Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

SIAPA DALANG MEROSAKKAN IMEJ MALAYSIA?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 7 Mei 2009

Oleh: Putera_Adnan

Tulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghubungkan hubungan kajian oleh Political and Economic Risk Consultancy (Perc) dengan masalah pemulihan ekonomi negara menunjukkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri ini masih lagi mentaliti seperti dahulu – ingin menjadi “darling Barat” dan menggunakan rakan-rakannya di luar bagi kepentingan politik dalam negeri.

Tiada salah menggunakan ukuran luar untuk memperbaiki prestasi negara atau membantu kerjaya politik beliau. Cuma kalau beliau sendiri yang menjadi punca tentulah ada udang di sebalik batu. Anwar menulis bahawa kajian PERC menunjukkan prestasi kehakiman Hong Kong dan Singapura lebih baik dari Malaysia berdasarkan kaji selidik PERC ke atas 1537 ekspatriat. Malah menurut Anwar kajian tersebut menunjukkan Malaysia jauh ketinggalan kepada Jepun, Taiwan dan Filipina. Sudah tentu Anwar sendiri tidak tahu siapa yang siapakah 1537 ekspatriat yang diselidik oleh PERC yang berpengkalan di Hong Kong ini.

Kita juga tentu boleh tertanya-tanya apakah ini satu lagi agensi yang bertujuan memuji negara-negara yang pro US dan menggunakan kaedah yang sama untuk menimbulkan ketidakstabilan di kalangan negara yang pemimpinnya bukan anak emas US? Secara faktanya, apakah sistem kehakiman Singapura yang telah memufliskan beberapa pemimpin pembangkang negara itu sehingga menjadikan PAP begitu berkuasa boleh dianggap lebih telus dan baik berbanding sistem kehakiman Malaysia yang banyak kes-kes saman memperlihatkan kekalahan pihak kerajaan?

Tidak usah kita bicara banyak. Hakikat bahawa wawancara tersebut hanya membabitkan 1537 orang mencerminkan kedangkalan kaji selidik tersebut untuk membentuk persepsi yang sebenar di kalangan ratusan ribu ekpatriat di Asia hari ini. Selebihnya, siapakah yang memburukkan sistem kehakiman negara ke luar kalau bukan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan? Mereka mencari apa sahaja jalan dan isu untuk memburukkan kehakiman negara demi menyelamatkan kejahatan masing-masing. Janganlah hairan jika benar pun wujud anggapan kehakiman kita berada dalam keadaan teruk kerana ada darling barat dalam negara ini sendiri yang memburukkannya.

Anwar juga menulis,

“Berulang kali saya ungkapkan manakala pentingnya jumlah dana utk ransangan ekonomi, memulihkan keyakinan umum termasuk komuniti pembentuk pendapat adalah ciri penting yang tidak boleh diketepikan ketika berhadapan dengan kegawatan kewangan. Komentar para pakar ekonomi menunjukkan pemantapan permintaan domestik memainkan peranan penting, dan ini tidak dapat dilakukan sekiranya rakyat tidak berkeyakinan terhadap pengurusan ekonomi.”

Tiada sesiapa yang yakin dalam keadaan negara sekarang. Di satu pihak kerajaan sedang bertungkus lumus mencari jalan memperbaiki keadaan ekonomi negara. Di Satu pihak lagi Anwar sibuk mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan walaupun baru habis pilihan raya setahun lalu. Di pihak Persekutuan, kerajaan sibuk merangka kerja mencari jalan menarik pelaburan, meningkatkan perbelanjaan dalam negeri, dan mengurangkan kadar pengangguran bagi merangsang ekonomi.

Di beberapa negeri yang diperintah oleh kerajaan campuran pimpinan Anwar, mereka sibuk mencari salah kerajaan lalu, mengubah-ubah polisi negeri tanpa tujuan dan penuh cerita telanjang, rasuah, salah guna kuasa, lembu korban haram, rumah urut haram, lombong pasir haram, kedai VCD haram dan terbaru khabarnya kisah hubungan haram exco dengan seorang pembantu ahli Parlimen parti yang sama.

Advertisements

3 Respons to “SIAPA DALANG MEROSAKKAN IMEJ MALAYSIA?”

  1. din said

    lu pikir laa sendiri yg sbnor nyo
    menCALAR KAN IMEJ MALAYSIA DI MATA DUNIA….jawapan nya NAJIBTUYA laa yg sebnor nyo mencalarkan imej malaysia.

  2. cIk pAh said

    Buka mata dan bukalah hati…dimana jati diri anda bila mengatakan bahawa PM adalah orang yang mencalarkan imej negara ini.Bila difikirkan dua kali apa yang saudara DIN katakan,sebenarnya saudara DIN dah x sanggup tgk kepimpinan Barisan Nasional di negara ini,tapi terima lah hakikat sebenarnya dan terbuktilah anda seorang pembangkang yang terlalu taksub dengan pemimpin anda dan berfikiran yang cetek!
    ” SURUH KENCING BERJALAN, PUN ANDA IKUT JER “..

  3. anas said

    JADUAL PENGAJIAN BULAN MEI
    Tarikh: 8 Jumadilawal 1430H/ 3 Mei 2009M (Ahad)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
    Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
    Tarikh: 14 Jumadilawal 1430H/ 9 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi
    Lokasi: Masjid al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
    Tuan Guru: al-Fadhil Dato Haji Salleh Haji Ahmad dan al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan Mat Zin
    Kitab: Iqna’ (Dato Haji Salleh) dan Jauharatut Tauhid (Ustaz Zamihan)
    Tarikh: 21 Jumadilawal 1430H/ 16 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
    Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
    Tarikh: 22 Jumadilawal 1430H/ 17 Mei 2009M (Ahad)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
    Kitab: Sairus Salikin Jilid 1

    http://pondokhabib.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: