Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

HARAPAN TINGGAL HARAPAN..

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 8 April 2009

Oleh: Tenda Biru

anwar

Salahkah kalau saya jadi PM? Saya telah didapati bersalah dalam kes rasuah dan liwat dulu. Sekarang saya dah insaf dan dah dilantik jadi ulamak oleh PAS.

Setelah gagal dalam permohonan beliau meminta perkenan YDP Agung menangguhkan perlantikan DSN sebagai PM, DSA sudah kehilangan segala harapan untuk menghalang DSN dan dalam masa yang sama musnahlah segala harapannya untuk menjadi PM buat selamanya.

Bagaimanapun, ketetapan Allah tidak dapat disangkal. Maka pada Jumaat lepas DSN telah diperkenankan dilantik sebagai PM. Dan pada hari itu segalanya telah memudarkan mimpi indah DSA. Harapan baginya untuk menjadi PM berkecai. Jiwanya berontak dan bagai dirobek-robek. Para sahabat disekelilingnya pun perlahan-lahan menghilang. Sedikit waktu lagi dia akan keseorangan. Ketika DSN mengangkat sumpah pegang jawatan sebagai PM, DSA pula menanti waktu bersumpah laknat tidak lakukan liwat.

DSA telah menghantar petisyen kepada YDP Agong mohon tangguhkan perlantikan DSN sebagai PM dan ditandatangani oleh semua AP Pembangkang, minta DSN bersihkan diri terlebih dahulu. Bagaimanapun apa kata kita minta DSA bersihkan dirinya juga dari segala tuduhan terhadapnya sebelum dibenarkan semula manjadi ketua pembangkang.

2 Respons to “HARAPAN TINGGAL HARAPAN..”

  1. Alias said

    BN kalah, Salah siapa kali ini?
    Pak Lah dah turun, takkan nak salahkan Pak Lah.
    Dakwaan selama ini yang mengatakan orang tak suka UMNO dan BN adalah kerana Pak Lah sudah tidak boleh pakai lagi.
    Pak Lah telah jadi lembu korban orang UMNO, tapi UMNO tetap kalah juga.
    Jadi kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau hendak salahkan siapa. Adakah kerana orang tidak suka sebab Najib jadi PM?
    Atau adakah Mahyudin Yassin yang salah kerana telah mendesak Pak Lah turun dari PM?
    Atau adakah Mahathir yang salah kerana menyibuk berkempen, dia lupa orang Melayu sudah tidak suka dengan dia? Dia hanya lebih perasan.
    Jadi sapa nak jadi lembu korban UMNO kali ini? Yang pastinya Najib tidak akan sanggup hendak menghulurkan lehernya untuk disembelih.

  2. Yg Insaf said

    Wahai saudaraku,

    Yg menang kan PR di Bkt Gantang tu org cina dan india., bkn org melayu.tu pun x nampak ka.buta hati betul. Nizar dok bg tanah org melayu kat depa, suka la hangpa. Org melayu dah berpecah belah di Bkt Gantang. Yg dok bergaduh nak pasang bendera parti tu sapa..bukan org melayu. bangsa lain ada? Sedar la..Rakyat di bawah ni dah tersepit, hangpa dok jaja bangsa lain bangsa sendiri tergadai maruah. bangsa sendiri x pun terbela, ada hati nk berPAKAT ngan bangsa lain. Sedar la, jangan org melayu menang sorak, negeri sendiri tergadai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: