Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Menunggu Janji Anwar Ibrahim

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 8 April 2009

Oleh: Tenda Biru

Rata-rata rakyat sedang bercakap dan berbual tentang kandungan pendedahan tergempar yang dijanjikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelbagai gosip dan berita timbul tentang apa yang bakal beliau umumkan andai Pakatan Rakyat memenangi ketiga-tiga pilihanraya kecil.

Oleh kerana keputusan semalam menyaksikan Pakatan hanya menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, adakah cerita besar tersebut tidak akan diumumkan?

Ataupun adakah rakyat kena tunggu selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri baru akan diumumkan?

Rakyat adalah manusia yang boleh berfikir dan menimbang dengan waras yang mana betul dan yang mana tidak betul. Mereka juga boleh menilai antara janji benar dan janji palsu.

Jadi sama-samalah kita tunggu pendedahan tersebut.

4 Respons to “Menunggu Janji Anwar Ibrahim”

  1. Tokmod said

    tak payahlah tunggu sianuar al-jubori buat pengumuman , kamu tuggu anuar zain buat pengumuman lagu baru lagi best.jangan U tunggu lama2 si al-jubori tu (P)pantang (K)keras (R)rempoh karang kamu meyesal seumor hidup.al-jubori tu mujor lalu melintang telentang kamu.

  2. shabriduda said

    Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)

    Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

    Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:

    Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
    Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
    Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
    Dimanakah Prowaris?
    Apa lagi yang Najib tak lakukan?

    Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

    Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

    Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

    Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

    Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!

  3. Tokmod said

    wahai sabriduda berlapang dada dan berlapang fikiranlah kamu .apakah selama ni umno tidak membela nasib melayu? tulah kalo aku katakan melayu semua maseh tidor lena sedangkan bangsa lain sudah bagun berjalan kemana2 kamu orang maseh lena dibuai mimpi tah apa2.bila ada perubahan melayu tersentak buntu begang tak tahu apa nak buat menggamot maki hamun kerana selama ni dibuai hayalan macam ketageh dadah.bersukorlah sedikit kerana orang umno menjadi kerajaan kalo bukan orang umno aku fikir melayu sampai sekarang belum tamadun lagi jika perangai melayu macam sabridadu.kau boleh benci umno,kau boleh menghina umno,tapi sedarlah sesuap makanan yg dimulut melayu datang ny dari umno taktahulah aku kalau siacong ke si mutu ke yg suap hang poiii….

  4. shabriduda said

    Tokmooood

    UMNO sedang berubah, melayan dan mengambil hati pengundi bukan Melayu dan merasakan pengundi Melayu akan terus sokong mereka.

    Najib juga sedang mendendangkan lagu lunak kepada ahli perniagaan dan dunia supaya mereka tutup sebelah mata..

    Nampaknya kesan dari dasar liberalisasi yang baru diumumkan DS Najib dengan pemansuhan 30% equiti Bumiputera dalam sektor perkihidmatan dan kewangan telah menampakkan hasil dengan sekelip mata. Dasar ini telah memikat dua tauke besar pengusaha restoran rakyat Malaysia di AS untuk kembali melabur di Malaysia.

    Persoalannya adakah tauke-tauke restaurant di AS ini kembali melabur ke tanah air mereka sendiri kerana dasar pemansuhan equiti 30% Bumiputera atau kerana Bumi Malaysia ini telah maju dan memang ”viable” untuk perniagaan mereka?.

    Umum mengetahui dengan sikap peniaga-peniaga Cina bahawa mereka cukup berhati-hati dengan setiap ringgit pelaburan mereka, apa lagi kalau pelaburan mereka tidak menyakinkan pulangannya.

    Apakah dasar selama ini meletakkan syarat bahawa pengusaha-pengusaha restoran Cina di Malaysia mesti melibatkan 30% equiti Bumiputera sehingga kerana faktor ini membuat mereka membawa diri ke AS untuk membuka restoran di sana?

    Apa pun kesuburan pelaburan di bumi Malaysia hari ini kerana dasar pemimpin yang terdahulu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: