Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for Mei 2009

BANGKITLAH WAHAI ORANG MELAYU …

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 26 Mei 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

Perpecahan ini amat bahaya yang akan membinasakan bangsa kita sendiri. Pepatah mengatakan “bersatu kita teguh , bercerai kita roboh.’.Bangsa kita sekarang sedang ditertawakan orang lain kerana kita lemah sebab tidak bersatu . Kita seolah-olah sudah hilang kekuatan kerana ikatan kita amat longgar dan akan roboh bila-bila masa sahaja. Raja – Raja Melayu diperlekehkan oleh bangsa kita sendiri. Orang lain tersenyum gembira melihat kebodohan yang dijelmakan oleh bangsa kita sendiri.

Masa telah sampai. Semboyan telah berbunyi. Gendang telah dipalu. Orang Melayu perlu bertindak untuk menyatukan semula bangsa kita yang kita cintai dan agama Islam yang kita anuti. Kesemua peringkat usia, sama ada golongan terpelajar, golongan ahli agama, Pemimpin-Pemimpin Politik , Pelajar, Pendidik ,golongan petani dan apa-apa sahaja golongan dari kelompok Melayu perlu mulakan gerakan ke akar umbi menyatukan semula puak-puak yang bertelagah ini demi agama dan bangsa. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran | 4 Comments »

PRK PENANTI SATU LAGI MELODRAMA PAKATAN PEMBANGKANG

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 19 Mei 2009

Oleh Salza Hedra

Semalam PM, YAB DS Najib Tun Razak mengumumkan bahawa BN tak akan meletakkan calon untuk bertanding di PRK Penanti. Tambah beliau, BN tak mahu terikut-ikut ‘tarian’ dan ‘lagu’ yang dimainkan oleh pakatan pembangkang. Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama BN tidak meletakkan calon bertanding dalam PRK. Pada tahun 60-an, BN telah menetapkan tidak akan bertanding dalam PRK di Ipoh, Perak menentang calon DAP, Sdr Tan Yew Peng. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

KEKALUTAN DI PERAK: LAMBANG PENDERHAKAAN PEMBANGKANG TERHADAP SULTAN DAN SIMBOL MEMPERMAINKAN UNDANG-UNDANG – Siri II

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 18 Mei 2009

Oleh: Salza Hedra

PAS menyedari akan keadaan yang berlaku di Perak. Mereka juga tahu bahawa Nizar diperkudakan oleh DAP. Namun disebabkan Perak secara luarannya merupakan negeri ketiga selepas Kelantan dan Kedah di bawah PAS, maka mereka tetap mempertahankan kedudukan Nizar.

Tindakan Speaker Dewan Negeri, Sivakumar menggantung 6 orang ahli dewan termasuk Dr Zambry yang baru diangkat sebagai MB baru menggantikan Nizar menambahburukkan lagi suasana. Tak cukup dengan itu, Sivakumar dan Nizar bersama ahli dewan pakatan pembangkang telah mengadakan Sidang DUN mereka sendiri di bawah pokok sehingga mendapat gelaran Kerajaan Bawah Pokok atau Kerajaan Pasir Dua Butir/Pasir Berdengung.

Mahkamah menjadi medan bagi pakatan pembangkang untuk menuntut hak ke atas Perak dikembalikan kepada mereka. Karpal Singh the King nak bawa Sultan Perak ke mahkamah. Bagi beliau, Sultan harus dipersalahkan dan dihadapkan ke mahkamah. Sampai hari ni, kita masih menunggu lagi tindakan selanjutnya daripada Karpal kurang ajar ni. Menurut beliau, tindakan beliau tidak bersalahan kerana imuniti Raja/Sultan telah terhapus atas tindakan Tun Mahathir pada tahun 1993 membawa usul ini dan telah diluluskan oleh Parlimen. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik | 29 Comments »

KEKALUTAN DI PERAK: LAMBANG PENDERHAKAAN PEMBANGKANG TERHADAP SULTAN DAN SIMBOL MEMPERMAINKAN UNDANG-UNDANG – Siri I

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 16 Mei 2009

Oleh: Salza Hedra

Tulisan ini terbahagi kepada dua bahagian utama; pertama kejadian semasa pakatan pembangkang mengambilalih Perak dan bahagian kedua yang akan menyusul kelak membincangkan megenai kejadian selepas DYMM Tuanku Sultan Perak mengumumkan BN menjadi kerajaan yang sah di Perak menggantikan kerajaan pakatan pembangkang.

