Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“SULTAN SELANGOR MARAH LAGI”

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 11 April 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Sewaktu merasmikan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz di Petaling Jaya pada 6 Mac lalu, Baginda Sultan Selangor murka kerana terdengar suara lantang mempersoalkan kedudukan orang melayu dan raja melayu. Baginda bertitah, “yang lebih menyedihkan beta, suara lantang ini datangnya daripada orang melayu sendiri yang biadap, tidak berbudi bahasa, dan tidak berasa segan atau malu

Kita sebetulnya tersentak dengan kenyataan Baginda, kita sedih dan marah memanglah ada dalam kalangan orang melayu yang buat begitu. Mereka tak pedulikan apa orang lain kata, mereka anggap mereka hebat dan jaguh orang-orang ini lah yang lantang sekali mempersoalkan hak istimewa orang melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan kita tak tahu lagi apa nak cakap pada pengkhianat macam ini

Baginda juga bertitah bahawa ungkapan keramat “Tidak Melayu Hilang di Dunia” tidak ada maknanya lagi disebabkan orang melayu kucar-kacir pada masa kini. Titah baginda lagi, apalah gunanya orang melayu kekal di dunia jika orang melayu itu sendiri tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan beguti sahaja

Baginda mengingatkan orang melayu bahawa mereka diasuh dari zaman nenek moyang mereka lagi atas landasan adat istiadat, budi bahasa, bersopan santun, hormat-menghormati dan bermuafakat baginda bertanya, “Dimanakah orang Melayu sekarang?”

Kita sokong sangat peringatan Baginda. Orang melayu sudah semakin biadap kerana gila kuasa dah tak tahu yang mana betul dan yang mana salah. Dah ikut telunjuk orang lain untuk jadi popular dan kekal berkuasa mereka inilah yang akan rosakkan bangsa Melayu, yang akan membuatkan bangsa kita hancur lebur

Apa nak jadi dengan bangsa kita? Belum pun kuat dah sombong dan angkuh. Belum pun dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain, dah nak tolak bangsa sendiri. Nilai apa yang kita tinggalkan kepada anak cucu kita nanti, Jadi sama-samalah kita fikirkan

Advertisements

4 Respons to ““SULTAN SELANGOR MARAH LAGI””

  1. zam,bangi said

    Salam Bro…

    Betul titah baginda sultan selangor…apa yang sultan maksud perangai buruk pemimpin umno yang dari dahulu asyik hendak meruntuhkan instiusi raja-raja melayu menghilangkan kekebalan rajar-raja melayu dari zaman mahathir dulu,menghina sultan kelantan oleh Anuar musa yang tak iktiraf sultan kelantan dgn melantik orang lain yang kononya sultan yang sah,menghina sultan terengganu dengan perkatan “Aku nak idris Natang” dan mempersendakan sultan perlis kerana tak lantik si sahidan.

    Ini semua kerja siapa kalau bukan umno.

  2. longterm said

    salam bro,

    Semenagnya Umnolah “PERDERHAKA” pada Sultan,Bangsa,Agama dan Negara.

    Pas for ALL

  3. Moh Nam said

    Semua bercakap utk mempertahankan kepentingan masing-masing saja, sama ada yang di atas atau di bawah. Cuba teka siapa yang paling rugi bila tiada lagi “ketuanan melayu”? …haaa..mungkin betul jawapan tu. 🙂

  4. lan said

    Tiada siapa pun yang rugi…kerana tiada siapa pun yang nak ambil hak “Ketuanan Melayu” jadilah Tuan Melayu sampai kiamat pun tak apa…tak ada orang kisah pun Umno/Bn aje yang sibuk ketuanan melayu bila kalah dalam PRU12 yang lalu itulah kenyataannya…kenapa sebelum ini tak pernah timbul pun ketuanan melayu…ke ? MCA, MIC, Gerakan dan parti kopenen lain semua itu adalah hamba Melayu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: