Biarlah Dekat Dengan Rakyat………..
Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 6 Mei 2009
Oleh :- Anak Kecil Dari Gunung
Kita kagum dengan Tun Razak apabila berdepan dengan rakyat. Tak ada protokol. Tak ada benteng. Tak ada pemisah. Kalau rakyat masuk lumpur, beliau juga masuk lumpur, kalau rakyat masuk selut, beliau juga masuk selut. Zaman ini tak banyak pemimpin macam itu. Maklumlah zaman mewah. Pemimpin masuk kampung pun pakai kereta mewah. Mana orang kampung nak mesra
Tuk Najib patut mulakan kempen “ Pemimpin Masuk Kampung”. Bawa pemimpin masuk ke kawasan pendalaman. Biar mereka tahu macam mana hidup di kampung. Banyak pemimpin muda hari ini tak faham hidup cara lama, hidup cara kampung. Mereka anak orang senang, belajar diluar Negara, tak faham keadaan di kampung
Biar mereka tahu ada tandas curah. Biar mereka faham keadaan kampung yang tak ada bekalan air dan elektrik. Biar mereka sedar macam mana rakyat kampung hidup. Biar mereka mandi disungai atau parit. Kalau tak reti susah, macam mana nak tolong orang susah?
Kita ucap tahniah kepada Tuk Najib yang pergi melawat Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur selepas jadi PM. Tuk Najib tengok sendiri macam mana rumah pangsa dikawal selia oleh pihak berwajib. Penduduk beritahu Tuk Najib, lif rumah pangsa mereka juga selalu rosak. Semuanya menyusahkan penghuni rumah pangsa
Mereka bukan minta projek, minta duit atau minta Tuk Najib buat benda besar dan mahal. Mereka nak Tuk Najib beritahu pihak berkaitan supaya pastikan lif jangan rosak selalu
Tuk Najib dah tengok macam mana keadaan di Kampung Kerinchi. Itu satu contoh saja. Banyak lagi kisah derita penghuni rumah pangsa di Lembah Kelang ini. Tak ada siapa peduli. Keluar berita dalam surat khabar pun, tak ada siapa ambil kisah. Penghuni tak boleh kata apa-apa lagi. Hantar surat aduan tak layan, jumpa pegawai berkanun tak peduli. Manalah rakyat tak marah dekat Kerajaan
Tinggalkan Jawapan