Kekalutan senario politik di Perak adalah berpunca daripada kekalutan awal kerapuhan Pakatan Pembangkang sendiri. Apabila keputusan PRU 12 (DUN) diumumkan, Pembangkang masih lagi sebagai parti berasingan di mana PAS mendapat 6 kerusi, PKR 7 dan DAP 18 manakala BN 28 kerusi. Sebagai parti yang terpisah, BN adalah parti yang mendapat majoriti dan layak menerajui kerajaan Perak. Namun apabila pembangkang membuat persetujuan untuk menafikan hak BN, maka mereka membuat pakatan untuk bergabung. Dengan itu, wujudlah kerajaan pakatan pembangkang di Perak. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

BANGSA MELAYU BERADA DIPERSIMPANGAN

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 16 Mei 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Dalam konteks bangsa Melayu di Malaysia, agama, bahasa dan budaya yang berada dibawah payung naungan dan perlindungan Raja Melayu mengikut yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Takrif bangsa Melayu diperkemas, diikat dengan adat, disimpul dengan bahasa dan disalut dengan agama. Itulah resipi kekuatan Melayu dibumi ini. Hari ini timbul usaha radikal di kalangan yang tidak pernah mendalami muslihat disebalik yang tersirat yang mahu mengubah resipi tersebut Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

NAJIB SANDARAN RAKYAT

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 15 Mei 2009

Oleh :- Anak Kecil Dari Gunung

Najib mewarisi kepimpinan Negara bukan dalam keadaan selesa sebagaimana yang pernah dialami Allahyarham bapanya. Walau bagaimanapun Allahyarham berjaya mengatasi ketidakseimbangan agihan ekonomi dan pertelingkahan antara kaum dengan jayanya kerana meletakkan kepentingan rakyat sebagai suatu keutamaan. Najib sudah membayangkan melakukan hal yang sama dalam era kepimpinannya

Era kepimpinan Najib terpaksa berhadapan dengan sentimen rakyat pelbagai kaum yang membara semula hasil permainan politik sesetengah pihak yang mengejar laba politik jangka pendek. Mereka ingin menghancurkan formula kesepakatan politik yang dicapai sebelum Negara ini merdeka. Hal ini sedikit-sebanyak mengocakkan ketenangan yang dinikmati sekian lama Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Anwar Ibrahim (Pakatan Rakyat) Sokong Ideologi Komunis.

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 15 Mei 2009

Oleh:-Mawar berdarah

Kemelut politik Perak mengundang persoalan, adakah negara Malaysia semakin hampir untuk menjadi sebuah negara republik di bawah Pakatan Rakyat jika memerintah nanti? Slogan fahaman sosialis yang hampir dengan fahaman komunis berlegar di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat antaranya ‘negara berkebajikan’, ‘kerajaan rakyat’ dan ‘ketuanan rakyat’. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

KEMELUT PERPECAHAN PAS HARI INI ANGKARA ANWAR

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 13 Mei 2009

Oleh: Salza Hedra

PAS sedang di ambang pemilihan kepimpinan patinya tidak lama lagi. Kumpulan ulamak yang selama ini menerajui kepimpinan PAS terasa bahangnya apabila menerima tekanan daripada kumpulan profesional atau Erdogan. Lemparan kata-kata yang diluahkan oleh kedua-dua golongan ini memperlihatkan telah berlaku keretakkan dan rasa tidak meyakini antara satu sama lain dalam usaha membawa halatuju PAS ke arah era yang penuh cabaran. Golongan ulamak menyatakan bahawa mereka lebih layak kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka telah berjaya mengemudi PAS sehingga mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU 12 lalu. Manakala golongan Erdogan pula menyatakan bahawa mereka lebih layak kerana dunia hari ini memerlukan pengemudi yang lebih berkeupayaan dan lebih relevan dengan kehendak dunia hari ini. Penulis bukanlah nak menentukan siapakah sebenarnya yang paling layak tapi ingin berkongsi idea dengan teman-teman. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 17 Comments »

BERMULALAH ERA TUK NAJIB…

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 13 Mei 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Masuklah kita dalam satu era baharu, era Tuk Najib anak kepada Tun Razak. Kita kalungkan Ucapan Tahniah kepada Tuk Najib yang jadi PM keenam. Tuk Najib PM Malaysia pertama yang juga merupakan seorang anak PM. Kata orang, bapa borek anak rintik; kalau tak tumpah ke nasi, kemana lagi tumpahnya kuah.

Siapa tak ingat Tun Razak? Macam-macam yang beliau buat untuk Negara. Beliaulah Bapa Pembangunan. Kita kagum tengok gambar-gambar lama Tun Razak; berjalan masuk kampung, ada kalanya berkaki ayam, ada kalanya berjalan berbatu-batu masuk kependalaman, itulah gaya Tun Razak. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 3 Comments »

DURI DALAM DAGING

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 8 Mei 2009

OLEH:- Mawar Berdarah

Jika dahulu, sebaik sahaja beliau dipecat dari UMNO kerana didapati salah guna kuasa dan salah laku, ramai pemimpin pembangkang terutama pas bertindak menyokong bekas pemimpin nombor dua parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu.Malahan, serta – merta pemimpin pas yang sebelumnya memberi bermacam gelaran dan kutukan kepada bekas pemimpin itu juga turut beralih memuji apa sahaja yang dilakukan dan diperkatakannya.Hal tersebut hinggalah membawa kepada perkara yang mara rakyat masih ingat bagaimana beliau iaitu Anwar Ibrahim, yang gemar bermain dengan kata- kata, mencanangkan ke seantero dunia bahawa beliau akan memilih dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam pada 16 September 2008 lalu. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Politik | Leave a Comment »

SIAPA YANG HARUS MENGALAH?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 8 Mei 2009

Oleh: Tenda Biru

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak kecoh dengan aksi sarkas ADUN Pakatan Rakyat yang masih mahu menegakkan benang basah walaupun kehilangan majoriti di dalam dewan yang mulia. Selepas insiden yang mencemarkan kemuliaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, rakyat sudah pasti tertanya-tanya apa pula yang akan berlaku selepas ini.

Suasana di dalam Dewan yang sepatutnya dihormati tidak ubah seperti keadaan di dalam sebuah pasar. Manakala di luar dewan juga dikatakan keadaan turut kecoh dengan penyokong pakatan yang masih tidak dapat menerima hakikat kerajaan negeri sokongan mereka telah tumbang sejak beberapa bulan yang lalu. Soal membubarkan dewan tidak wajar ditimbulkan oleh pembangkang sekarang kerana ia akan bersifat menyanggah keputusan Sultan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

CABARAN GETIR ORANG MELAYU

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 8 Mei 2009

Oleh :- Anak Kecil Dari Gunung

Hakikatnya sikap ego menjadi faktor utama kepada keretakan perpaduan dalam kalangan orang melayu sendiri. “Melayu Mudah Lupa.” Begitulah ungkapan yang pernah di suarakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad beberapa tahun yang lalu. Nyata ungkapan yang berbau sindiran ini masih sinonim kepada situasi getir yang menyumbang kepada kemelaratan hidup orang Melayu. Sudah menjadi resam manusia apabila diberikan hak istimewa lebih sedikit daripada orang lain, mereka menjadi leka

Masih ada dalam kalangan orang Melayu yang terpesong dengan tanggapan mereka sendiri tentang hak istimewa mereka. Mereka berasa selamat dengan hak istimewa dalam pendidikan dan ekuiti ekonomi seperti yang termaktub dalam Dasar Ekonomi Baru Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »

KEKALUTAN DALAM PARTI PEMBANGKANG DALAM SIDANG DUN NEGERI PERAK

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 8 Mei 2009

Oleh: Putera_Adnan

Semalam kita semua telah menyaksikan satu hari bersejarah bagi kerajaan Perak dan sejarah lain akan menyusul lagi selepas ini, sidang DUN yang dihadiri sultan kecoh seperti gelanggang pertempuran. Mungkin kejadian ini akan dicatat dalam diari Pakatan Rakyat sebagai hari yang paling gelap, entah apa lagi bentuk monumen rimba yang bakal dibina mereka bagi memperingati hari yang penuh dengan kehitaman (buat Pakatan Rakyat) itu.

Rasa pelik, sebab yang bertempur dalam dewan kebanyakannya diwakili puak PKR dan DAP sebagai kerajaan Pakatan Rakyat. Di mana suara orang PAS dalam mempertahankan kedudukan speaker PKR itu? Jika PAS panas dengan tuntutan jawatan Menteri Besarnya sebagai ketua kerajaan parti yang memerintah, nampaknya PKR dan DAP lebih lantang lagi dan bergelut dalam dewan DUN kerana berkehendakkan jawatan Speaker DUN bagi pihak mereka. Perak umpama lubuk pangkat buat mereka semua.

Jika kita lihat PAS sanggup menderhaka kepada sultan kerana berkehendakkan jawatan MB, PKR yang dibantu DAP pula sanggup biadab kepada sultan kerana berkehendakkan jawatan Speaker DUN. Noktah… apa alasan mereka lagi? Untuk kebaikan rakyatkah semuanya? Atau marah kerana kepentingan politik mereka sudah dicantas oleh kerajaan parti yang lebih layak? Sekiranya kerajaan BN kejam, rakyat sudah pasti menderita di bawah naungan pemerintahannya sejak sebelum PRU12 lagi.

Pakatan Rakyat sanggup menyanggah keputusan sultan kerana mereka tidak berpuas hati setelah diturunkan dan berang setelah digantikan oleh musuh tradisi politik mereka. Itulah yang sebenarnya. Perjuangan seperti ini lebih cenderung kepada politik balas dendam, bukan kerana rakyat. Kerana itulah sikap rasional mereka telah lenyap. Seruan berhimpun untuk mengadakan demonstrasi membubarkan DUN, barisan pemimpin mereka yang meluahkan kata-kata kesat terhadap pemimpin BN, berdemonstrasi secara haram, membina tugu bagi menyemarakkan rasa marah terhadap BN dan sultan, semuanya bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat agar mengikut jejak mereka menumbangkan kerajaan BN malah institusi raja-raja di Perak agar mereka boleh kembali berkuasa. Sungguh terdesak.

Siapakah kerajaan dan siapakah raja kita yang sebenar? Siapa pemerintah yang lebih banyak dipilih rakyat di Perak? UMNO yang dikatakan tumbang di Perak menguasai 27 Kerusi daripada 59 kerusi yang dipertandingkan ketika PRU12 dulu. 1 kerusi milik parti komponen BN, MCA. Pakatan Rakyat yang digembar-gemburkan sebagai gabungan parti yang dipilih rakyat untuk memerintah Perak sebenarnya cuma dikuasai 18 kerusi DAP, 7 kerusi PKR dan 6 kerusi PAS. Daripada jumlah keseluruhan jika tanpa gabungan parti, siapakah yang lebih disokong rakyat? DAP? PKR? ataukah PAS? Siapakah majoriti? Fikirkan kembali.

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik | Leave a Comment »

SIAPA DALANG MEROSAKKAN IMEJ MALAYSIA?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 7 Mei 2009

Oleh: Putera_Adnan

Tulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghubungkan hubungan kajian oleh Political and Economic Risk Consultancy (Perc) dengan masalah pemulihan ekonomi negara menunjukkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri ini masih lagi mentaliti seperti dahulu – ingin menjadi “darling Barat” dan menggunakan rakan-rakannya di luar bagi kepentingan politik dalam negeri.

Tiada salah menggunakan ukuran luar untuk memperbaiki prestasi negara atau membantu kerjaya politik beliau. Cuma kalau beliau sendiri yang menjadi punca tentulah ada udang di sebalik batu. Anwar menulis bahawa kajian PERC menunjukkan prestasi kehakiman Hong Kong dan Singapura lebih baik dari Malaysia berdasarkan kaji selidik PERC ke atas 1537 ekspatriat. Malah menurut Anwar kajian tersebut menunjukkan Malaysia jauh ketinggalan kepada Jepun, Taiwan dan Filipina. Sudah tentu Anwar sendiri tidak tahu siapa yang siapakah 1537 ekspatriat yang diselidik oleh PERC yang berpengkalan di Hong Kong ini. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 3 Comments »

Biarlah Dekat Dengan Rakyat………..

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 6 Mei 2009

Oleh :- Anak Kecil Dari Gunung

Kita kagum dengan Tun Razak apabila berdepan dengan rakyat. Tak ada protokol. Tak ada benteng. Tak ada pemisah. Kalau rakyat masuk lumpur, beliau juga masuk lumpur, kalau rakyat masuk selut, beliau juga masuk selut. Zaman ini tak banyak pemimpin macam itu. Maklumlah zaman mewah. Pemimpin masuk kampung pun pakai kereta mewah. Mana orang kampung nak mesra

Tuk Najib patut mulakan kempen “ Pemimpin Masuk Kampung”. Bawa pemimpin masuk ke kawasan pendalaman. Biar mereka tahu macam mana hidup di kampung. Banyak pemimpin muda hari ini tak faham hidup cara lama, hidup cara kampung. Mereka anak orang senang, belajar diluar Negara, tak faham keadaan di kampung Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »