Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“JANGAN DIJOLOK SARANG TEBUAN”

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 15 April 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Kita nak ingatkan sesetengah pemimpin politik bukan melayu, jangan bermain api cukuplah dengan kenyataan bukan-bukan yang keluar selama ini. Tak usahlah diulangkan lagi tapi nampaknya mereka tak serik juga malah mereka ungkit lagi hal yang ada kaitan dengan orang melayu dan hak keistimewaan orang melayu, mereka masih bangkitkan hal yang tak patut dibangkitkan

Kenapa nak kaitkan DEB dengan dasar aparteid? apa masalahnya dasar itu hingga teruk sangat penerimaannya oleh pemimpin berkenaan? Apakah dasar itu merompak daripada orang lain untuk diberikan kepada orang melayu? Adakah kaum lain juga lebih miskin daripada orang melayu sejak dasar itu dilaksanakan?

Ada orang mempersoalkan hak istimewa orang melayu dan kita rasa pelik kenapa isu ini timbul, adakah mereka tak faham perlembagaan? Atau mungkinkah Kita yang tak pandai ini pun tahu sedikit sebanyak makna hak istimewa itu. Tapi nampaknya semua itu dah tak penting lagi bagi pemimpin muda masa kini main bantai saja. Tak pedulilah kalau kenyataan mereka menimbulkan kemarahan orang melayu atau tidak

Apa kata pemimpin melayu dalam pembangkang mengenai hal ini? Mereka diam diri saja? Mereka anggap itu hak dan kebebasan bersuara? Kalau orang lain hina bangsa sendiri pun tak mengapa? Persoalan agama tak apa? bawa raja melayu kemahkamah tak apa? Apa nak jadi kalau kita ambil mudah itu semua?

Politik apa namanya kalau kita bersekongkol dengan orang yang sanggup cabar hak dan kuasa raja kita, mempersoalkan kedudukan orang melayu dalam perlembagaan dan mempersoalkan agama kita? Adakah kita patut bersekongkol dengan orang-orang ini semata-mata kerana nak berkuasa?

Kita tak tahan lagi dengan sikap berpura-pura pemimpin melayu jenis ini, depan orang melayu tunjuk mereka pejuang melayu. Tapi apabila bersama parti lain, mereka tukar topeng, jadi wira semua kaum kononnya memang kita patut jadi wira semua bangsa, tapi janganlah abaikan bangsa sendiri. Jangan sampai hak dan kedudukan bangsa sendiri yang dicabar oleh kaum lain pun dibiarkan begitu sahaja

Sedarlah wahai pemimpin melayu, kita masih lemah dan ketinggalan kalau kalian tak nak bersatu, tak mengapa tapi janganlah rosakkan bangsa sendiri. Politik tak menghalalkan cara kerana politik ada maruah tersendiri, tapi kalau politik hanya untuk berkuasa dengan apa-apa cara sekalipun termasuk merosakkan bangsa, baiklah jangan berpolitik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: