Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KENAPA SAYA MASUK BALIK UMNO

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 9 April 2009

Oleh: Anak Kajang

1. Ramai yang mengalu-alukan penyertaan saya semula dalam UMNO. Tetapi ramai juga yang mengkritik saya kenapa saya menyertai sebuah parti yang saya sendiri menuduh sebagai pengamal rasuah dan pemimpinnya menjadi pemimpin kerana menyogok wang kepada pengundi.

2. Yang pertamanya di waktu saya keluar UMNO pada Mei 2008 saya telah nyatakan saya hanya akan kembali menyertai UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi jadi Perdana Menteri.

3. Sekarang Tun Abdullah tidak lagi Presiden UMNO atau Perdana Menteri Malaysia dan syarat saya sudah dipenuhi. Justeru itu saya perlu tunaikan janji saya.

4. Ini tidak bermakna saya terima amalan rasuah dalam UMNO. Rasuah mesti dihapuskan. Saya berpendapat Dato Seri Najib Tun Razak lebih mungkin berusaha menghapuskan rasuah daripada Abdullah. Saya percaya dia tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai Menteri atau anggota Kerajaan.

5. Walaupun saya sekarang adalah ahli UMNO, ia tidak bermakna saya tidak akan kritik UMNO atau Kerajaan Barisan Nasional jika ada apa-apa kesalahan yang dilakukan. Selepas saya berhenti daripada menjadi Perdana Menteri tetapi masih menjadi ahli UMNO saya telah kritik UMNO dan Abdullah apabila perbuatan yang salah dilakukan oleh Kerajaan.

6. Saya juga telah kritik Najib. Tetapi saya sedar yang dia bekerja di bawah Abdullah dan tidak sanggup bersikap bebas. Sekarang dia tidak lagi terdedah kepada tekanan oleh Abdullah dan sudah pun bebas. Oleh itu kemungkinan dia menolak amalan buruk yang menjahanamkan UMNO dan BN yang dilakukan oleh Abdullah memang ada.

7. Perkara yang baik telah ditunjuk oleh Najib apabila dia secara terbuka menunjuk dia tidak bermusuh dengan saya seperti yang dikehendaki oleh Abdullah bagi semua Menterinya.

8. Dalam ucapannya menutup mesyuarat agung UMNO Najib telah menjelaskan bahawa selain parti, rakyat juga harus menguasai Kerajaan. Tidak seperti ramai pemimpin UMNO sekarang, dan ketua mereka dahulu yang berpendapat Kerajaan adalah milik UMNO sahaja dan mereka sahaja yang harus dapat “keuntungan” daripadanya. Najib nampaknya berpendapat rakyat juga punyai saham dalam Kerajaan. Justeru itu rakyat tidak boleh diketepikan oleh Kerajaan yang diketuai oleh UMNO.

9. Rakyat tidak dapat menyertai mesyuarat agung UMNO tetapi mereka akan dapat menunjuk pendirian mereka apabila pilihanraya diadakan.

10. Jika Najib hanya layan UMNO, kemungkinan besar UMNO akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Jika Kerajaan pimpinan UMNO dianggotai ahli dan pemimpin UMNO yang perasuah, rakyat dan juga sebahagian daripada ahli UMNO yang kecewa akan tentukan BN dan UMNO akan kalah juga.

12. Pada hari kedua Najib jadi Perdana Menteri dia telah pergi berjalan-jalan untuk berjumpa rakyat berbilang kaum. Ini juga meyakinkan saya yang dianya lebih prihatin terhadap masalah rakyat.

13. Oleh kerana sebab-sebab ini saya berpendapat Najib akan cuba bersihkan parti dan Kerajaan daripada rasuah dan perasuah. Tanda-tanda ini akan diperlihat apabila beliau menubuh Kabinetnya pada 8 April, iaitu esok. Walaupun Abdullah tidak lagi memimpin UMNO, jika ternampak kuasanya keatas UMNO masih ada, saya akan anggap syarat saya tidak dipenuhi.

By Dr. Mahathir Mohamad

Advertisements

7 Respons to “KENAPA SAYA MASUK BALIK UMNO”

  1. universa said

    ngapa hang blum mati lagi tua kerepot?cepatle..mati je..jgn kaco ngara ni lgi.

  2. salam bro..

    KENAPA…yang pertama bagi menjamin syarikat anak-anak saya di lindung dan di jaga oleh kerajaan UMNO/Bn.

    Yang kedua nak pastikan Najib tak lantik kahiry jadi menteri…
    ok itu saja setakat ini

  3. alibaba said

    Usah berjanji melayu! Tak perlu penjelasan. Tak perlu nak ‘angkat’ Najib. Yang baiknya Najib mesti segera ke Perak dan minta maaf pada rakyat Perak dan beritahu Sultan Perak supaya terima keputusan bubarkan kerajaan negeri untuk diadakan pelihan raya yang baru di negeri Perak.

  4. Tan Tin Tun Ma said

    Mahathir tolong la….lu lidah becabang le bro…! Ari tu dlam blog tulis kerajaan Perak x sah, tapi u kempen kata Mamak Zambry MB perak….apa ni bro….lu nyanyok ka? or u sokong mamak….

  5. LuhPerindu said

    apalah korang ni melalak macam orang sewel.
    Mak apak korang tak jar ke hormat orang tua macam mana?
    Kalau aku kata mak apak korang nyanyok dan kenapa tak mampus lagi, apa korang rasa?

    dey… akei mahu pakai lahh, mak apak korang bagi skolah eluk, yang hang pi kencing rata-rata apasal? kera kat utan pun pandai hormat kera-kera tua… hang ni jenis kera apa?

    mampuih taknak, hidup jadi orang tongong!

  6. kibut Meribut said

    Hidup Sahabat Mantap, Hidup UMNO, Hidup Najib, Hidup Anak Kajang, hidup BN (aaawwwww, berdiri bulu-bulu roma aku semasa menulis ayat-ayat tadi)

  7. jaaffar.m said

    Umno buat sekolah suruh belajar dan kalau boleh menyumbanglah untuk bangsa.Tapi pergi sekolah jadi melayu kurang ajar baik tak payah.Terima Kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: