembentukan kerajaan perpaduan telah diputuskan secara bersama oleh pimpinan parti- parti dalam pakatan pembangkang dan bukannya dating dari pas sahaja.

“Soalnya kenapa golongan ini hanya menyerang presiden dan timbalan presiden dalam isu kerajaan perpaduan sedangkan ia turut melibatkan Anwar,

Maka, Siapakah Sebenarnya yang menjadi duri dalam daging.?????

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: