Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

CABARAN GETIR ORANG MELAYU

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 8 Mei 2009

Oleh :- Anak Kecil Dari Gunung

Hakikatnya sikap ego menjadi faktor utama kepada keretakan perpaduan dalam kalangan orang melayu sendiri. “Melayu Mudah Lupa.” Begitulah ungkapan yang pernah di suarakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad beberapa tahun yang lalu. Nyata ungkapan yang berbau sindiran ini masih sinonim kepada situasi getir yang menyumbang kepada kemelaratan hidup orang Melayu. Sudah menjadi resam manusia apabila diberikan hak istimewa lebih sedikit daripada orang lain, mereka menjadi leka

Masih ada dalam kalangan orang Melayu yang terpesong dengan tanggapan mereka sendiri tentang hak istimewa mereka. Mereka berasa selamat dengan hak istimewa dalam pendidikan dan ekuiti ekonomi seperti yang termaktub dalam Dasar Ekonomi Baru

Namun sejauh manakah tahap pencapaian orang Melayu dalam semua bidang yang diceburi dinegara ini?

Mungkin sahaja perasaan selamat atas nama hak istimewa menjadi hambatan bagi mentaliti pemikiran orang Melayu untuk bersaing dengan kaum bukan Melayu dalam semua bidang dinegara ini. Lebih menyedihkan lagi jika segala usaha dan rancangan yang disasarkan oleh kerajaan untuk menjaga dan mengekalkan kepentingan orang Melayu terbantut akibat sikap orang Melayu yang mula berpuak-puak

Kepada siapakah mereka hendak menuding jari dalam situasi ini? Tidak wajar orang Melayu – bumiputera selaku bangsa asal dinegara ini terus melarat dan ketinggalan dinegara sendiri

Adakah sejarah silam masih belum cukup memberikan pengajaran untuk orang Melayu berubah?

Advertisements

2 Respons to “CABARAN GETIR ORANG MELAYU”

  1. ULIL aMRI said

    Assalamu’alaikum w.w
    Sya seorang Melayu Indonesia, lebih tepatnya orang Melayu Minangkabau.Saya sependapat dengan saudara. Keistimewaan yang diberikan kerajaan anda terhadp orang Melayu itu ternyata ada efek negatifnya. Tetapi mungkin seharusnya itu patut disyukuri. Hanya saja orag Melayu Malaysia seharusnya menjadi lebih rajin belajar,bekerja, menunututilmu, karena banyak saudara kita di negara lain tidakj mendapatkan hak istimewa seperti kalian. Di South Thailand, Di mindanao misalnya. Seharusnya kita lebih meningkatkan kepedulian kita sebagai orang terpelajar terhadap hal-hal global seperti ini, dan mensyukuri nikmat Allah.Agar tidak bermalas-malasan

  2. faizah said

    mana cabarannyaaaaa? saya dah la nak buat assignment. esok nak hantar. tapi tak ade isi dalam artikel ini. tiada pun mengatakan jenis-jenis cabaran yang dihadapai kaum melayu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: