Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Pas Takut Allah Ke Takut DAP???

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 10 April 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

Pas sekali lagi terpaksa membuka pencak silat apabila terus diterjah rakan sekutunya DAP mengenai Negara Islam. Yang nyata walaupun secara terang-terang dan tanpa mengenal jemu DAP mempertikaikan perjuangan negara Islam, Pas masih lagi mampu untuk duduk semeja dengan rakan pakatannya itu.

Malah jauh dari itu, Pas sentiasa beralah termasuk isu kandang babi yang dipelopori pemimpin DAP. Bukan sahaja beralah malah pemimpin Pas membuat sokongan terbuka ditambah dengan fatwa-fatwa tertentu bagi menyakinkan para pengikutnya bahawa tiada salahnya menyokong kehendak menternak babi secara besar-besaran di Selangor.

Tidak diketahui di mana silapnya Pas bersikap sedemikian rupa. Kalau dibuat perbandingan pendekatan DAP ternyata jauh lebih berjaya meyakinkan Pas dalam isu babi berbanding dakwah Pas mengenai negara Islam.

Dalam hal ini dan dalam keadaan suasana politik keuntungan politik ketika ini, tidak nampak cara bagaimana Pas hendak melawan kehendak DAP ini.Ramai yakin dalam keadaan sekarang pemimpin Pas terpaksa mengambil jalan selamat untuk tidak lantang menegakkan prinsipnya.

Oleh yang sedemikian adalah lebih baik Pas menggugurkan sahaja agenda negara Islamnya seperti mana yang dituntut DAP.Yang mana patut jadi keutamaan Pas, sama ada lantang meneruskan prinsip agenda negara Islam tetapi kehilangan DAP dan undi kaum bukan Melayu atau tunduk atas kehendak DAP dengan menggugurkan negara Islam sekaligus meraih keuntungan politik.

Kalau mengikut keadaan sekarang, , sudah pasti Pas akan memilih pilihan yang kedua tadi.Atau pilihan alternatif mengambil pendekatan berbelit-belit agar dapat berkawan terus dengan DAP dan pada masa yang sama mengekalkan kepercayaan orang Melayu betapa tulusnya mereka memperjuangan negara Islam. Tunggu dan lihat.

Sumber:- Belati Perak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: