Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BN TERMASUK UMNO PERLU MENOLAK KELUAR BADUT POLITIK ATAU PENGAMPU

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 10 April 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Rakyat kini mengambil pendekatan untuk melihat perubahan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum mereka memberi sokongan bagi mengembalikan sokongan rakyat pada parti pemerintah, perubahan yang diuar-uarkan itu perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan

Ahli politik masih tidak mempunyai ilmu dalam berkempen seperti memberitahu mengenai fakta, sejarah dan isu semasa pada rakyat, Bila seseorang itu berkempen dengan hanya mengutuk seseorang individu hanya membuat rakyat meluat pada penceramah itu dan akhirnya menterjemahkan undi kepada pembangkang ini lah hasilnya yang terjadi

Umno tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya apabila BN gagal memenangi kerusi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau, walaupun Umno sudah melakukan banyak perubahan, tetapi parti komponen perlu melakukan perkara yang sama, termasuk penjenamaan semula bagi memastikan BN kembali kuat dan kukuh

Kita dapat melihat hari ini parti komponen BN tidak banyak melakukan pembaharuan seperti yang dilakukan Umno, sebagai contoh di Bukit Gantang ada 15,000 pengundi Cina, tetapi yang mengundi BN hanya 1,500 orang MCA kita perlu mengkaji apa sebenarnya yang berlaku dan bukannya kita terus menghimpit Umno itu sendiri

BN termasuk Umno perlu menolak keluar badut politik atau pengampu yang sering kali memberi gambaran yang salah terhadap kepemimpinan Negara berhubung dengan situasi terkini politik dengan hanya melaporkan apa yang menyedapkan telinga dan bila ini berlaku, perubahan tidak akan berlaku dan rakyat akan terus tidak berpuas hati pada BN

Barisan Nasional ( BN ) perlu melakukan perubahan segera seperti yang dijanjikan oleh kepimpinan baru Negara bagi menyakinkan hati rakyat semula dan membolehkan parti gabungan terbesar itu kekal memerintah

Satu Respons to “BN TERMASUK UMNO PERLU MENOLAK KELUAR BADUT POLITIK ATAU PENGAMPU”

  1. Habib said

    MAJLIS 1
    Majlis Bacaan Asma ul-Husna & Ratib Al-Attas
    Di jemput semua jamaah bersama-sama ke Majlis Asma ul-husna di

    Masjid Bandar Sri Damansara pimpinan Al Habib Husin Alwi Al-Attas
    10 April 2009
    Selepas Waktu Maghrib.

    MAJLIS 2

    JILSAH BERSAMA MUFTI MESIR

    SOHIBUS SAMAHAH ALLAMAH PROF DR ALI JUMA’AH

    pada:

    JUMAAT , 10 APRIL 2009

    14 RABIUL AKHIR 1430

    aturcara:

    7.25 : – AZAN & SOLAT MAGHRIB

    – BACAAN RATIB AL-HADDAD

    8.30 : – AZAN & SOLAT ISYAK

    – CERAMAH SS MUFTI MESIR

    – BERSURAI

    di MASJID AL-FALAH USJ 9.

    MAJLIS 3
    Majlis Sambutan Maulidur Rasul Masjid Negara bersama 9 Ulama dari seluruh dunia
    Majlis Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم dan Haul Syaikh Abdul Qadir al-Gailani
    Tarikh: 15 Rabiulakhir 1430H/ 11 April 2009
    Tempat: Masjid Negara, Kuala Lumpur
    Majlis bermula: 4.30 petang – 9.30 malam

    Antara jemputan khas:

    •Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Negara Iraq)
    •Al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Ulama Makkah)
    •Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Ulama Makkah) – membacakan Qasidah Burdah
    •Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti al-Azhar, Mesir)
    •Shohibus Samahah Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Besar Mesir)
    •Al-Habib Hassan bin Muhammed bin Salim al-Athtas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
    •Maulana Afeefuddin al-Gailani (Syaikh Tariqah Qadiriah)
    •Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC)
    •Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi

    Aturcara Majlis

    4.30pm — Sholat ‘Ashar Berjemaah

    4.45pm — Persembahan Audio Visual Sirah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم

    5.15pm — Pembukaan Pengaraca Majlis

    5.30pm — Ceramah 1 – Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Iraq)

    6.00pm — Ceramah 2 – al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Makkah)

    6.30pm — Qasidah Burdah – Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Makkah)

    6.50pm — Syair – Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir)

    7.05pm — Ceramah 3 – Dr. Muhammad El-Muhammady (Pensyarah ISTAC)

    7.25pm — Azan dan Sholat Maghrib

    7.45pm — Ceramah 4 – Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Mesir)

    8.31pm — Azan dan Sholat ‘Isyak

    8.40pm — Ceramah 5 – Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki (Pengasas Yayasan SOFA)

    8.50pm — Bacaan Maulud ad-Daiba’ie – al-Habib Hassan bin Mohammad bin Salim al-Atthas (Masjid Ba’alawi, Singapura)

    9.20pm — Doa Penutup – Syaikh Maulana Afeefuddin Abdul Qadir al-Gaylani (Pengerusi Amanah Al-Wariseen)

    9.30pm — Jamuan & bersurai

    Semua dijemput hadir.
    http://pondokhabib.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: