Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

CUKUPLAH BERPOLITIK, RAKYAT NAK …………………………

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 13 April 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Hari-hari kita tak ada cerita lain, bercekak sesama sendiri macam anjing dengan kucing Tak ada satu pun yang boleh kita setujui, Apa orang lain buat semua tak betul dan apa yang kita buat semua betul inilah keadaan dunia politik Negara kita kelam-kabut dan kecoh di buatnya

Siapa yang rugi? Semua orang tentu tahu jawapannya, Mestilah rakyat yang rugi malah Masa depan kita juga akan terjejas kerja yang patut dibuat tak buat dan kerja yang sedang dibuat tergendala. Apa nak jadi dengan kita semua ini?

Kita sedih sebab Negara kita belum maju malah ada segelintir orang kita yang terlalu terikut-ikut demokrasi cara Barat, sedangkan kita belum bersedia lagi. Demokrasi cara Barat sesuai untuk Barat sebab Negara itu sudah maju dan telah mencapai kejayaan besar dan kehidupan rakyat mereka sudah semakin maju. Kita masih membangun dan Rakyat kita juga ada yang miskin dan ada tempat sekolah yang tidak ada air paip dan elektrik. Kita nak amalkan cara demokrasi yang memporak-perandakan pasal apa? kita nak ikut Negara lain yang tukar kerajaan macam mereka tukar tiket LRT? Kita suka nak tukar Perdana Menteri setiap tahun? tak suka tukar selera, macam kita makan gula-gula getah atau keropok. Macam mana hak rakyat yang memilih setiap lima tahun sekali? Nak tolak tepi? Kita lupa amanah rakyat semata-mata kerana nak bercakaran?

Apa nak jadi dengan ahli politik kita pada masa kini? Apa yang mereka tak buat? Memaki hamun dalam Dewan Rakyat, buat siding Dewan Undangan Negeri di bawah pokok. Apa kata rakyat naik menyampah dan naik meluat dengan gelagat ahli politik kita yang sudah semakin melampau

Ada antara mereka yang dah mula main isu sensitif nak tunjukkan sangat yang mereka ini juara kaum mereka, Orang macam ini berbahaya tapi yang kita pelik ada ahli politik melayu diam diri apabila seorang ahli Dewan Undangan Negeri kata Dasar Ekonomi Baru (DEB) macam dasar aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan, mana orang melayu dalam pembangkang? Mereka setuju dengan kenyataan itu ke? Apa sudah jadi? Disebabkan politik kita telan semua yang orang buat, walaupun membabitkan bangsa melayu semata-mata?

Advertisements

2 Respons to “CUKUPLAH BERPOLITIK, RAKYAT NAK …………………………”

  1. demang said

    ehhh.. dah tentu melayu pembangkang tu tak duduk dalam umno, sah-sah la depa tak sokong politik perkauman sempit! nak bising-bising apakejadah nya pulak?

  2. shabriduda said

    dasar ekonomi baru ke??@dasar ekonomi UMNO.bumiputra ke? @ umnoputra??..umno perjuangkan masadepan rakyat melayu ke??@ umno memperjuangkan masadepan pemimpin umno dan BN Ja..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: