Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Rakyat Atas Pagar Perlu Didahulukan

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 11 April 2009

Oleh: Anak Kajang

Pilihan raya di Bukit Gantang, Bukit Selambau sudah berlalu. Menggantang dan me’lampau’ betul penyokong-penyokong fanatik Pakatan Rakyat bila menang di kedua-dua tempat ini. Terpulang pada mereka, itu yang mereka pilih dan itu cara mereka. Jangan kalah sahaja bola, kereta polis pula yang menjadi sasaran kemarahan. Memalukan betul. Sampai hati mereka buat begitu di negeri yang dipimpin oleh seorang yang digelar Tok Guru.

Pilihan juga telah dibuat oleh Perdana Menteri untuk barisan kabinet baru. Ada yang masuk, ada yang keluar. Segalanya untuk mencapai misi rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Cabaran besar menanti Datuk Seri Najib untuk memenangi kembali hati rakyat, selepas BN kehilangan empat negeri kepada Pakatan Rakyat. Krisis yang sama dihadapi oleh Tun Razak selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kabinet baru dibentuk untuk mencapai impian “Satu Malaysia”. PRU13 akan datang adalah penilaian prestasi sebenar untuk kabinet baru ini.

Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air memberikan satu pelajaran dan pengalaman awal sebelum PRU13. Sebenarnya, pengundi yang paling ramai bukanlah orang BN atau orang Pakatan Rakyat. Majoriti yang lebih besar adalah golongan yang sederhana dan berada di atas pagar. Mereka ini sentiasa menilai dan menganalisa sesuatu perkara tanpa rasa berpihak. Mereka mengakui fakta yang benar dan tidak terlalu emosional dalam memberikan reaksi. Namun mereka adalah golongan yang paling ramai tidak turun mengundi. Mengapa?

Mungkinkah kerana sifat ekstrems sesetengah petugas yang mahu menahan bas dan menuduh mereka ini sebagai pengundi hantu, membuatkan mereka enggan untuk turun undi? Oleh itu, beberapa perkara harus diambil kira untuk menarik keluar pengundi atas pagar turun mengundi. Mungkin mereka malas untuk bergaduh dan berdebat dengan mereka yang terlalu emosional semasa berkempen. Bagi mereka, silaturahim adalah lebih utama daripada hidup bermasam muka dalam masyarakat. Meninggalkan perdebatan demi persaudaraan.

Pertamanya, masa pengundian mungkin boleh dilanjutkan lagi bagi membolehkan lebih ramai orang mengundi. Tamat pada jam 5 petang dan pengundian pada hari bekerja membuatkan ramai tidak turun mengundi. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang meleset sekarang. Orang terpaksa membuat pilihan, bercuti atau mencari duit poket yang lebih. Apa kata, kalau masa pengundian itu, ditambah 2 jam lagi menjadikan masa pengundian sebenar adalah dari jam 8 pagi hingga 7 malam. Peratus turun mengundi mungkin lebih tinggi.

Keduanya, kesesakan jalan raya dan laluan “karpet merah” yang penuh dengan peraih undi membuatkan ada orang segan dan berasa tidak berbaloi untuk ke tempat pengundian. Kalau mereka pergi dari laluan “karpet berwarna biru”, maka mereka akan dicop sebagai biru. Begitulah sebaliknya, kalau pergi dari laluan “karpet berwarna hijau”. Pengundi atas pagar, enggan bermasam muka dengan masyarakat. Kalau berlebihan sangat bergasak untuk mendapat satu undi dari mereka, susah-susah sangat mereka tidak turun langsung mengundi. Inilah yang menyebabkan peratus turun mengundi tidak memberansangkan.

Ketiganya, perlukah semua pusat mengundi dibuat hanya di sekolah? Apa kata kalau dibuat di dewan orang ramai sahaja. Dengan cara ini, jalan tidak akan sesak dan menggalakkan lebih ramai turun mengundi. Beberapa lokaliti dalam satu daerah mengundi mungkin boleh digabungkan untuk mengundi di dewan orang ramai sahaja. Tidak perlu semuanya pergi ke sekolah untuk mengundi. Dengan cara ini, proses pengundian akan lebih cepat dan tidak perlu hanya tertumpu hanya di satu tempat (sekolah) sahaja.

Kesimpulannya, rakyat atas pagar perlu didahulukan. Mereka adalah pengundi terbesar. PAS, DAP dan PKR punyai pengundi totoknya yang tersendiri. Hujan, panas, jalan sesak atau ribut petir sekalipun mereka tetap turun undi. Pengundi BN ramai dari kalangan atas pagar. Jika mereka tidak turun, BN yang rugi. Kaedah dan pendekatan sesuai perlu difikirkan untuk membuatkan lebih ramai pengundi atas pagar turun mengundi.

(GPMM)

Advertisements

Satu Respons to “Rakyat Atas Pagar Perlu Didahulukan”

  1. lan said

    Yang bakar kereta polis ketuanya adalah Annuar Musa dia nie…bukan orang umno ke atau perderhaka pada sultan kelantan…atau senagaj bloggers aje yang buat bodoh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: